my nuff

Adab Membaca Al Quran

Sesorang yang membaca Al Quran seolah-olah dia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepada-Nya. maka hendaklah dia menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi Tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulama-ulama muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan seperti berikut:


1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.


2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agung dan ketinggian Al Quranul Karim. Para ulama berpendapat sunat membaca Al Quran di masjid, iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktikaf.


3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.


4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al Quran.

 Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:
 "Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al Quran maka peliharalahbdengan bersugi."

Berkata Yazid bin Abdul Malik yang bermaksud:
"Sesungguhnya mulut-mulut kamu merupakan jalan-jalan bagi Al Quran makan sucikanlah dan bersihkan sebaik mungkin."


5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah tetap melihat kita.


6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al Quran.


7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al Quran.


8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan ia adalah harus.


9. Setiap kali memulakan bacaan, lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah:
Ertinya: "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang terkena rejam."


10. Kemudian diikuti dengan membaca:
Ertinya:"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Hendaklah membaca Bismillah itu tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.


11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada solat.


12. Hendaklah membaca dengan tartil (memelihara hukum tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firmah Allah S.W.T yang bermaksud:
"Kami membaca Al Quran itu dengan tartil."
(Surah al-Furqan :32)

"Hendaklah kamu membaca al Quran dengan tartil."
(Surah al-Muzammil : 4)

Pengertian tartil pada bahasa:
"Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh gapah."


13. Menurut istilah tajwid ialah membaca Al Quran dalam keadaan tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf pada tempat-tempatnya.

Saidina Ali k.w.j berkata yang bermaksud:
"Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya."


14. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahu tujuan Al Quran diturunkan oleh Allah S.W.T

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Inilah Al Quran yang memimpin ke arah jalan yang lurus."
(Surah al-Isra': 9)
"Kami turunkan Al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin."
(Surah al-Isra': 82)
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnta supaya orang yang mempunyai fikiran mendapat peringatan (pelajaran)."
(Surah Sod: 29)


15. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan.

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abdullah ibn Mas'ud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (AlQuran) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu mengandungi sepuluh kebajikan. Aku tidak kata Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf."


16. Hendaklah membaca A Quran mengikut tertib mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.


17. Hendaklah berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al Quran itu bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid yang bermaksud:
"Apabila kamu menguap ketika membaca Al Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al Quran sehingga selesai menguap."


18. Hendaklah meletakkan Al Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sesekali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Ubaidah al-Mulaiki r,a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai kaum ahli-ahli Al Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam."


19. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, hiasilah Al Quran dengan suara-suara kamu.


20. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
21. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di hari khatam Al Quran.. Sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran iaitu:
"Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w sesiapa yang telah khatam Al Quran baginya doa yang dimakbulkan."

5 comments:

Kniedaz said...

terima kasih kongsi info ni ^_^

yana aina said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini ^^

Mrs Velentine said...

tq up entry ni

Ratu Hatiku said...

Tq sharing... nice entry

Nur Amalina Maisarah said...

wah bagusnye info ni ^^
tengs for sharing ^^

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff