my nuff

Mama, teng teng tu apa?

Dalam dok kalut Faiz ngan Fahim berebut nak main game kat tab, Ain cakap ngan diorang.
"Masa mama kecik2 mana ada main tab ke komputer ke, mama main teng teng ngan kengkawan"
Pastu anak-anak ni pakat gelak...
"Hahaha, teng teng tu apa, macam main loceng tu ke.. teng teng teng"

Huhuhu tu lah anak-anak sekarang, mana tau dah permainan tradional masa kita kecik-kecik dulu kan.
Ingat masa kecik-kecik, bila petang je kumpul ramai-ramai. Lokasi tu tak kisah. Umah sesapa pun bleh. Sebab main kat laman umah je kan... Duk felda mana ada taman permainan. Yang ada pun kat tadika. Tu pun kalo masuk diluar waktu sekolah kena menyusup bawah longkang sebab pintu pagar berkunci.

Antara permainan yang Ain ngan kengkawan selalu main macam teng teng, getah, baling selipar, baling tin, galah panjang, konda kondi ngan rondes. Semua permainan tu tak perlu kan apa-apa kos pun.
Kalo main teng teng, lukis kotak kat atas tanah je. Camtu gak kalo main galah panjang.
 
galah panjang


Cara mainnya, bagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama yang akan cuba melintasi kotak sambil dihalang oleh kumpulan kedua. Cara menang akan dikira bila ada ahli kumpulan yang berjaya melepasi kota halangan tu




teng teng

Baling 'buah' dalam kotak dan lompat ikut kotak yang ada. Tapi tak boleh lompat dalam kotak yang ada buah. pemain dikira kalah jika terpijak garisan atau keluar dari kotak.




Kalo main baling selipar atau tin plak sam juga. Nak main balik selipar pakai lah selipar yang ada. Nak main baling tin plak kutip jelah tin susu. Cara main nya hampir sama. Bagi kepada dua kumpulan. Lepas tu ketua kumpulan ossum sapa yang 'jalan' dulu. Kumpulan A baling selipar/tin yang dibina sampai roboh. Bila roboh, kumpulan A lari sebab kumpulan B akan baling selipar kepada pemain, sapa yang kena akan dianggap mati. Sementara tu, ahli kumpulan A akan berusaha bina semula selipar atau tin yang roboh tadi.




Sekarang ni, mana ada lagi anak-anak yang nak main permainan tu. Mungkin ada tapi susah nak jumpa.
Baik diorang main pemainan ni.



4 comments:

Mrs Velentine said...

budak skg main psp je..

Yana Aina said...

teringat zaman kanak2 ..indahnya ^^

awek retro said...

singgah dari blog Mak Dara :)

nurrul azwa Kassim said...

kita singgah kembali~~ hehehe
wa rindu main batu seremban :)

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff