my nuff

Aku Dan Dia

Antara perkara yang menggembirakan bila dapat bertemu semula dengan kawan lama.

NORSUHAILA BINTI YAAKOP atau Lela. Nama kawan yang Ain kenal 15 tahun dahulu. Mula perkenalan apabila kami sama-sama menjejakkan kaki di Sekolah Menengah Teknik Juasseh. Selama dua tahun di tingkatan 4 dan 5, kami berada di kelas yang sama dan menetap di asrama yang sama.
Lepas SPMV bila masing-masing bawa haluan sendiri, Ain dengan Lela tetap lagi bersama apabila kami sama-sama diterima untuk belajar di Politeknik Port Dickson juga di satukan dalam kelas yang sama. Selama 3 tahun kami di sana. Di gelar three twigges kerana Ain, Lela dan bersama seorang kawan lain bersama-sama tak kira di mana sahaja. Bila tamat pengajian, hubungan kami tetap diteruskan.
Kami sama-sama menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Juruaudit dan Penolong Akauntan. Rezeki kami di Jabatan Audit Negara. Ain lapor diri awal 15 hari dari Lela. Kami bekerja di bawah satu jabatan walaupun bahagian lain-lain. Tambah manis lagi Ain dan Lela duduk satu rumah semasa bekerja di Putrajaya tu.
Namun pada tahun 2005 selepas Ain mendirikan rumahtangga, kami mula berjauhan apabila Ain bertukar ke Johor Bahru. Dan pada 2008 Lela pula mendirikan rumah tangga.
Tadi setelah beberapa tahun tak bertemu muka, hanya sekadar melalui gelombang telefon, Ain dan Lela bertemu. Itu pun sebab Lela ada urusan kerja di Temerloh ni. Tambah seronok lagi bila Lela bawa perkhabaran gembira apabila dia telah hamil 4 bulan setelah 4 tahun menunggu. Hmmm... seronok Ain tengok Lela bila dia ceria menceritakan saat dia tahu tentang berita kehamilannya itu.
Semoga Lela selamat hingga melahirkan. Amin.

2 comments:

Kniedaz said...

seronoknya jumpa teman lama...sejak ada FB ni dapat jumpa ramai kawan lama tapi ramai yang duduk jauh dah...

Dunia Wilma said...

Tahniah buat Lela ^_^
Bestnya dapat jumpa kawan lama...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff