my nuff

Mentafsir Mimpi Tentang Anggota Badan

  1. Kalau bermimpi kepala timbul luka-luka yang banyak.
    • Memperolehi keuntungan
  2. Kepala keluar tanduk
    • Ada perselisihan faham yang akan difahami
  3. Bermimpi memotong rambut atau bercukur
    • Ada diantara kaum keluarga yang terganggu kesihatanya
  4. Rambut berguguran
    • Akan tiba kesedihan atau alamat tidak baik
  5. Rambut keputihan atau berguguran
    • Kegembiraan akan beralih kepada kesedihan atau sesudah terang timbul dengan tiba-tiba kegelapan
  6. Rambut seketika menjadi lebat
    • Kegembiraan dengan segera atau bila telah berumahtangga alamat akan memperolehi anak.
  7. Bermimpi rambut menutup mata
    • Dirinya akan mengalami celaan atau ejekkan yang secara tiba-tiba
  8. Menyikat rambut menutup mata
    • Kesengsaraan dirinya atau kesedihannya akan segera berubah menjadi senang dan gembira
  9. Melihat seseorang berambut merah saga
    • Akan berjaya dalam peniagaan sendiri
  10. Rambut berwarna merah.
    • Akan menghadapi perasaan hati yang kurang menyenangkan
  11. Melihat rambut palsu
    • Anda akan ditipu oleh orang yang disangka kawan rapat sendiri
  12. Rambut putih
    • Anda akan cepat beruntung dalam usaha perniagaan dan akan berumur panjang
  13. Mencuci rambut
    • Hendaklah berhati-hati dan jangan bersikap serampang kerana akan tiba pergaduhan
  14. Memotong rambut orang lain
    • Berhati-hatilah terhadap rencana akan datang.
  15. Muka keluar warna hitam
    • Keadaan kurang baik dalam sehari dua akan datang
  16. Bermimpi muka terlalu bahgia.
    • Khabar baik bagi anda dan sahabat
  17. Muka masam
    • Anda akan mengalami kerugian
  18. Muka cantik molek terutama terhadap kaum wanita
    • Kehidupan cinta akan bahgia (kalau saudara ada hubungan cinta)
  19. Bercermin muka
    • Anda hendaklah berhati-hati dalam sesuatu tindakan yang anda lakukan.
  20. Hidung berdarah
    • Anda akan mengalami sesuatu keuntungan walaupun hanya sekadarnya
  21. Mimpi badan gemuk dan kuat
    • Alamat akan dimuliakan orang, ramai orang yang akan menghormati anda
  22. Mimpi badan kurus
    • Alamat tidak baik, dalam pergolakan hidupnya tiada rezeki yang datang
  23. Badan merasa payah, letih dan penat.
    • Segala yang dituntut dan dicita-citakan tidak akan termakbul.
  24. Badan keluar kutu atau luka-luka
    • Rezekinya akan muncul, kesusahan akan terhindar atau bila anda ditimpa sakit maka sakit itu akan sembuh.
  25. Badan anda berperlu-peluh
    • Rezeki anda akan muncul, kesusahan akan hilang seketika akan bahagia
  26. Bermimpi gigi anda tanggal atau jatuh
    • Akan berdukacita dan kalau gigi yang tanggal di atas maka besar kemungkinan yang ditimpa kemalangan itu orang tua dan kalau yang tanggal gigi bawah maka yang ditimpa malapetaka ialah isteri(kalau sudah berkahwin) atau anak, cucu atau mungkin ahli keluarga yang muda.
  27. Jikalau melihat perut sendiri
    • Terhindar dari kesusahan yang selama ini menimpa.
  28. Badan anda terikat rantai
    • Akan mengalami sakit
  29. Tangan atau kaki putus
    • Alamat sangan buruk atau akan datang kesusahan mengenai harta
  30. Kaki dan tangan terkena kotoran.
    • Dalam usaha yang dijalankan walau pun sedikit akan mendatangkan keuntungan
  31. Kalau kaki mengeluarkan air
    • Alamat akan memjadi penghulu
  32. Bermimpi melihat tangan yang elok.
    • Dia akan mempunyai bakat seni.
  33. Tangan yang kuat.
    • Bererti berjaya dalam politik, sukan atau perniagaan
  34. Jika bermimpi kemaluan lelaki berubah menjadi kemaluan wanita atau sebaliknya.
    • Dia akan segera dikurniakan anak atau harta kekayaan
  35. Kemaluannya terlepas
    • Akan menderita kesusahan yang besar.
  36. Kalau bermimpi melihat zakar seekor kambing
    • Akan hilang kesusahan yang sedang dialami atau kalau sedang sakit maka akan sembuh.
  37. Lelaki atau wanita yang bermimpi melihat bibir orang yang berlainan jenis
    • Akan perolehi pasangan hidup yang serasi dalam kehidupan perkahwinan.
  38. Wanita yang melihat bibirnya sendiri.
    • kelak ia mengalami kebaikan cinta dalama kesenian
  39. Lelaki yang melihat bibirnya sendiri
    • Ia hendaklah berhati-hati dalam menjalankan usaha terutama dalam mengeluarkan kata-kata, jika tersalah kata terdapat halangan besar.
  40. Jika anda bermimpi berkepala botak
    • Menunjukkan anda akan menerima khabar buruk.
  41. Sekiranya anda bermimpi tidak dapat bersuara (bisu).
    • Menunjukkan tiap-tiap percakapan yang anda katakan tidak akan dipercayai oleh kawan-kawanmu.
  42. Mimpi mata jadi buta.
    • Maka ertinya anda mestilah berhati-hati dalam kedudukan anda, hanya sedikit kesalahan boleh membuatkan anda tidak berguna lagi.
  43. Mimpi melihat seorang buta
    • Akan ada sahabat anda yang meminta pertolongan dari mu.
  44. Bermimpi terkena serangan demam.
    • Anda akan menerima surat dari kenalan atau kekasih
  45. Mimpi berdukacita
    • Anda akan bersuka ria dan kesihatan terjamin.
  46. Mimpi bahawa anda gila
    • Anda akan mendapat kejayaan dalam dunia perniagaan dan hidup bahgia.
  47. Mimpi melihat orang gila.
    • Anda akan mengalami kesibukan kerana keluarga bertengkar.
  48. Bermimpi melihat hati atau gambar hati atau simbol cinta
    • Untuk orang bujang akan cepat kahwin, dan untuk yang sudah berkahwin akan hidup rukun damai
  49. Mimpi diserang penyakit hati
    • Ertinya tubuh anda akan sihat walafiat.
  50. Bermimpi mendengar degupan jantung
    • Anda akan mendengar suara baik, khabar baik
  51. Bermimpi melihat paku atau kuku
    • Anda akan menerima warisan
  52. Jika seorang wanita bermimpi jatuh cinta pada seorang yang bermisai
    • Menandakan anda dalam perkahwinan sebaik saja mengalami keuntungan atau tuah
  53. Mimpi seseorang memandang dengan mata yang tajam ke arah anda
    • Maknanya anda kurang disenangi oleh orang-orang yang dekat dengan anda. Anda mesti memperbaiki kelakuan anda yang tidak bersesuaian dengan kehidupan masyarakat anda.
  54. Bermimpi mata biru
    • Anda akan dicintai oleh seorang yang selama ini terkenang-kenang
  55. Bermimpi memiliki mata yang tajam
    • Bererti anda sedang bermain cinta dengan orang yang pernah diidam-diidamkan
  56. Bermimpi mati
    • Bererti anda dalam keadaan sihat walafiat dan segala persoalan yang sukar akan dapat diselesaikan dengan mudah
  57. Bermimpi berbicara dengan orang yang telah mati
    • Bererti anda dapat menempuh kehidupan yang baik dan berjaya
  58. Bermimpi susah bernafas
    • Bererti anda akan mendapat nasihat bahawa anda jangan terlalu bekerja keras.
  59. Bermimpi anda pengsan
    • Perancangan anda yang begitu luas akan gagal
  60. Bermimpi seorang wanita pengsan
    • Ertinya anda akan cepat bertemu jodoh
  61. Bermimpi kaki pincang
    • Bermakna anda akan segera pergi atau pindah ke tempat lain.
  62. Bermimpi sakit
    • Bermakna suatu penggoda besar akan datang pada anda
  63. Bermimpi sedih
    • Bererti anda akan mengorbankan wang anda
  64. Bermimpi bahawa kesihatan anda terganggu
    • Dalam hal ini anda mesti berjaga-jaga dan mengawasi kesihatan anda
  65. Bermimpi siku luka atau melecet
    • Maknanya anda akan berhadapan dengan suatu masalah yang mesti diberi perhatian dan segala kelakuan anda yang dipandang buruk segeralah dibaiki
  66. Bermimpi suara lembut menarik para pendengar
    • Bereti anda mendengar atau menerima khabar baik
  67. Mendengar suara yang kurang sopan atau kasar
    • Menandakan rancangan anda selama ini tidak mendatangkan hasil.

1 comment:

yana aina said...

kalau kt dh kawen tp slalu mimpi kene patuk or kejar ular knp erkk ^^

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff