my nuff

La Tahzan - Jangan Bersedih


Jangan bersedih
kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah, akan mencipta berbagai musibah yang lain. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan dan kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat merka untuk menyerang anda. Atau, ketika anda mencemaskan sesuatu yang anda tidak sukai, ia akan mudah terjadi kepada anda.

Jangan bersedih
kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan didunia terasa bagai dipenjara.

Jangan bersedih
kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan, dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.
Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar Rahman:13)

Jangan bersedih
kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, nasi untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai dan suami/isteri untuk dicintai.

3 comments:

Kesuma Angsana said...

suka sangat2 dgn N3 yg ini!

Sue-Rya Qistina said...

wow!! indahnya kata-kata ini.
nice sgt sis :)

Dunia Wilma said...

Wilma tersentuh dengan kata2 entri nie :-)
Nice entry Sis...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff