my nuff

LCWMC - So Sweet...

Muka depan Mingguan Wanita yang terbaru ada gambar Dato Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mei Choo.... Seronok sangat tengok gambar-gambar perkahwinan mereka dalam tu. Dikatakan Wedding Of The Year kerana tajaan baju, gambar dan videografi bernilai RM1.25 juta. Jom kita tengok gambar yang ada dalam Mingguan Wanita ni... Pssttt... Gambar ni Ain snap sendiri,,,, nak lebih cantik beli sendiri MW. RM3.30 je pun....



Jangan Sesekali Tipu Isteri Anda

Bila seorang wanita mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahgiaan bersama suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu akan meletakan sepenuh kepervayaan kepada suaminya dengan harapan, suaminya akan setiadan berlaku jujur kepadanya.
Tapi langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan luar hingga membuatkannya melanggar janji setia kepada isterinya. Mula menipu dan tidak jujur dengan isterinya. Bila semuanya terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami. Tetapi tidak KEPERCAYAAN. Sekali ia dikhianati, ia akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar untuk mempercayainya.
Isteri akan mula 'menyiasat' segala gerak geri suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu, isteri akan berhenti 'menyiasat'. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah. Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri dah muak dengan tingkahlaku suami dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami. Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.

Fahim.... Garang Tapi Penakut

Ain jarang cerita tentang Amirul Ain yang kedua iaitu Fahim. Fahim.... sesuai dengan namanya yang bermaksud memahani. Memang amat memahami. Antara Fahim dan Faiz, Fahim lagi boleh diharap. Kalau minta tolong apa-apa dari dia, memang dia akan tolong tanpa banyak soal. Tapi ada ketikanya bila sampai malasnya, macam-macam alasan yang keluar.
Fahim garang dan tegas orangnya. Kalau dia nakkan sesuatu tiada dakwa dakwi lagi, permintaan nya mesti dipenuhi. Terutama kalau dia minta buatkan susu. Selagi tak dapat selagi tu dia takkan berganjak.
Lagi satu perkara yang Ain kena berhati-hati dengan Fahim ialah jangan tinggalkan Fahim berdua dengan Firas. Rasa 'cemburu' terhadap Firas tak pernah padam. Fahim akan sentiasa cari peluang nak kenakan Firas sampai menangis.
Apapun Fahim anak Ain yang paling lucu. Walaupun masih pelat, Fahim suka bercerita dan menyanyi.
Jom tengok gambar Fahim dari mula di lahirkan hingga sekarang.







Bila Laman SoSial Jadi Tempat Mengadu...




Tertarik dengan entry Mrs Valentine tentang Maruah Hanya Di Twitter. Mengucap panjang Ain. Apa lah nak jadi dengan zaman sekarang ni. Tambah merunsingkan bila Ain ada 3 amanah yang perlu dijaga dan dididik sebaiknya.
Sekarang ni, kalo buka facebook atau twitter yang menjadi kegilaan zaman sekarang, semua cerita ada di situ... cerita gaduh, cerita cinta, cerita putus cinta, hmmm macam-macam lagi lah...
Bila gembira update status kat facebook/twitter... Bila sedih atau ada masalah pun nak ngadu kat facebook/twitter. Sepatutnya apa jua situasi, kita patut kembali kepada Nya.
Bila gembira ucap syukur kepada Nya dan bila sedih atau ada masalah minta petunjuk dan pertolongan dari Nya. Ni semua nak kongsi kat laman SoSial. Tu yang tak dapat bezakan mana yang perlu dikongsikan atau dirahsiakan...

Maimon Mutalib menderita kanser payudara


26 Nov – Aktres veteran Maimon Mutalib dikhabarkan kini berada di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa lalu selepas disahkan menderita kanser payudara.

Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Maimon atau lebih dikenali sebagai Kak Mon dikatakan tidak mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-oleh kejang.
Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya itu, Kak Mon berasa takut dan risau kerana tidak dapat bekerja lagi sebagai pelakon kerana bidang lakonan merupakan punca utama rezekinya.
Kak Mon merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat kerana penonton mampu menjiwai watak lakonan dalam setiap filemnya.
Antara filem yang pernah dibintanginya adalah "Budak Pailang", "Sumpahan Kum-Kum", "Semerah Cinta Stilleto", "Pensil", "Cuci", dan banyak lagi.
Sumber berita di SINI

 Kesian nya... Ain minat sangat dengan lakonan beliau. Tak kisah lah beliau berlakon watak baik atau antagonis.. Semua nya berkesan. Semoga beliau cepat sembuh...


Peratus Kepercayaan Anda Pada Pasangan



Dalam sesuatu perhubungan, antara elemen yang penting ialah kepercayaan. Tiada unsur-unsur penipuan dan perlu jujur antara satu sama lain. Dan cara untuk merealisasikan sesuatu kepercayaan ialah terus terang dan tidak menyembunyikan apa-apa saja dari pasangan kita.
Bila itu berlaku, sampau satu tahap kita tak boleh menipu atau ditipu oleh pasangan kita. Kerana pada waktu itu, walaupun kita cuba untuk tidak berkata benar, pasangan kita dapat mengesan ketidakbenarannya.
Itulah hadiah yang paling manis bagi pasangan yang dari awal lagi telah menerapkan nilai-nilai kepercayaan dan berterus terang dalam hubungan mereka.
Bagaimana pula bagi pasangan yang suka menipu dan tidak jujur antara satu sama lain...
Hmmmmmm..

Hrmis Oh Hrmis

Dari pagi tadi tunggu benda alah ni... Banyak benda nak buat dengan HRMIS hari ni. Nak buat cuti lah, SKT lah, LNPT lah... Huhuhu.... Dah makin canggih... makin susah plak...

Farid Kamil enggan bawa isteri bertemu doktor

Aik.... Nape plak tak nak bawa wife pergi jumpa doktor... Hmmm... Musykil ni...
Tak yah nak musykil sangat. Meh baca berita ni....


26 Nov – Pengarah dan aktor Farid Kamil Zahari masih enggan membawa isterinya, aktres Diana Danielle bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan mengenai kandungannya itu.

"Saya belum lagi membawa isteri untuk melakukan pemeriksaan kerana kini sibuk dengan majlis persandingan kami yang akan berlangsung bulan depan," ujar aktor berusia 31 tahun ini.
Pasangan merpati dua sejoli yang diijabkabulkan pada 3 November lalu memberi kejutan kepada peminat mereka selepas mengumumkan berita gembira bakal bergelar ibu bapa menerusi laman sosial Instagram dan Twitter selepas 16 hari mendirikan rumah tangga.
Farid yang ditemui di sidang media filem "Lagenda Budak Setan 2: Katerina" turut memberitahu majlis resepsi untuk pihak wanita bakal diadakan di Putrajaya pada 1 Disember ini, manakala untuk pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.
Ditanya mengenai perasaan bakal bergelar bapa, Farid pada mulanya terkejut kerana isterinya pernah meletakkan tempoh yang sesuai untuk memiliki anak iaitu sekitar dua atau tiga tahun selepas berkahwin.

"Manakan tidak, masih belum reda ucapan tahniah yang diterima selepas berkahwin, kini sudah ada ucapan bakal bergelar bapa pula. Perkara ini berlaku dengan pantas."
Tambahnya lagi, dia kini ingin memberi sepenuh perhatian kepada kesihatan isterinya walaupun Diana tidak mengalami alahan di waktu pagi, tetapi keadaan yang dialami membuatkan perasaannya mudah terguris. Namun pada masa yang sama, Farid enggan bersikap terlalu teruja atau memberi harapan kerana gusar berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kandungan tersebut.
"Saya ada menerima nasihat daripada orang tua agar jangan terlampau teruja. Apa yang perlu saya lakukan adalah jalani kehidupan seperti biasa dan jangan terlalu banyak terfikir," jelasnya lagi.
Sementara itu Farid bakal muncul dengan filem sekuel "Lagenda Budak Setan" dengan menggalas kembali wataknya sebaga Kasyah yang terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak perempuannya selepas kematian isteri tercinta, Ayu. Pada masa yang sama, Katerina (Maya Karin) muncul dengan cuba mencuri hatinya sekali lagi.
Filem arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Azri Iskandar, Marissa Yasmin serta Sheila Mambo dan bakal ditayangkan bermula 29 November ini.

 Hmmm... apa-apa jelah Farid....

Sumber berita dari SINI


Nasib Baik Menang

Akhirnya selepas berkali-kali kalah dan seri dalam perlawanan persahabatan, pastu kalah dengan Singapura untuk saingan Liga Piala AFF Suzuki, Harimau Malaya kembali mengaum.
Ceh... Macamlah Ain minta sangat tengok bola. Tengok lah juga, itu pun lepas habis tengok drama Adam & Hawa. Hehehe. Dah le episod Adam & Hawa malam tadi best lak tu. Ain Hawani dah terima Adam Mukhriz sepenuhnya selepas Adam Mukhriz membuktikan kemampuannya untuk menjadi Imam.
Balik citer pasal bola tadi, memang best lah kan bila tengok Malaysia menang 4-1 dengan Laos. Hehehe... Suka..suka...suka... Lepas ni lawan Indonesia pulak... Hmmmm...

Pemain yang menjaringkan gol-gol Malaysia

Safiq Rahim - Memang patut lah pun... Dia kan kapten

Safee Sali - Hmmm... hubby kata kalau tak sebab Wan Zack Haikal, mana maunya dia ni jaringkan gol

Wan Zack Haikal - Nama pemain yang disebut-sebut oleh hubby... Terbaik...

Khyril Muhaimin - Pun bagus juga... Baru masuk lepas gantikan Safee Sali terus dapat jaringkan gol..

Majlis Ramah Mesra PNB Temerloh

Tadi Ain pergi ke Majlis Ramah Mesra PNB sempena pembukaan cawangan baru PNB kat Temerloh ni.
Rupanya ada banyak produk PNB rupanya ada 11 semuanya... Yang Ain ada setakat ni 1 je. Amanah Saham Bumiputera... So lepas kena 'ayat' oleh orang PNB tadi Ain buka satu lagi iaitu Amanah Saham 1 Malaysia.

Antara teman pejabat yang ikut serta



Banyak makanan yang ada... tapi Ain amik yang ni je...

Faiz... Faiz...


Kenapa Faiz selalu buat macam tu....
Kenapa hari-hari mama kena marah Faiz
Kenapa Faiz tak nak dengar cakap
Setiap pagi Faiz yang paling lambat bangun
Setiap pagi Faiz yang paling lambat siap pakai baju
Setiap pagi Faiz mesti kena bebel ngan mama
Mama tak suka nak marah Faiz hari-hari
Sebab bila kena marah Faiz sedih, Faiz merajuk, Faiz nangis
Bila Faiz nangis mama akan sedih
Faiz,
Tahun depan Faiz dah masuk ke alam persekolahan yang sebenar
Tahun depan Faiz akan berhadapan dengan lebih ramai guru, lebih ramai kawan baru dan juga musuh baru
Kalau Faiz dah tak nak dengar nasihat mama dari sekarang
Masa akan datang nasihat Mama hanya angin lalu saja bagi Faiz
Faiz,
Mama sayang Faiz
Sayang sangat...
Faiz permata agung buat mama
Faiz tetap anak mama yang paling comel...
Faiz...Faiz... Faiz...

Saya Sayang Ibu

Untuk anak-anak mama, Amirul Faiz, Amirul Fahim dan Amirul Firas.....Tolong ingat cerita ini selagi hayat dikandung badan....



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Tips cinta suami isteri



Ni Ain dapat dari mukabuku. Boleh kita amalkan untuk kebahagiaan rumah tangga kita... Insyaallah...

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Nabil Dapat Anak


Tahniah untuk Nabil Ahmad. Semoga jadi ayah yang cemerlang.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 1

BAHAGIAN 1

Sudah dua malam dia bermimpi perkara yang sama. Cahaya itu seperti semalam juga, terang benderang. Dia tiba-tiba merasakan dirinya terbangun dan masuk ke satu alam yang tidak diketahuinya di mana. Disekelilingnya sunyi sepi, tidak ada satu pun suara yang kedengaran. Dia memandang sekeliling dan seperti semalam dia dapat melihat ayahnya berteleku di situ. Selepas beberapa saat bergelumang dalam kesunyian, terdengar tangisan lelaki itu teresak-esak memohon doa dan dia merenung dengan wajah berseri dan ceria. Itulah yang diharapkannya. Lama dia membiarkan ayahnya menadah tangan berdoa. Dia dapat mendengar dengan jelas doa tersebut dituturkan. Doanya seperti semalam dan anehnya  dia sendiri dapat menghafal doa tersebut. Doa yang memohon agar dirinya diampun dan dimaafkan. Doa yang memohon agar dirinya dalam kesejahteraan.
"Mari kita pulang ayah..."
Dia mendengar suaranya berbisik lembut. Memujuk apabila merasakan mereka sudah lama berada di situ. Pujukannya seperti semalam. Namun dia benar-benar hairan, kali ini lelaki itu enggan. Masih berteleku di situ. Tidak seperti semalam, ketika diajak pulang lelaki itu mengikut sahaja.
"Kita pulang ayah, sudah lah tu. Cukuplah untuk hari ini..."
Dia memujuk. Dia melihat sendiri dirinya di dalam pakaian serba putih duduk berteleku di sebelah ayahnya. Hairannya tidak ada seorang pun disekeliling mereka kecuali dia dan ayahnya. Dia merasa begitu tenang dan aman. Tangisan ayahnya memecah kesunyian. Dia dapat mendengar tangisan tersebut menyusup masuk ke telinganya.
"Ayah terlalu banyak membuat dosa. Moga-moga Tuhan memaafkan ayah."
Dia mendengar suara ayahnya berbisik. Lembut, sayu dan penuh keinsafan. Dia dapat merasakan tangan ayahnya hangat mencengkam tangannya. Dia mengeluh perlahan namun masih sempat tersenyum.
"Insya-Allah ayah, selagi kita berdoa dan memperbaikinya, selagi itulah kita akan dimaafkan."
Dia mendengar suaranya membalas semula. Pelahan tangan ayahnya diramas lembut.
"Ayah terlalu banyak melukakan hati kamu. Melupakan hati mama kamu. Sudah sampai masanya ayah pergi. Tapi ayah harus memohon maaf sebelum ayah pergi."
Dia terdengar suara tersebut. Begitu aneh rasanya. Semalam kata-kata itu diutarakan juga tapi nadanya agak berlainan.
Kali ini nadanya begitu sayu dan suaranya tertahan-tahan.
"Kami sudah lama memaafkan ayah. Kami sudah melupakannya ayah dan merasa amat bahagia kalau kami dapat melihat ayah kembali kepada diri ayah yang asal. Percayalah, kami tetap sayangkan ayah."
Dia mendengar suara ayahnya menangis teresak-esak. Lama dia membiarkan lelaki tersebut tenggelam dalam perasaannya. Dia sendiri merasa sedih mendengar tangisan itu.
"Sudahlah ayah. Marilah kita pulang..."
Dia mendengar suaranya merayu. Dia melihat ayahnya bangun perlahan-lahan. Kelihatan begitu lemah namun wajahnya begitu berseri dan bercahaya.
"Ayah terpaksa pergi sekarang. Maafkan ayah. Sampaikan salam ayah pada mama kamu. Maafkan ayah..."
Dia hanya membiarkan ayahnya menghulurkan tangan. Seperti satu kuasa yang besar, dia menyambut huluran tangan ayah dan menciumnya. Dia merasakan tangan sejuk ayahnya mengusap kepalanya, lembut dan penuh kasih sayang. Dia merasakan saat itu amat memilukan dan begitu syahdu.
"Ayah kena pergi sekarang..."
Dia terdengar ayahnya bersuara lembut.
"Pergi? Ayah mahu pergi ke mana?"
Dia bertanya ragu-ragu.
Dia melihat ayahnya tersenyum, ayah tidak menjawab pertanyaannya. Sebaliknya ayah terus berlalu pergi meninggalkannya. Jauh, jauh, ayah kian hilang daripada pandangannya.
"Ayah, ayah mahu pergi ke mana?"
Dia bertanya lagi. Namun pertanyaan itu terus berlalu tanpa jawapan. Ayahnya semakin lama semakin jauh daripada pandangan matanya.
"Ayah... tunggu! ayah... tunggu!"
Tubuh ayahnya semakin lama semakin hilang daripada pandangan. Dia menjadi semakin pilu dan sedih.
"Ayah!!!" Dia menjerit sekuat hatinya sehingga dia dapat mendengar suaranya sendiri.
"Iqa...! Bangun Iqa!"
Ada tangan sasa yang menyentuh lembut bahunya.
Dia mengusap mukanya. Lelaki yang berada di hadapannya direnung dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia mengucap perlahan. Dadanya diurut berkali-kali.
"Kenapa ni?"
Tanya suara tersebut dan tidak berapa lama kemudian lampu tidur terpasang terang. Dia melihat tubuhnya sendiri, lantas dia mengucap panjang.
Mimpi itu sudah dua hari berturut-turut mengganggu tidurnya. Mengganggu lenanya yang selama ini aman.
"Iqa mimpi." Dia berkata perlahan. Tangan suami yang baru dikahwini, dipautnya perlahan. Badannya menggeletar. Dingin. Dia diserang rasa takut dan sedih bertimpa-timpa. Tidak tahu kenapa.
"Mimpi ayah lagi?" Suaminya bertanya lembut. Tubuh si isteri sekali lagi dipaut erat.
Dia mengangguk lemah. Mimpi itu agak berlainan. Walaupun ditempat yang sama tetapi kali ini membuat dadanya benar-benar sebak.
"Kenapa dengan ayah pula kali ni? Semalamkan kita telefon dia. Dia gembira berada di Mekah. Tak ada apa-apa pun!" Lembut si suami memujuk.
Dia menggeleng. Perlahan kepalanya diletakkan di dada suaminya.
"Iqa mimpi ayah. Semalam masa Iqa panggil ayah balik, ayah ikut. Hari ni, ayah tak mahu ikut. Dia kata, dia terpaksa pergi." Dia menahan sebak di dadanya. Dia tidak tahu apa maksud mimpi tersebut. Adakah sekadar mainan tidur?
"Itukan cuma mimpi..."Suaminya memujuk lembut.
Memang itu cuma mimpi tetapi tidak mustahil mimpi menjadi kenyataan. Apa maksud ayahnya enggan pulang?
"Bila Iqa panggil, dia diam. Dia tak toleh.. Jadi Iqa jerit kuat-kuat tapi... ayah terus pergi. Iqa dapat rasakan sesuatu. Iqa takut." Dia sudah menangis teresak-esak. Mengongoi macam budak kecil. Suami mengusap rambutnya perlahan.
"Sudahlah tu... Iqa rindukan ayah agaknya." Suami berbisik memujuk.
"Iqa dapat rasakan sesuatu. Iqa takut." Dia mengongoi lagi. Dia tak tahu kenapa baru sekarang dia merasakan ketakutan akan kehilangan ayahnya. Bertahun-tahun mereka bersengketa, dia tidak merasakan apa-apa. Namun kali ini terlalu berlainan!
"Mimpi Iqa, agaknya kerana rindukan ayah, Iqa terbawa-bawa hingga sampai ke dalam tidur. Sabarlah... siang nanti kita telefon ayah."
Dia menyeka air matanya. Memang dia begitu rindukan ayahnya. Tidak tahu kenapa perasaan tersebut bertandang dalam dirinya pada saat-saat ini. Rasa rindu dan sayang. Dia masih ingat ketika menghantar ayahnya ke lapangan terbang. Wajah ayahnya begitu tenang dan lembut.
"Doakan ayah selamat dan sihat di sana nanti."
Dia hanya mengangguk. Dia tahu dia akan mendoakan apa sahaja untuk ayah tersayang.
"Sayang, mama kamu tak mahu ikut sama."
Dia melihat mata ayahnya berkaca. Dia hanya tersenyum lembut.
Ayah dan mama sudak tika mempunyai apa-apa ikatan sejak bertahun-tahun lamanya. Sudah tentuk tidak elok kalau mama mengikut ayahnya pergi. Dia akur dengan keputusan mama untuk tidak turut serta. Tidak pergi bermakna tidak mahu kembali kepada ayah. Itu hak mama. Mamanya berhak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.
"Tak mengapa, mama sentiasa mendoakan ayah."
Dia bercakap dengan suara yang perlahan. Mententeramkan jiwa ayahnya.
Sebelum ayahnya pergi dan ketika kenduri di rumahnya semalam, telah berkali-kali ayat itu diucapkan oleh ayahnya. Mungkin rasa kesal atas apa yang berlaku sejak bertahun-tahun yang lalu, dirasakannya sekarang. Dia amat memahaminya.
"Ayah tahu mama kamu masih tak dapat memaafkan ayah. Ayah tahu..."
Suara tersebut begitu pilu dan sebak. Dia dapat mendengarnya. Terasa sayu dan pilu.
"Mama sudah memaafkan ayah. Kalau tak, dia tak akan datang ke kenduri rumah kita semalam ayah. Percayalah...Apa pun yang berlaku, ayah telah pun dimaafkan." Dia memujuk lagi. Penuh hati-hati.
Dia tidak tah kenapa hatinya begitu berat mahu melepaskan ayah pergi sebelum ini. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kesihatan ayah sering sahaja terganggu. Namun hajat ayah itu seakan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. Dia sedar kalau diikutkan kemampuan, ayah sememangnya lebih daripada mampun untuk e sana. Namun baru kini hati ayah terbuka. Barangkali Tuhan telah memberi hidayah kepada ayah.
"Kamu doakan ayah diterima di sana nanti, Iqa. Ayah sayangkan kamu."
Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan ayah kala itu. Dia membalasnya dengan penuh kasih sayang.
"Sampaikan salam ayah pada mama kamu. Katakan padanya, ayah meminta maaf dan kamu.... jaga anak ayah ni baik-baik."
Dia melihat ayahnya memeluk suaminya yang berada di sisi. Tadi ayahnya tidak mahu dihantar sesiapa kecuali dia dan suaminya. Ramai para pekerja ayahnya mahu menghantar namun ayahnya enggan mereka turut serta. Ayahnya cuma mahu dia dan suaminya menghantar hingga ke lapangan terbang. Tidak tahu apa alasan ayah sebenarnya. Kata ayah, memadai hanya mereka berdua. Ayahnya pula ke Mekah dengan ditemani oleh Encik Baharom, salah seorang orang kepercayaannya.
"Sepeninggalan ayah, jaga anak ayah baik-baik. Jangan kamu lakukan kesilapan seperti apa yang ayah lakukan pada mamanya. Ayah mahu kamu belajar dari kesilapan ayah."
Dia teringat lagi pesan ayah pada suaminya kala itu. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Buka sekali dua kata-kata itu diucapkan, bahkan acap kali sehingga saat-saat untuk berangkat pun, ayahnya masih menuturkan kata-kata yang sama.
"Ayah jangan bimbang. Insya-Allah saya akan menjaga Iqa dengan baik. Saya berjanji ayah!"
Dia mendengar lafaz janji suaminya kala itu. Dia hanya tersenyum.
Ketika pengumuman keberangkatan ke udara, ayahnya kelihatan begitu riang sekali. Lupa kesedihan yang ditanggungnya sebentar tadi, Beberapa kali dia memanggil ayahnya namun ayah tidak menoleh. Ayah seolah-olah tidak mendengar panggilannya. Dia mengeluh, tidak tahu apa makna mimpinya itu.
"Rasanya macam ayah tak akan kembali lagi."
Dia mengongoi semula dalam suara yang tersekat-sekat.
"Jangan cakap macam tu. Apa pun, kita doakan ayah selamat." Lembut suaminya memujuk.
Dia tidak tahu kenapa kali ini dia merasakan yang dia tidak akan berjumpa dengan ayahnya lagi. Segalanya berkemungkinan. Segalanya tidak dapat dijangka.
Telefon yang berbunyi mengejutkannya lantas dia bangun dari katil. Sebelum sempat suaminya mencapai gagang telefon, dia terlebih dahulu mencapainya.
"Iqa, mama ni."
Dia merasa lega tiba-tiba.
"Mama, di mana ni?" Dia bertanya lembut. Riang rasa hatinya bila dapat dengar suara mamanya itu.
"Mama masih di Kuala Lumpur. Mama tak jadi balik esok. Sayang nak tinggalkan Malaysia. Mama dah tunda seminggu lagi."
Dia tergelak mendengar kata-kata mamanya. Mamanya tidak pernah melakukan begitu sebelum ini. Entah apa yang menyebabkan mamanya mengubah fikiran, dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika dia menahan mamanya agar jangan pulang, mamanya tetap berkeras mahu pulang kerana katanya ada urusan yang perlu diuruskan di New Zealand. Namun malam ini lain pula ceritanya. Dalam diam dia memanjatkan syukur pada saat ini dia perlukan kehadiran mama sebagai penguat semangat.
"Kamu dah tidur ke?" Tanya mamanya lagi.
Dia mengesat air matanya. Merenung suaminya yang duduk di birai katil sambil memerhati ke arahnya.
"Belum ma... awal lagi."
Dia melihat jam di dinding. Baru pukul sebelas tiga puluh mint malam. Baru sahara melelapkan mata, dia sudah bermimpi. Dia tersenyum-senyum sendirian.
"Hai... pengantin baru pun tidur lambat?" Mamanya mengusik.
Dia ketawa dengan usikan tersebut. "Baru apa ma... dah basi. Dah dekat dua bulan." Dia berkata manja, tergelak sama.
"Esok mama nak datang ke rumah kamulah." Mamanya berkata perlahan.
"Itulah mama, tidur aja di sini. Ayah bukannya ada pun, masih nak duduk di hotel!"
Menyebut ayah membuat dia teringatkan mimpinya sebentar tadi. Namun masakan dia mahu memberitahu mamanya. Mamanya tidak ada apa-apa kaitan dengan ayahnya lagi.
"Tak mahu mengganggu kamu. Kamu tukan baru kawin." Mamanya mengusik mesra.
"Datanglah ma... tak adalah Iqa risau mama duduk di hotel tu. Buatnya orang tackle mama, kan susah!" Dia mendengar ketawa mamanya lagi. Ketawa mamanya membuat hatinya lega dan riang. Mamalah satu-satunya yang sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan.
"Ada berita tentang ayah kamu?'
Dia terdiam ketika pertanyaan tersebut diajukan padanya. Dia merasakan suara tersebut benar-benar ikhlas. Dia terharu.
"Semalam ada tapi hari ni tak. Iqa mimpi mama!'
Dia berkata perlahan, menati reaksi daripada mamanya.
"Mimpi ada Iqa?" Ada kebimbangan dalam nada suara tersebut.
Atiqah menelan air liurnya. Rasa sayu dan sedih bertandang kembali.
"Mimpi ayah, ma." Atiqah bersuara perlahan.
Dia tidak menerima apa-apa jawapan daripada mamanya.
"Mama dengar tak apa yang Iqa cakap tadi?" Tanya Atiqah pada mamanya.
"Mama dengar, Iqa. Sejak akhir-akhir ni... saban malam mama mimpikan ayah kamu."
Keterangan tersebut merupakan satu kejutan buat Atiqah.
"Mama juga mimpikan ayah?" Atiqah bertanya perlahan. Dia terbayangkan wajah ayah dalam mimpinya itu. Sedih dan keliru.
"Cuma mimpi aja Iqa. Mimpikan mainan tidur."
Atiqah mendengar suara mamanya sedikit menggeletar.
"Tapi mimpi Iqa agak berlainan ma. Wajah ayah muram dan sedih. Ayah memakai pakaian putih."
Atiqah menerangkan perlahan. Kalau dia berhadapan denga mamanya, tentu dia dapat melihat kejutan di wajah mamanya itu. Mereka berdua mimpi perkara yang hampir sama.
"Iqa merayu-rayu ayah supaya kembali. Tapi ayah langsung tak menoleh, ma!" Atiqah menerangkan lagi. Dia tidak sedar yang mamanya mengucap panjang di dalam hati.
Aku bermimpi sebaliknya. Dia datang merayu-rayu pada ku supaya jangan pergi dan memohon maaf berkali-kali. Petanda apakah ini?
"Sudahlah Iqa, kita berdoa supaya ayah kamu dilindungi. Mama yakin ayah kamu akan selamat. Mama yakin."
Kata-kata itu merupakan satu penawar namun tanpa Atiqah sedar mamanya juga bimbang seperti dirinya.


Bukit Gambang Resort City

Jumaat dan Sabtu lepas Ain, Mak, Adik dan Anak3 pergi ke Gambang Resort City. Macam biasa Ain pergi sana atas urusan kerja. Tapi bila penganjur bagi tau pakej penginapan sekali dengan tiket masuk taman tema air, Ain bawak lah anak3 pergi sekali. Tak mau cite panjang-panjang. Biar gambar kat bawah ni yang bercerita.
Bergambar di balkoni lobi resort

Fahim... Hmmmm


Mak, Adik dan Firas (Cian Firas tertidur)


Peace.......


Jom main air

Dari awal sampai sudah, kat situ je tempat dia main... tempat lain dia takut

Mama pun tak ketinggalan... Basah juga

Lepas penat main air, berhenti makan

Firas tidur semula selepas berendam kejap dalam air

Dah bangun..... Senyum

Senyum lagi...

Tiba masa makan tengahari... Faiz minum air je

Fahim berjalan bawak minuman

Pulanglah oh pulang

Last posing sebelum balik

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Sembelit

Kengkawan pernah kena sembelit tak... Memang menyakitkan... Tapi kalo anak kita yang masih baby kena sembelit lagi kesian kan. Meh sini Ain nak kongsikan makanan-makanan yang boleh menyebabkan sembelit. Terutama sekali untuk ibu-ibu yang masih menyusukan bayi mereka.


1. Daging Merah

Ramai orang makan daging sebab keenakkan dan protein yang terkandung di dalamnya. Tapi bila daging merah ini dimasak, protein menjadi 0%. Daging juga memerlukan lebih dari 90 jam untuk dicerna ( itu pun sebahagian je ! )




2. Produk Bergula

Produk bergula mempunyai fibre(serat) yang rendah serta mengandungi gula dan lemak yang tinggi dimana boleh menyebabkan sembelit yang lagi kronik. Sesiapa yang makan desserts dan makanan yang manis sekali banyak memang senang kena sembelit.


3. Produk Bersusu

Makanan bersusu seperti susu, keju, mentega dan aiskrim adalah makanan tinggi lemak tepu dan rendah serat. Makanan ini bukan saja menyebabkan sembelit, malah boleh menyebabkan risiko penyakit jantung.



4. Produk yang diproses

Korang suka fast food? haha..Sebenarnya makanan yang diproses seperti pizza, nugget, sosej, pasta, kentang goreng dan burger boleh menyebabkan sembelit. Serat yang rendah didalam makanan ni boleh memburukkan sembelit.



5. Kafein

Kafein boleh menyebabkan dehidrasi yang akan menyebabkan sembelit terjadi. Jadi elakkan mengambil kopi, coklat dan minuman lain yang mengandungi kafein ni. Selain sembelit, jika mengambil kafein berlebihan akan menyebabkan korang menjadi caffeinism yang boleh menyebabkan gelisah, insomnia, kerap buang air kecil dan depression. Kafein juga boleh meningkatkan tekanan intraokular.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff