my nuff

Beza Antara Mengumpat Dengan Memfitnah

Jika dahulu fitnah lambat tersebar tetapi dek kerana modennya kita, fitnah boleh sampai ke telinga kita dalam masa yang cukup singkat. Mungkin ada yang sedikit keliru tentang apa yang dikatakan dengan fitnah dan apa pula yang dimaksudkan dengan mengumpat.
Baginda SAW pernah menceritakan perbezaan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Sabdanya, "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?" Maka dijawab oleh sahabat, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."
Sejurus mendengar jawapan tersebut, baginda kemudiannya bersabda, "Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya." Kemudian baginda ditanya lagi oleh sahabat. "Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?" Mendengar soalan itu lalu Baginda SAW mengupas, "JIKA KAMU BERKATA MENGENAI PERKARA YANG BENAR-BENAR BERLAKU PADA DIRINYA BERERTI KAMU MENGUMPATNYA, JIKA PERKARA YANG TIDAK BERLAKU PADA DIRINYA BERERTI KAMU MEMFITNAHNYA."
Maknanya kita tidak dibenarkan mengatakan sesuatu yang buruk terhadap sesiapa pun dan seandainya ia benar maka ia jatuh dalam kategori MENGUMPAT dan seandainya palsu sudah pasti namanya FITNAH.

3 comments:

Kesuma Angsana said...

bagusnyer info ni tolong ingatkan sesama kita !

Dunia Wilma said...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang saling mengingati antara satu sama lain ^_^

Mrs Velentine said...

tq kak..bagus entry ni

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff