my nuff

Kisah Semalam, Hari Ini dan Esok - Sahabat

Sahabat
 Semalam
Kita jumpa
Kita jalinkan persahabatan
Berjanji bersahabat untuk selamanya
Kita ketawa bersama menangis bersama
Makan sepinggan tidur sebantal
Rahsia kau rahsia aku
Rahsia aku rahsia kau
Indahnya semalam aku dan kau

Hari ini
Kita putus sahabat
Aku sendirian
Kau hilang entah ke mana
Aku menangis sendiri ketawa pun sendiri
(hahaha dah macam orang gila plak)
Rahsia aku pada kau, kau hebahkan serata alam
Malah kau tambah lagi sebab nak sedapkan cerita

Esok
Kita terus bermusuhan
Kalo jumpa tepi jalan, jeling pun aku tak ingin
Kau serang aku dengan lidah, aku balas balik dengan lidah ngan taring sekali keluar
Kau serang aku dengan parang aku libas kau dengan pedang

Semalam kita bersahabat, hari ini kita putus sahabat, esok kita bermusuhan

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff