my nuff

Mama, saya dah lima bulan



Hari ni mama bawa saya pergi klinik untuk pemeriksaan kesihatan sempena umur saya 5 bulan. Saya ok je. Kalau dapat jalan-jalan memang saya suka. Tak kisah lah mama nak bawa pergi mana pun.

Tapi saya rasa hari ni hari sakit sedunia, ramainya orang kat klinik. Kesian kat mama saya, dua tiga kali pusing cari tempat letak kereta. Akhir nya mama nekad parking kat tepi bangunan walaupun kat situ tak boleh letak kereta. Nak buat camna kan, kalo parking jauh-jauh, nanti saya kena panas kan.

Dek terlampau ramai orang, masa nak daftar pun lama, apa tah lagi nak tunggu dipanggil masuk dalam bilik rawatan. Mama hilangkan boring dengan tengok tv, mama nak main game kat tab, tapi saya tak bagi. Tangan saya pun nak tepuk atas tab. Sementara tunggu tu, 2 kali saya ajak mama masuk bilik menyusukan bayi. Saya lah bayi yang nak disusukan tu kan. Bis tu lama sangat tunggu kan, dah penat gelak, penat lompat tak dipanggil jugak...

Bila dah masuk bilik rawatan, mama terus bogelkan saya. eeeeee malunya. Mestilah kena buka baju semua sebab nak timbang. Ok. Berat saya naik sikit. Dari 6.5kg naik jadi 7.1kg. Oklah tu kan. Kalo terlebih naik nanti takut obes plak..Tinggi saya 61cm. BMI 17.

Lepas mama pakai kan baju sume, mama duk kat ngan misi. Misi tu tanya mama macam, saya dah boleh meniarap ngan menelentang ke, dah boleh tegakkan kepala ke, dah boleh genggam benda ke. Mama kata semua saya dah boleh buat. Yee haaaaaa......

Sampai part ni yang paling takut ni. Kena enjet. Huwaaaaaaaaaaaaa. Ceh konon. Mengikut rekod saya tak pernah nangis camtu lagi bila kena cucuk. Merengek kejap je. Sebab terkejut. Jadi selepas kena cucuk, boleh saya ngan mama balik. Bukan balik rumah, mama hantar saya ge tak tempat Mak Nor, mama plak pergi kerja. Mesti nak makan terus tu, sebab dari pagi tadi mama tak makan lagi. Cian mama.


1 comment:

Mrs Velentine said...

wah 5 bulan dh 7 kg...bagus2

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff