my nuff

Penyamun Oh Penyamun - Terdesak Atau Memang Bangsat

Sejak akhir-akhir ni banyak betul kejadian samun menyamun kat area Temerloh ni. Yang paling ketara kejadian peniaga R&R kena bunuh kat Kg. Sanggang. Lepas tu rumah Ain sendiri kena pecah masuk yang menyebabkan kereta Ain hilang dan yang terbaru kejadian pegawai Jabatan Hutan mati dibunuh penyamun. Semua kejadian tu bukannya Ain baca kat akhbar tapi Ain tau sendiri dari kenalan mangsa sendiri.
Yang tragik nya semua kejadian tu melibatkan orang yang dikenali oleh mangsa. Macam kes peniaga R&R tu, ketua penyamun tu anak saudara mangsa sendiri. Macam kes Ain plak, ramai yang mengatakan ada antara jiran Ain yang jadi kaki sebab kat area taman perumahan Ain tu dah lebih 10 buah rumah kena pecah masuk. Kes kat bentung tu plak orang kat sini kata kes cinta tak berbalas. Hmmm cam na tu....
Penyamun ni dah sah sah lah tak de iman sebab tu setan mudah merasuk tak pun memang setan dah duduk dalam badan diorang ni sebab tu diorang tak perasan kesian langsung.
Lepas kejadian yang menimpa keluarga Ain ari tu, Ain tetap bersyukur sebab Ain sekaluarga masih selamat kalo dibandingkan dengan kes samun lain yang melibatkan nyawa. Syukur Alhamdulillah....

4 comments:

NoEn said...

alhamdulillah ain & keluarga tak ape2

Kesuma Angsana said...

minta2 dijauhkan lah kita semua ye, sabar byk2 ye ain

Mrs Velentine said...

minta dijauhkan dr kita semua perkara sebegini

Yana Aina said...

penyamun skrg nie sume hati kering ... nyawa org dh mcm tak bernilai. mntk d jauhi ... amin

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff