my nuff

Mentafsir Mimpi Tentang Pergaulan Hidup

1. Mimpi keluarga
  • Anda akan berusaha dalam suatu perjuangan
2.Mimpi hidup bahagia dengan keluarga
  • Anda akan mengalami keuntungan dalam keseluruhan keluarga yang anda ada
3. Mimpi isteri mengandung
  • Alamat kurang baik, ada aral yang datang
4. Mimpi isteri bergaul dengan lelaki lain
  • Tanda akan mengalami kerugian
5. Mimpi memeluk isteri sendiri
  • Tanda akan dikurniakan rezeki
6. Mimpi memeluk isteri orang lain
  • Alamat akan timbul suatu keuntungan yang selama ini anda bekerja keras untuk mendapatkannya.
7. Mimpi isteri anda bersalin
  • Alamat dapat rezeki besar
8. Mimpi berjalan-jalan dengan isteri
  • Tanda akan berselisih faham
9. Mimpi bertengkar dengan isteri
  • Kesihatan badan akan terganggu
10. Mimpi mendukung anak kecil
  • Akan mendapat kerugian atau kesusahan
11. Mimpi kedua suami isteri mandi bersama dalam air
  • Akan mendapat keuntungan dalam suatu yang dijalankannya
12. Mimpi anak meninggal dunia
  • Akan timbul pertengkaran dalam rumahtangga
13. Mimpi suami isteri berkelahi
  • Akan meremukkan sesuatu urusan yang dipandang sangat penting
14. Mimpi ayah anda
  • Segala kesusahan anda tidak akan terganggu
15. Mimpi anak yatim
  • Maka hidup anda penuh kegembiraan
16. Mimpi memungut anak yatim
  • Tandanya rezeki dan harta akan membukit
17. Mimpi mengunjungi rumah anak yatim
  • Anda menerima khabar baik dari pihak keluarga
18. Mimpi bercakap-cakap dengan seorang gadis
  • Anda akan mengalami kehidupan yang indah dihari-hari akan datang
19. Mimpi menjadi hakim
  • Pendirian yang tidak mendapat sambutan dari teman
20. Mimpi melihat hakim
  • Kedudukan anda dalam pejabat diberikan tempat yang tinggi oleh majikan
21. Mimpi melihat ibu anda
  • Anda akan mencapai kejayaan dalam usaha anda yang begitu sukar
22. Mimpi mendengar suara ibu
  • Akan tiba berita berharga untuk anda
23. Mimpi menulis surat untuk ibu
  • Anda akan menerima banyak jasa dan kehormatan
24. Mimpi melihat isteri
  • Maka kasih sayang tidak kunjung padam sepanjang masa
25. Mimpi orang tua
  • Segala usahanya akan berjaya
26. Mimpi melihat orang mati
  • Akan mendapat kesusahan dalam hati
27. Mimpi melihat orang kedekut menghitung wangnya
  • Berhati-hati berhadapan dengan orang uang ingin cepat kaya
28. Mimpi jadi orang kedekut
  • Menunjukkan anda terlalu memikirkan keperluan diri sendiri, maka dalam hal ini anda harus berhati-hati hari akan datang.
29. Mimpi bertemu seorang perempuan
  • Anda akan mendapat senjata dalam perjuangan anda.
30. Mimpi bertemu orang yang suci
  • Kehidupan anda akan aman damai
31. Mimpi bertemu seorang pengarang
  • Persahabatan yang anda jalin membolehkan anda menemui orang-orang penting dalam bidang sosial dan perniagaan.
32. Mimpi menjadi pengarang
  • Anda berbakat seni dan dengan pekerjaan itu kelak akan menguntungkan anda
33. Mimpi menolong seorang pengemis
  • Anda mendapat kemajuan dalam penghidupan dan cinta.
34. Mimpi bercakap dengan seorang petani
  • Anda akan menyenangkan hati seorang yang dianggap penting untuk menyelesaikan persoalan yang rumit.
35. Mimpi bertemu seorang polis
  • Anda terlindung dari pergaduhan
36. Mimpi bertemu ahli politik
  • Anda akan kehilangan ramai sahabat karib
37. Mimpi bertemu perdana menteri
  • Anda akan mendapat kehormatan
38. Mimpi bertemu ratu
  • Anda akan berjaya dalam apa yang selama ini dicita-citakan
39. Mimpi menjadi tentera
  • Tidak baik baik kerana selalu mengalami perubahan dalam hidup
40. Mimpi syaitan atau neraka
  • Memperingatkan kita kepada masa keburukan yang akan datang kepada kita.

4 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

entry yang sangattttt menarik ;)

Mrs Velentine said...

tq share

Sue-Rya Qistina said...

mcm2 tafsiran rupanya ye. ada segelintir yg saya tau, ada segelintir yg mmg x pernah tau pun

Kesuma Angsana said...

amboi tafsir mimpi ler pulak ye hehe

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff