my nuff

Kena Pecah Masuk Lagi????????

Kali ni bukan rumah Ain tapi opis Ain plak. Barang yang material tak de lah yang hilang, yang hilang cuma duit syiling yang ada kat meja masing-masing. Termasuk duit syiling Ain satu tapeware. Ada juga yang hilang jam tangan.
Yang hilang paling banyak, Kak Misah. Duit tabung haji anak2nya dalam 3 4 ratus. Duit tu dalam buku tabung haji dalam sampul surat. Pastu duit syiling satu tape ware aiskrim ngan syiling dalam beg. Jumlah kehilangan kak misah mungkin dalam 600 hinggit.. Banyak tu..
Huhuhu... apa lah nak jadi sekarang... Pak menteri kata jenayah makin kurang tapi tengok macam makin banyak je...

Kronologi 22 Oktober 2012

7.30 pagi
keluar rumah macam biasa, hantar anak-anak ke taska dan pergi kerja

1.00 ptg
balik ke kedai macam biasa sebab suami nak rehat

1.45 ptg
dari kedai balik ke rumah sebab nak ambil kasut sekolah Faiz, nak keringkan kat kedai.
Keadaan rumah macam biasa, masuk rumah dan solat.
Lepas tu keluar terus pergi kedai dan ke ofis

5.00 ptg
balik kerja, ambil anak-anak kat taska dan pergi kedai, ambil barang untuk masak makan malam

5.30 ptg
sampai rumah, pintu pagar terbuka luas, pintu grill dan sliding pun terbuka, lampu semua terpasang.
masuk je rumah, tengok ada kesan kasut bertanah,
masuk bilik, tengok almari baju diselongkar, kain baju bersepah-sepah, semua laci terbuka
keluar balik bagi tau jiran dan telefon suami dan polis.

Masa kejadian mungkin pukul 3, waktu hujan renyai. Jiran2 kiri dan kanan ada kat rumah, jiran depan pun ada kat rumah. Diorang dengar ada orang bagi salam 2 kali dan bunyi pintu pagar dibuka. Mereka sangkakan mungkin sedara mara datang berkunjung. Jiran sebelah kanan nampak kereta persona hitam tu keluar dan diikuti sebuah kereta hitam. Masih tak syak apa2, sangkanya mungkin suami yang balik rumah dan keluar dengan kereta persona tu.
Hmmm.... gitulah kaedahnya...


Assalamualaikum

Lama sungguh tak cerita ceritu kat blog... (errr lama ke... baru seminggu je kot).
Hmm... mula-mula nak citer pasal musibah yang melanda Ain sekeluarga awal minggu lepas. Rumah Ain kena pecah masuk dan kereta Ain hilang. Persona Hitam. huhuhu sedey tau.. Tapi nak wat camna kan benda dah nak hilang. Sampai ke hari ni belum ada khabar berita lagi.
Dah bagi tau insurans... Tapi biasalah, insurans kan... mestilah banyak dolak dan dalih nya... Tak pe lah... kalo ada rezeki ada lah...
Raya Aidil Adha ni tetap disambut macam biasa. Mujur ada Kancil yang sudi bawa kami sekeluarga ke sana ke mari.
Oklah.. nanti cerita lagi... Almaklumlah baru naik keje kan... banyak benda nak kena buat...

Nak Follow Banyak-banyak

Kalau minggu lepas Ain BW pastu bagi komen, start minggu ni Ain nak follow blog banyak-banyak. Sebagai permulaannya Ain akan follow blog yang ada dalam bloglist Yana Aina seperti yang tersenarai kat situ....Hmmm....
I Follow U
U Follow Me...
Bleh tak gitu...
 Yana, Akak pinjam gambar ni ye...

Doktor Hanya Sampaikan Khabar Buruk Sahaja????


Nak citer pasal doktor.
Memang diorang ni hanya nak bagi tau berita buruk je ke...
Dulukan Ain pernah wat Pap Smear, cite nye ada kat SINI. Misi tu bagi tau kalau ada masalah baru dia akan bagi tau.
Pastu baru-baru ni suami Ain pun ada pergi wat pemeriksaan kesihatan. Kena buat ujian darah. Keputusan ujian darah tu boleh dapat seminggu lepas tu. Pun sama gak. Doktor tu kata kalau ada masalah baru dia bagi tau...
Tu yang kuar ayat Doktor Hanya Sampaikan Khabar Buruk je.. Sebabnya bila ada masalah baru dia nak bagi tau..
Tak boleh ke, kalo kesihatan ok pun bagi tau juga. Sekurang-kurangnya boleh tambah ngan nasihat-nasihat camna nak jaga kesihatan dengan lebih baik lagi..

Mimpi Wanita Itu


Suatu malam wanita itu bermimpi. Allah kurniakannya seorang.....

Suami yang wajah nya bersih penuh dengan cahaya keimanan
Suami yang sentiasa senyum dan berkata lembut
Suami yang berani dalam mempertahankan kebenaran
Suami yang takut akan perbuatan yang mendatangkan dosa
Suami yang mengimamkan setiap solatnya
Suami yang mengejutnya untuk bertahajud disepertiga malam
Suami yang sama-sama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran
Suami yang sentiasa memujuk ketika rajuknya
Suami yang sentiasa menenangkan ketika amarahnya
Suami yang sentiasa cinta dan sayang padanya
Suami yang setia dan teguh dalam janjinya
Suami yang cermat dalam senda guraunya
Suami yang sentiasa memimpin dan membimbing ke jalan Al-Jannah

Tapi sayang, mimpi wanita itu hanya mimpi semata, realitinya tidak seindah mimpinya
Namun dia redha dengan takdir dan ketentuan Tuhan, kerana dia yakin pilihan Allah adalah sebaik-baik pilihan untuk nya...

La Tahzan - Pilihan Allah Adalah Pilihan Terbaik


Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyruh anda duduk.
Bersabarlah ketika Allah menjadikan anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah bila mana Allah menjadikan anda seorang yang kaya.
Itulah yang harus anda lakukan
Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku.

Janganlah mengatur suatu masalah yang ada padamu
Orang yang suka mengatur akhirnya binasa
Redhalah dengan apa yang telah Kami berikan
kerana Kami adalah sebaik-baik pengatur segalanya.

Terima Kasih Abang Motor Merah

Pagi tadi masa on the way nak ge opis, ada satu kejadian yang membuatkan Ain teringat sampai sekarang dan sampai bila-bila pun.
Masa berhenti kat lampu isyarat, Ain anak beranak nampak seekor anak kucing merangkak- rangkak ketakutan nak melintas simpang tu. Rasa gerun sangat sebab takut kalo anak kucing tu kena langgar ngan kereta.
Tak lama lepas tu, nampak seorang lelaki naik motor, berhenti kat satu sudut. Dia turun dari motor dan pergi tengah jalan tu amik anak kucing. Perghh... lega sangat. Anak2 Ain bersorak bila tengok anak kucing tu dah selamat. Lelaki tu ambil kucing tu dan letak dalam raga motornya dan dia berlalu pergi, sebab kebetulan lampu isyarat kat sebelah dia dah hijau.
Hmmm.... lega sangat. Dan semoga Allah swt mengurniakan seribu kerahmatan kepada lelaki itu.

Goyang Adik Goyang

Firas sekarang dah boleh angkat badan nak merangkak. tapi belum boleh lagi. Bila dia angkat badan, dia hanya goyang ke depan dan ke belakang sebelum jatuh semula...
Tak pe dik...
Cuba lagi...
Bila dah boleh merangkak, mama belikan walker untuk adik ye...



Festival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Temerloh

Tadi Ain ngan beberapa orang opismate pergi meraikan Festival Bahasa Melayu. Tak nak cite panjang, jom kita tengok gambar je.

Dewan Sri Mentakab



Antara opismate yang hadir, masa ni majlis belum mula lagi

Jom cap tangan kat kain putih tu

Kesempatan yang ada jangan dilepaskan... hehehe

Nah....... Hamik kau... hehehe

Persembahan Sajak

Persembahan Syair Pesan Bonda... Best sangat

Ucapan perasmian dari DUN Lanchang

Persembahan Syair Pesan Bonda


Dulu Pernah Terpaksa Buat Pilihan

Hampir sepuluh tahun yang lepas Ain pernah buat pilihan yang boleh tentukan masa depan Ain.

Antara ini

Tawaran Ke UPSI


Dengan Yang Ini


Tawaran Kerja Kerajaan

Hati masa tu berat kepada pilihan pertama tu, sebab masa tu baru abis diploma, ingatkan nak terus sambung. Bila minta, dapat plak tawaran .
Tapi pada masa yang sama, minta juga kerja kerajaan dan dapat juga.
Masa tu memang buntu sama ada nak pilih tawaran belajar atau tawaran kerja.
Atas sebab beberapa kekangan, niat nak sambung belajar tu terpaksa dilupakan dan tawaran yang diterima terpaksa dilepaskan.
Tapi, Ain tak pernah menyesal. Ain rasa pilihan yang Ain buat adalah tepat.
Tentang niat nak sambung belajar?
Sampai sekarang tak pernah padam. Ain akan terus cari ruang dan peluang untuk sambung belajar, dan semangat tu takkan hilang hingga hembusan nafas yang terakhir. Cewahhhhh...

Rabu Tanpa Kata - Sayang Adik....

BW Pagi 17.10.2012

5 entry untuk pagi ni

1.http://www.mizruha.com/2012/10/rabu-tanpa-kata-amalkan-petua-ini.html

2.http://lulu-pages.blogspot.com/2012/10/gambar-perkahwinan-kareena-kapoor-dan.html

3.http://hanifidrus.blogspot.com/2012/10/kenderaan-amfibia-boleh-guna-di-air-dan.html

4.http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/giveaway-buat-follower-hasrulhassancom.html

5.http://juanaazahari.blogspot.com/2012/10/best-gift-ever.html

La Tahzan - Jangan Bersedih


Jangan bersedih
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan mencipta berbagai musibah yang lain. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan dan kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat merka untuk menyerang anda. Atau, ketika anda mencemaskan sesuatu yang anda tidak sukai, ia akan mudah terjadi kepada anda.

Jangan bersedih
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan didunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih
kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan, dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.
Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar Rahman:13)

Jangan bersedih
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, nasi untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai dan suami/isteri untuk dicintai.

" Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa "


Hari kita bersegmen lagi. Kali Yana Aina plak yang buat.. Semalam Yana Yassin. Mana yang terlepas bleh klik kat SINI. So tanda sokongan kepada Yana, Ain join sekali segmen ni. Syaratnya mudah sekali..

Follow blog yana nazLyizan
Dah lama dah follow

Buat satu entry simple " Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa "
Ni tengah buat lah ni, hehehe

Tepek banner comot diatas tue dalam entry
Dah tepek pun...

Link kan entry dalam kotak Comment
Dah siap ni bleh letak link kat kotak komen Yana

Mana yang nak join segmen ni bleh lah klik banner comot tu ye...

Rahsia Tarikh Lahir

Yang ni saja suka-suka nak tengok personaliti berdasarkan tarikh lahir.
Tarikh Lahir Ain - 20 Oktober 1981

1.Suka Bersembang
2.Suka Orang Sayang Padanya
3.Suka Ambil Jalan Tengah
4.Sangat Menawan Dan Sopan Santun
5.Kecantikan Luar Dan Dalam
6.Tidak Pandai Berbohong Dan Berpura-pura
7.Mudah Rasa Simpati, Baik Dan Pentingkan Kawan
8.Sentiasa Berkawan
9.Hati Mudah Terusik Tetapi Merajuk Tak Lama
10.Cepat Marah
11.Macam Pentingkan Diri Sendiri
12.Tidak Menolong Orang Jika Tidak Diminta
13.Suka Melihat Dari Perspektif Sendiri
14.Tidak Suka Terima Pandangan Orang Lain
15.Emosi Mudah Terusik
16.Suka Berangan-angan Dan Pandai Bercakap
17.Emosi Yang Kelam Kabut
18.Daya Firasat Yang Sangat Kuat (Terutama Perempuan)
19.Suka Melancong, Sastera dan Seni
20.Pengasih, Penyayang Dan Lemah Lembut
21.Romantik Dalam Percintaan
22.Mudah Terusik Hati Dan Cemburu
23.Ambil Berat Tentang Orang Lain
24.Suka Kegiatan Luar
25.Orang Yang Adil
26.Boros Dan Mudah Dipengaruhi Oleh Persekitaran
27.Mudah Patah Semangat

Hmmm.... Banyak nya. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Mana yang baik akan dikekalkan dan mana yang tak baik akan cuba diubah... Insyaallah...

BW Pagi Ini - 16.10.2012

Start semalam Ain akan BW dan tinggalkan komen kat 5 entry terbaru yang ada kat dashboard Ain. So, jom kita jalan-jalan...

1. http://www.benashaari.com/2012/10/bumbo-seat-untuk-qhaliff.html

2. http://lulu-pages.blogspot.com/2012/10/tarikh-perkahwinan-farid-kamil-dan.html

3. http://hanifidrus.blogspot.com/2012/10/lesen-untuk-gro-di-labuan.html

4. http://miraedo92.blogspot.com/2012/10/hidup-ini-seluruhnya-adalah-beribadah.html

5. http://akuwanblur90.blogspot.com/2012/10/bleeding.html

Psssttt... Kalo ada blog yang terlalu berat dan lambat nak buka memang Ain pangkah.... Maaf ye...

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


Kawan Ain ni Yana Yassin wan Mega Give Away. Syarat-syarat nak join GA ni senang je.
Meh baca ni (Ain salin sejibik sejibon dari Tuan Blog Kedaung tu..)

Cara-cara nya mudah jaa :
Terbuka kepada semua blogger di Malaysia terutama follower BlogYY lerrr , Kalau yang kat obersea tue, harap ada alamat kat Malaysia lah yaa.

1. Buat entri dan tepek banner diatas dan link kan ke entri nie.
2. Tajuk entri Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com
3. Ce citer sikit pengalaman manis/masam korang dalam dunia Blogging.
4. Tag 3 orang kawan, dan pasti kan diorang tahu lah dirinya di tag yaa.
5. Kalau sudi jom Follow @twitterYY dan Like Fanpage BlogYY sebab YY akan banyak hupdate dekat situ juaaa.
6. Letakkan Link entri korang di komen entri nie.

Update Hadiah.

1. 1 x T-Shirt Custom Design sponsor dari LiverFreakTee
2. 1 x Perfume sponsor dari www.siezuka.com
3. 5 x Pemenang Topup RM10 sponsor dari penmerah.com
4. 1 x Album 33 Lagu Hit Sepanjang Zaman by NORA sponsor dari www.nurain82.com
5. 1 x Album Shila On 7 : Menentukan Arah sponsor dari www.nurain82.com
6. 1 x DVD Filem Senjakala sponsor dari www.nurain82.com
7. 1 x Lotion NIVEA sponsor dari www.nurain82.com
8. 1 x Lori Milo sponsor dari www.nurain82.com
9. 1 x Buku KHADIJAH cinta Abadi Kekasih Nabi sponsor dari Blog Affandi Jamil
10. 1 x Perfume Escada -Island Kiss Limited Edition sponsor dari www.Alyzafisol.com
11. 2 x Ole - Ole dari Korea
12. 1 x Ole - Ole dari Singapore
14. 3 x Ole - ole dari Pangkor
15. 2 x Ole - Ole dari Cameron Highland
16. 1 x Bantal Comel Mr.Bean
17. 1 x Bantal Comel Hello Kitty
18. 3 x Note Holder

Amacam banyak tak hadiahnya. Sesapa nak join bleh klik banner tu...

Pengalaman Manis/Masam berblog ni

Yang masam tu tak de lah lagi... Tapi yang manis nya banyak lah. Antaranya:
1. Dapat jumpa balik kawan sesekolah seasrama, sapa lagi kalo bukan YANAYASSIN, hehehe
2. Dapat berkenalan dengan kengkawan baru kat alam maya ni
3. Dapat berkongsi/bercerita pengetahuan dan kisah hidup sehari-harian..

Nak jemput sahabat ni join sekali

Blogwalking dan Komen - 15.10.2012

Hari ni Ain nak blogwalking semua blog yang Ain dah follow... Tapi yang ada entry terbaru je lah... Ain baca dan komen... Kengkawan lain bleh tumpang baca sekali

1. http://lokmanramli.blogspot.com/2012/10/terjunan-paling-tinggi-dunia-2012.html
2. http://lulu-pages.blogspot.com/2012/10/kejam-festival-seksa-kura-kura.html
3. http://farhan-emily.blogspot.com/2012/10/jalan-jalan-cari-makan-hadramawt.html
4. http://miraedo92.blogspot.com/2012/10/umat-nabi-muhammad-umat-terbaikkenapa.html
5. http://www.yanayassin.com/2012/10/trip-to-beijing-part-1-live-from-beijing.html

Ok cukup lima dulu untuk pagi ni....

Kisah Faiz, Fahim Dan Firas

Minggu ni Faiz sibuk suruh beli kete kat. Ain tak tau apa bendanya. Dia kata ada tunjuk kat dalam tv. Bila ditanya nak beli kat mana, dia kata kat petronas. Petang Rabu lepas ingatkan nak singgah kat petronas, tapi hujan lebat. Esok paginya baru ge petronas yang berhampiran. Tapi kete kat yang dicari tak de. Faiz kata ada kat petronas warna oren (shell lah tu). Petang semalam singgah plak kat shell.. Hmmm tak de juga. Akhirnya dia sendiri yang kata tak yah beli kete kat tapi dia nak beli gasing plak. Huhuhu...

Fahim plak tak abis lagi dengan cemburunya dengan Firas. Selalu dia 'buat' Firas. Memang geram ngan dia. Fahim suka cium Firas tapi lepas cium dia hantuk kepala dia kat kepala Firas. Kadang tu tengok Firas macam redha je bila abg buat macam tu. Tapi kalo sakit sangat baru dia nangis. Fahim memang suka melaram. Bila sikat rambut mesti nak buat 'pacak'. Hai.... anak-anak zaman sekarang.

 
Yang si kecik Firas ni plak, baru nak menginjak ke usia 6 bulan. Dah pandai meniarap dan berpusing-pusing. Dan yang terbaru Firas dah mula nak angkat badan nak merangkak. Setakat ni Alhamdulillah Firas amat senang dijaga. Pengasuh kat taska pun puji sebab Firas pandai bawa diri, lepas kenyang, dia main dan tidur sendiri tanpa banyak ragam.

Yang menjadi rebutan mereka sekarang, nak main game kat tab. Memang geram sangat bila dengar diorang bergaduh.. Huhuhu sabar je lah.  Tapi.....

Bila mereka dah tidur, Ain mesti kesunyian.....
 

You're Getting Sleepy.... and Less Stressed



Think hypnosis is hocus-pocus? If so, you're dismissing of powerful tool for improving work performance, says pyschotherapist Brian Alman. "Self-hypnosis is a form of deep relaxation that helps you focus, solve problems and relieve anxiety over presentations and deadlines," he says.
Here's how to try it:

Step 1
Close your eyes and breathe slowly and deeply.

Step 2
State a specific goal like "I'll feel confident about presenting my market analysis."

Step 3
Keeping eyes closed, count from 1 to 100, than back to 1.

Step 4
Repetive statements wil focus your mind on achieving your goal. When you open your eyes, you'll be relaxed and ready to work.


Hayatnya Sampai Disitu Saja


Ada seekor labi-labi sesat masuk longkang bangunan opis Ain.
Mungkin dibawa air sebab hujan lebat peang semalam.
Masa ditangkap oleh tukang kebun makhluk Allah tu masih hidup.
Dan masih terbayang lagi kat mata Ain sampai sekarang, turun naik badan makhuk Allah tu mengambil nafas.
Tak tau lah, makhluk Allah tu sedar atau tak yang itu adalah deruan nafas2nya yang terakhir.
Kerana ia akan jadi makanan kepada manusia yang berhati kering.
Dan sudah pasti ada urusan jual beli disitu.

Tenangkan Hati

Pada yang sedang gundah gulana meh baca ni... Insyaallah... Ketenangan pasti milik kita



Kata Ustaz,

sedekah perlu ikhlas
rezeki datang dalam pelbagai bentuk
mungkin tak kaya,
tapi badan sihat sejahtera
mungkin tak kaya,
tapi anak cemerlang dalam pelajaran
mungkin tak kaya
tapi hati sentiasa tenang.



"Kalau rezeki dari Allah terlambat
maka beristigfarlah kepada Allah
dan memohonlah semoga Allah
melapangkan rezeki - Nya bagi anda.
Kunci syurga adalah sabar
Kunci kemuliaan adalah rendah hati.
Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa.



Jika ada seseorang
yang menghina mu
BERSABARLAH
maafkan saja walaupun sukar
kasihanilah dia kerana
sebenarnya dia tidak tahu bagaimana
cara memuji mu dan mungkin dia sedar
kamu lebih baik dari dia

Love Is Blind

One of the reasons I like my new lady friend is her good taste.
She thinks I am handsome and is not shy about sharing her opinion with others.
At 74 years old, I naturally felt flattered.
But my ego trip ended when I drove her to the registry to renew her driver's licence.
She didn't get it.
She failed the eye test.



Beza Antara Mengumpat Dengan Memfitnah

Jika dahulu fitnah lambat tersebar tetapi dek kerana modennya kita, fitnah boleh sampai ke telinga kita dalam masa yang cukup singkat. Mungkin ada yang sedikit keliru tentang apa yang dikatakan dengan fitnah dan apa pula yang dimaksudkan dengan mengumpat.
Baginda SAW pernah menceritakan perbezaan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sabdanya, "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?" Maka dijawab oleh sahabat, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."
Sejurus mendengar jawapan tersebut, baginda kemudiannya bersabda, "Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya." Kemudian baginda ditanya lagi oleh sahabat. "Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?" Mendengar soalan itu lalu Baginda SAW mengupas, "JIKA KAMU BERKATA MENGENAI PERKARA YANG BENAR-BENAR BERLAKU PADA DIRINYA BERERTI KAMU MENGUMPATNYA, JIKA PERKARA YANG TIDAK BERLAKU PADA DIRINYA BERERTI KAMU MEMFITNAHNYA."
Maknanya kita tidak dibenarkan mengatakan sesuatu yang buruk terhadap sesiapa pun dan seandainya ia benar maka ia jatuh dalam kategori MENGUMPAT dan seandainya palsu sudah pasti namanya FITNAH.

Rabu Tanpa Kata

Lukisan Di Dinding



Pelukisnya mereka berdua ni

Loughter, The Best Medicine - Hospital


Three men are sitting in the waiting room of a hospital.
A nurse walks over the first one and says,
"Congratulations. You're the father of twins."
"What a coincidence," he says. "I work for Twin Tower Bank."

A while later, the nurse comes out to congratulate the second man.
"You are the proud father of triplets," she tell him.
"That's funny," says the new dad."I work for AAA."

The third expectant father jumps up, a look of terror on his face, and runs for the door.
"Sir, where are you going?" the nurse calls out.
He yells over his shoulder, "I work for 10,000 Auto Parts!"

La Tahzan - Maafkan Orang Yang Menyakiti Anda Itu Lebih Baik


Harga hukuman (qisas) sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayar oleh seorang pendendam dan pendengki, iaitu orang yang menderita kerana memelihara dendam dalam hatinya. Jika ia ingin membalaskan dendamnya ia harus mengorbankan hatinya, dagingnya, darahnya, perasaannya, kedamaiannya, ketenteramannya dan kebahgiaannya. Akhirnya hanya kerugian yang diperolehinya.
Dan sesungguhnya Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini, sebagaimana di dalam surah Ali- Imran, ayat 134:

....dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.....

Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. (Al-A'raf:199)

.....tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, dan tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah dia telah menjadi teman yang amat setia. (Fushshilat: 34)

Doakan Dia Kembali Sembuh



Tadi buka fesbuk, Dato Fadzilah Kamsah post sesuatu yang membuatkan Ain nak share ngan kengkawan kat sini. Ianya tentang Saudara Kamal Affandi Hashim. Kengkawan mesti kenalkan. Seorang penganalisis jenayah yang terkenal. Beliau menghidap sejenis penyakit AVM.
 Yang ni Ain copy dari blog En. Mazidul... Bleh baca lebih kat SINI.

"AVM itu apa?"

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya

Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama.

Sama-samalah kita doakan agar segala urusan untuk mengubati penyakitnya berjalan lancar. Sebab khidmatnya pada masyarakat kat Malaysia ni masih lagi diperlukan.

Nak Pinjam Bleh Tak

"Ni cermin mata sapa mama?"
"Abang punye"
"Abam punye? Fahim nak pinjam bleh"
"Mama ambik gambar Fahim"





Antara Bangga Dan Kecil Hati

Baru-baru ni Ain ada buat majlis hari jadi kecil-kecilan kat sekolah Faiz. Boleh baca kat SINI. Diraikan oleh kawan2 dan guru, ada sebuah kek, lilin dan simple goodies. Ada sedikit rakaman video melalui tab. Setiap kali Faiz tengok rakaman video tu, ada riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Senyum sendirian dengan mata yang bercahaya.
Fahim pun tengok juga rakaman tu. Dan semalam ketika sendirian Fahim tengok rakaman tu berulang kali. Bila ditanya "Fahim tengok apa?". Dijawabnya dengan bersahaja, "Fahim tengok kek".
Anak seusia 3 tahun tu mungkin tak pandai lagi nak mentafsirkan perasaannya. Tapi hati ibu ini bergetar setiap kali melihat mata nya yang sayu bila tengok rakaman video tu. Ain berjanji bila tiba hari lahirnya kelak, sambutan yang sama juga Ain buat untuk Fahim. Mama janji ye Fahim.

Bila Faiz Dan Fahim Pergi Funfair

Malam tadi Ain ngan adik bawa Faiz ngan Fahim pergi Funfair. Pada mulanya Ain ngan adik buat2 lupa janji nak bawa diorang pergi pesta tu. tapi Faiz memang jenis pegang janji. Dia yang 'ingatkan' kami tentang janji tu. Sampai kat situ permainan pertama yang kami main, benda alah yang bulat pusing-pusing tu macam gambar bawah ni. Faiz ngan Fahim memang takut nak naik tu. Tapi Ain ngan Adik naik sekali. Ain naik ngan Faiz, adik plak naik ngan Fahim. Memang seram gak naik benda tu. hehehe



Muka Faiz ketakutan


Macam nak nangis dah

Lepas turun, Ain layan anak-anak tu main permainan yang diorang nak main.






Setiap permainan yang ada kena bayar pakai token. 1 token RM2. So masuk je funfair ni kena tukar duit jadi token dulu.

 Pssssssst  TTK tak ikut sekali sebab kena jaga Firas kat umah. Hehehe... Tq Papa...

Mama, nak ambik gambar


Ngeeeeeee.......


Arggggggggggggghhhhhhh


Peace................


BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff