my nuff

Doakan Dia Kembali Sembuh



Tadi buka fesbuk, Dato Fadzilah Kamsah post sesuatu yang membuatkan Ain nak share ngan kengkawan kat sini. Ianya tentang Saudara Kamal Affandi Hashim. Kengkawan mesti kenalkan. Seorang penganalisis jenayah yang terkenal. Beliau menghidap sejenis penyakit AVM.
 Yang ni Ain copy dari blog En. Mazidul... Bleh baca lebih kat SINI.

"AVM itu apa?"

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya

Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama.

Sama-samalah kita doakan agar segala urusan untuk mengubati penyakitnya berjalan lancar. Sebab khidmatnya pada masyarakat kat Malaysia ni masih lagi diperlukan.

5 comments:

Sue-Rya Qistina said...

kesiannya dia. baru je aritu dia bagi ceramah psl jenayah seksual kt kementerian kitorg. hopefully dia cepat sembuh ye. saya agak terperanjat bila baca entry awk ni tau. x sangka dlm lawak jenaka beliau, rupa2nya beliau ada sakit. huhuhu

Dunia Wilma said...

Selalu nampak En. Kamal nie kat TV...
Semoga penyakit En. Kamal dapat segera diubati...

Kesuma Angsana said...

moga beliau cepat sembuh ye!

Kerabu Jantung said...

Semoga Encik Kamal Affandi cepat sembuh!

dhati adiana said...

semoga beliau cepat sembuh..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff