my nuff

Mimpi Wanita Itu


Suatu malam wanita itu bermimpi. Allah kurniakannya seorang.....

Suami yang wajah nya bersih penuh dengan cahaya keimanan
Suami yang sentiasa senyum dan berkata lembut
Suami yang berani dalam mempertahankan kebenaran
Suami yang takut akan perbuatan yang mendatangkan dosa
Suami yang mengimamkan setiap solatnya
Suami yang mengejutnya untuk bertahajud disepertiga malam
Suami yang sama-sama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran
Suami yang sentiasa memujuk ketika rajuknya
Suami yang sentiasa menenangkan ketika amarahnya
Suami yang sentiasa cinta dan sayang padanya
Suami yang setia dan teguh dalam janjinya
Suami yang cermat dalam senda guraunya
Suami yang sentiasa memimpin dan membimbing ke jalan Al-Jannah

Tapi sayang, mimpi wanita itu hanya mimpi semata, realitinya tidak seindah mimpinya
Namun dia redha dengan takdir dan ketentuan Tuhan, kerana dia yakin pilihan Allah adalah sebaik-baik pilihan untuk nya...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff