my nuff

Dulu Pernah Terpaksa Buat Pilihan

Hampir sepuluh tahun yang lepas Ain pernah buat pilihan yang boleh tentukan masa depan Ain.

Antara ini

Tawaran Ke UPSI


Dengan Yang Ini


Tawaran Kerja Kerajaan

Hati masa tu berat kepada pilihan pertama tu, sebab masa tu baru abis diploma, ingatkan nak terus sambung. Bila minta, dapat plak tawaran .
Tapi pada masa yang sama, minta juga kerja kerajaan dan dapat juga.
Masa tu memang buntu sama ada nak pilih tawaran belajar atau tawaran kerja.
Atas sebab beberapa kekangan, niat nak sambung belajar tu terpaksa dilupakan dan tawaran yang diterima terpaksa dilepaskan.
Tapi, Ain tak pernah menyesal. Ain rasa pilihan yang Ain buat adalah tepat.
Tentang niat nak sambung belajar?
Sampai sekarang tak pernah padam. Ain akan terus cari ruang dan peluang untuk sambung belajar, dan semangat tu takkan hilang hingga hembusan nafas yang terakhir. Cewahhhhh...

2 comments:

Seroja Tiara said...

Bgsla kalau sntiasa ada smngat cam tu...sy ni lak dok fokus keja...walaupun ada gak keinginan, tp xdak seru yg kuat lg nk smbg degree...huhu

Dunia Wilma said...

Baguslah tu Sis...
Tak semestinya kalau kita dah kerja dan sudah berkahwin + ada anak...
Kita tak boleh sambung belajar...
Wilma yakin, niat Sis tu akan tercapai satu hari nanti ^_^

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff