my nuff

Faiz Jumpa Doktor Pakar Mata

Semalam hampir seharian Ain kat HoSHAS sebab bawak Faiz jumpa pakar mata. Memang menguji kesabaran.
Dah le kat hospital payah cari parking. Dua tiga kali pusing. Tapi berkat kesabaran dapat gak parking betul-betul depan klinik pakar. Alhamdulillah.
Bila masuk plak... Umang aiii.... ramainya orang... Tu baru kat kaunter pendaftaran...
Sampai je terus amik nombor. Ce tengok, no giliran Ain 1303 tapi no yang baru dipanggil 1182... Pergh bapok lamanya nak tunggu... ni baru kul 10.44... Ada dekat sejam lebih baru dipanggil ni...

Ramai kan orang

Ada yang kena berdiri pun...

Seperti yang dijangkakan memang kena tunggu. Faiz plak bleh hilangkan boring dia ngan main kat playground yang ada kat situ.. Tapi takkan Ain pun nak main kat playground tu jugak... Buruk beno rupa nya...

Pukul 11.57 baru lah dipanggil untuk pendaftaran... Grrrrrrrr..... Baru pendaftaran tu... Selesai pendaftaran terus pergi ke klinik pakar Oftalmologi - segala masalah pasal mata memang ke rujuk ke situ...
Bila dah bagi kat biru kat kaunter situ, Faiz terus berlari ge main kat playground yang ada kat situ plak.
Tak lama lepas tu Faiz dipanggil untuk diagnosis... Dia kena baca nombor yang ada kat depan.. Dah sudah diorang suh tunggu lagi...

Lepas 15 minit baru Faiz dipanggil kali ni masuk bilik lain plak jumpa ngan doktor. Sekali lagi kami bertemu dengan Dr. Shara Wahida. Doktor yang sama diagnosis Faiz masa pertemuan pertama sebulan yang lalu..
Faiz kena wat prosedur yang sama macam dulu tapi kali setitik ubat dititikkan dalam mata Faiz. Pada hemat Ain, ubat tu mesti pedih sebab Faiz cepat-cepat nak kesat ubat tu... Tapi berkat kepakaran doktor tu dia boleh handle Faiz dari gosok matanya ngan tangan. Bila dah dititik dengan ubat tu, kena tunggu setengah jam. Doktor kata bagi mata kembang. Macam mana yang dikatakan kembang pun Ain tak tau. So sambil nak tunggu tu kami pergi ke kantin isi perut.

Lepas makan kami naik semula dan jumpa dengan doktor Shara tadi. Dia check sekali lagi. Dan keputusan diperolehi. Faiz kena pakai cermin mata ,bukan sebab rabun tapi silau. Ini mesti sebab main game punya pasal lah tu. Huhuhu


Slip ni kena bawak masa nak buat cermin mata Faiz nanti.

Oklah, cukup sampai sini dulu. Apa yang jadi lepas tu, bila Faiz ge buat cermin mata dan macam mana rupa Faiz pakai cermin mata, Ain akan citer kat entry lain k...

1 comment:

Mrs Velentine said...

lah mata dia silau gak ek..mcm sya lah tp sya tak pakai pun cermin mata mals..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff