my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 7

BAHAGIAN 7


“KITA akan adakan sidang akhbar beberapa minggu lagi. Perasmian akan dibuat di sekolah ini. Aku mahu kau hadir, Iqa.” Dahlia mengunjukkan draf yang dibuatnya pada Atiqah.

Atiqah mengerutkan dahinya. “Besar betul perasmian yang kau nak adakan Dahlia. Komputer yang kita dapat tu komputer buruk tahu tak?”

Dahlia ketawa. “Alah perasmian tu nanti akan ditaja. Nama penaja akan keluar. Aku dapat sponsor sticker Space Jam dan Mickey Mouse dari beberapa syarikat. Kita tampal dekat komputer. Tentu nampak menarikkan?”

Atiqah tidak tah apa hendak kata. Mahu ketawa pun ada.

“Kau tahu tak, Puan Mary pengasas sekolah ni suka dengan apa yang kita buat. Aku tahu kau banyak tolong aku, Iqa. Aku tak tahu nak cakap apa.”

Atiqah ketawa. Dia mengenali Dahlia sejak dari bangku sekolah lagi. Dahlia seorang wanita yang suka menceburkan diri dalam kegiatan amal. Dia sendiri tertarik dengan penglibatan Dahlia.

“Nanti selesai perasmian dan hari keluarga tu, aku belanja kau makan ya.”

“Tak payahlah Dahlia. Aku pun suka bantu budak-budak tu. Kasihan aku tengok mereka. Comel-comel pula tu. Terjerit-jerit kalau nampak aku. Cute betul.”

Balik dari pejabat tadi, Atiqah singgah di sekolah Dahlia. Dahlia menelefonnya tengah hari tadi, meminta dia dating ke situ untuk membincangkan satu perkara.

“Aku akan masukkan nama kau sebagai pengadil pertandingan. Dan aku akan masukkan nama kau bawah penghargaan.” Dahlia memberi cadangan.

“Kau ni buat malu aku aja. Hiss... tak mahulah aku.” Atiqah menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Dia membantu bukan kerana mahukan nama tetapi memang suka menolong. Lagipun dia seronok dapat mengerjakan komputer-komputer lama yang kemudian mendatangkan hasil yang begitu memuaskan hati.

“Kau pernah jumpa ayah kau lagi Iqa?” Tanya Dahlia apabila melihat Atiqah yang diam dan termenung. Atiqah tersentak dengan pertanyaan tersebut. Dahlialah satu-satunya sahabat yang tahu kisah dia dan ayahnya.

“Dah setahun lebih aku tak jumpa dia. Aku malas nak kacau hidup dia. Emak tiri aku tu pun menyampah aku tengok. Muka dahlah selalu keluar surat khabar. Sakit hati aku menengoknya!” Atiqah mengeluh perlahan.

Kasihan Atiqah. Kalau dia berada di tempat Atiqah, dia sendiri belum tentu boleh menanggung bebanan perasaan yang saling bercampur aduk.

“Tapi dia masih ayah kau, Iqa. Kau kena terima hakikat tu.” Dahlia memujuk.

Atiqah merenung Dahlia dengan pandangan berbaur. Dia tahu Dahlia kerap memujuknya. Kerap memberikannya berbagai-bagai nasihat. Namun bagi Atiqah, dia tak pernah setuju dengan apa yang ayahnya lakukan. Dia teringatkan suatu hari ketika dia dan Dahlia makan tengah hari di salah sebuah kedai makanan segera, disebelahnya ada empat orang wanita sedang berbual.

“Datuk Marzuki bercinta dengan Zakiah pembaca berita tu?”

Dia mendengar salah seoran daripada mereka memulakan perbualan. Dia juga mendengar dengan jelas mereka berempat ketawa. Ketawa yang begitu sinis di pendengarannya.

“Datuk Marzuki tu entah berapa dah bini dia, asyik mengumpul bini aja!” Gadis berbaju kurung biru berkata sambil menjuihkan bibirnya.

Atiqah mendengar dengan hati yang terbakar. Ketika itu Dahlia sedang beratur membeli makanan.

“Itu baru bini, yang disimpan entah berapa orang agaknya. Hiss... bukan muda lagi tu, dunia kata pergi kubur kata mari!”

“Jantan zaman sekarang. Aku dengar dia ada seorang anak perempuan. Dia tak takut ke kalau-kalau oarng buat anak perempuannya suatu hari nanti? Sebelum dengan Zakiah, dia pernah kahwin dengan perempuan Cinakan? Perempuan tu saman dia entah berapa juta. Susah kalau hidup dah biasa macam tu. Sampai mati pun belum tentu sempat taubat.”

Seorang yang memakai tudung pula menyambung.

Atiqah mengetap bibir. Dia rasa hiba dan malu. Rasanya mahu sahaja dia menyorokkan dirinya ketika itu.

“Orang banyak duit, pilih perempuan macam pilih ikan di pasar.”

Atiqah meraup mukanya, dia benar-benar rasa terhina dengan kata-kata tersebut.

“Kenapa kau ni... Aku cakap dengan kau, kau tak dengar ke?” Dahlia menepuk bahu Atiqah.

Atiqah tersenyum kelat.

“Aku malu dapat ayah macam ayah aku tu Dahlia.” Atiqah mengeluh perlahan.

“Tukar bini macam tukar baju. Yang aku hairan tu, ada pula perempuan nakkan dia. Bini baru dia tu pembaca berita televisyen. Anak dah tiga. Sanggup bercerai sebab nakkan ayah aku!” Atiqah bersungut sendirian.

Dahlia merenung wajah Atiqah dengan perasaan simpati.

“Aku sendiri yang malu bila baca cerita perempuan tu bergaduh dengan suaminya sebab ayah aku.” Atiqah menyambung lagi.

“Sebab tu kau tak mahu beritahu orang siapa diri kau sebenarnya?” Tanya Dahlia.

Atiqah mengangguk. Dahulu dia juga pernah menjenguk ayahnya di rumah namun sejak kisah pembaca berita tersebut keluar di surat khabar tabloid hingga kecoh satu Malaysia, dia langsung tak mahu pulang.

“Ayah kau banyak duit, Iqa. Dia mampu lakukan apa saja!” Dahlia berkata perlahan.

Atiqah mencebir. Wajahnya masam mencuka. Merengus kemudiannya. “Sampai sanggup beli bini orang! Malunya aku..”

Atiqah teringatkan mamanya yang bekerja di New Zealand. Sudah lama dia tidak menjenguk mamanya itu. Namun mamanya kerap menghantar barang-barang padanya, kadangkala menghantar gambardan duit. Dia amat sayangkan mamanya. Baginya tiada perempuan lain yang dapat menadingi mamanya.

“Kau tak boleh salahkan ayah kau, Iqa. Kau kena salahkan perempuan tu. Kalau dia sayangkan anak-ananya, kalau dia sayangkan suaminya, dia tak ikut ayah kau. Perempuan sekarang pun payah nak cakap, Iqa.”

Atiqah meraup mukanya. Bercerita tentang ayahnya buat dia pening kepala. Kadangkala dia merasakan dia tidak mempunyai ayah. Sejak mama dan ayahnya bercerai sepuluh tahhun lau, dia tidak pernah berhari raya dengan ayahnya. Dia selalu berhari raya dengan neneknya di Kampung Kuala Tahan, Pahang. Ada beberapa kali mamany pulang berhari raya bersama. Ayahnya selalu keluar Negara selepas satu atau dua Hari Raya. Bercuti. Dia kadangkala sukar mengikut rentak ayahnya.

“Hai... kalau cerita pasal ayah aku tu, aku pun naik pening kepala, Dahlia. Nasib baik aku tak ada adik beradik lain. Kalau tak, kasihan adik-adik aku. Aku boleh uruskan diri aku sendiri!” Atiqah mendepangkan tangannya.

Dahlia ketawa kecil.

“Tu yang ambil law sekerat jalan tu..” Dahlia mengejek.

Atiqah ketawa besar. Dia tahu Dahlia menyindirnya.

“Kau kenakan aku ya? Aku sebenarnya tak minat. Aku dah cakap dengan orang tua Marzuki tu. Aku tak minat. Baik aku ambil sastera daripada aku ambil law. Orang yang ambil law ni kena ingatan yang kuat dan skill membelit. Aku tak ada skill tu Dahlia!”

Dahlia ketawa mendengar kata-kata Atiqah. Direnung wajah Atiqah mesra.

“Kau dengan Faizal macam mana?” Tanya Dahlia.

Atiqah ketawa kecil. Faizal, lelaki itu memang disenanginya. Kelakar dan baik. Namun sejak kebelakangan ini Faizal kurang bercakap dengannya. Mungkin juga kerana Tuan Ahmad tidak suka Faizal berkawan dengannya.

“Aku kerani aja Dahlia. Aku tengok dia tu concern sangat pasal status. Takut juga aku orang macam tu. Lepas tu aku dengar dia dah nak bertunang.”

Sepanjang mengenali Atiqah, Dahlia dapati Atiqah amat ringkas orangnya. Suka menyorokkan identitinya. Kalau orang tahu siapa dia, mungkin ramai yang terperanjat besar.

“Dia belum tahu siapa kau, Iqa.”

Atiqah mencebir. Peduli apa dia dengan status dirinya. Orang lain tidak perlu tahu.

Dia membelek kertas yang berada di atas meja Dahlia. Ada beberapa keeping lukisan di situ. Atiqah mengambil dan menelitinya kemudian ketawa.

“Cutenya, budak-budak tu yang buat?” Atiqh bertanya girang, direnungnya wajah Dahlia.

Dahlia mengangguk.

“Cantik, beautiful. Pandai betul mereka. How nice!” Atiqah berkata lagi. Dia membelek-belek lukisan tersebut satu per satu.

“Hah.. hah.. tengok ni. Hey! Gambar aku pun ada. Mama, papa, adik. Cikgu Dahlia, Auntie Iqa.” Atiqah ketawa besar melihatnya. Dia membelek belakan lukisan tersebut.

“Adrian! Patutlah...”

Atiqah segera terbayangkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sebelas tahun. Tampak cerdik. Sudah pandai menulis, membaca dan bercakap dengan lancar. Setiap kali dia datang ke sekolah tersebut, Adrian akan menerpa memeluknya.

“Kasihan budak-budak ni. Tak ada ubat ke yang boleh mengubati mereka? Macam mana masa depan mereka... Kasihan betul aku!” Atiqah berkata perlahan. Suaranya rendah berbaur simpati.

“Itu dugaan Tuhan, Iqa. Bukan dia orang minta dilahirkan begitu. Emak dan ayah mereka pun tak minta mereka dilahirkan begitu. Tapi Tuhan nak beri. Nak cakap apa. Terima ajalah. Paling penting masyarakat. Mereka mesti diterima sebagai manusia biasa. Sebagai rakyat biasa. Jangan sisihkan mereka. Sekarang ni banyak sekoah macam ni. Kalau di kampung-kampung, aku pernah tengok anak yang dapat penyakit ni dikurung. Tak bagi keluar rumah dan tak jaga dengan baik dan sempurna. Bagi aku masyakarat mesti disedarkan. Anak-anak terencat akal macam ni mesti dihargai sewajarnya.”

“Aku setuju Dahlia. Anak-anak ni istimewa. Mungkin masa depan mereka tak dapat diagak. Tapi jangan disisihkan mereka. Aku nak pergi main squash malam ni. Kau nak ikut?” Tanya Atiqah pada Dahlia.

Dahlia melihat jam di pergelangan tangannya kemudian menggelengkan kepala.

“Tak mahu dah, aku pergi seorang ajalah...” Atiqah berkata perlahan.

Dahlia ketawa, dia bangun apabila Atiqah bangun.

“Kau nak main dengan siapa Iqa? Main squash mesti ada partner.” Dahlia meletakkan tangannya di bahu Atiqah.

“Boleh kalau mahu, squash bukan cama main badminton atau tenis. Bantai ajalah dinding tu.

Dinding rumah pun boleh juga main squash kalau mahu!”

Dahlia ketawa besar mendengarnya. Atiqah memang sentiasa bersedia dengan jawapan. Dia menghantar Atiqah sampai ke kereta.

“Tukar ajalah kereta kau ni Iqa. Kau minta duit bapak kau. Kau dah boleh pakai Audi.”

Atiqah mencebirkan bibirmya. Dia memeluk Dahlia kemudian masuk ke dalam keretanya. Dia melambaikan tangan pada Dahlia.

ATIQAH keluar dari keretanya untuk membuka pintu paga rumah Hajah Mimah. Setiap kali keluar dia terpaksa melaluui rumah Hajah Mimah. Rumah sewanya terletak di belakang rumah Hajah Mimah. Ketika dia sedang membukan pintu kereta, ada kereta berhenti disebelah keretanya. Dia kenal kereta tersebut. Kereta Nik Arif.

“Hai Iqa, dari mana ni?” Nik Arif yang keluar dari keretanya merapati Atiqah dan membantu membuka pintu paga. Dia merenung Atiqah yang dibaluti seluar dan kasut sukan serta berT-shirt lengan panjang.

“Baru balik main squash. Encik Nik baru balik ke?” Atiqah bertanya sekadar berbasa basi.

Nik Arif mengangguk.

“Selalu Iqa main squash?” Nik Arif bertanya.

Atiqah yang baru melangkah, memberhentikan langkahnya. Dia tersnyum sambil mengangguk.

“Seminggu berapa kali main?”

Ramah pula Nik Arif malam ni, fikir Atiqah.

“Kadangkala tiga, kadangkala empat. Tengok mood, Encik Nik.” Atiqah berkata perlahan. Serba salah dia apabila melihat Nik Arif tidak bergerak dari pintu pagar.

“Main dengan siapa?” Tanya Nik Arif lagi. Direnungnya wajah Atiqah. Dari lampu yang dibuka oleh emaknya yang melimpah ke halaman, dilihatnya wajah Atiqah sedikit merah.

“Seorang, kadangkala saya pergi ke kelab. Kalau ada yang sudi jadi partner, saya masuk. Kalau tak, bantai ajalah dinding tu.”

Nik Arif ketawa mendengar kata-kata Atiqah yang bersahaja itu.

“Lain kali bolehlah Nik ikut ya. Iqa tahu main tenis atau golf? Kita boleh pergi sama nanti.”

Atiqah ketawa kecil. Dia membuang pandang apabila Nik arif merenungnya.

“Saya manalah ada duit, Encik Nik. Golf mahal!” Atiqah berkata perlahan. Dia berjalan menuju ke keretanya.

Nik Arif hanya merenung Atiqah yang mengangkat tangan. Atiqah macam menyindirnya.

“Iqa..” Nik Arif mengetuk cermin pintu kereta Atiqah.

Atiqah yang baru sahaja mahu memasukkan gear keretanya menurukan cermin.

“Ada apa Encik Nik?” Tanya Atiqah perlahan. Dia hairan dengan Nik Arif yang begitu rajin mengajaknya berbual malam itu. Lelaki itu mungkin baru berjumpa dengan buah hati agaknya.

“Komputer saya dah okey?” Nik Arif tersengih.

Atiqh mengangguk.

“Encik Nik jangan takut, sehari dua nanti saya hantar. Selamat malam!” Atiqah menutup pintu keretanya.

Nik Arig tersenyum sambil melambai tangan pada Atiqh.

“Main squash? Boleh tahan juga. Patut badan cantik!” Nik Arif berbisik pada dirinya sendiri.

Ketika dia masuk ke dalam rumah, senyuman masih tersunggingdibibirnya.

“Apa kenanya kamu Nik?” Jajah Mimah bertanya.

Nik Arifhanya ketawa kecil. Enggan bercerita.

“Emak tengok lama kamu berbual dengan Iqa di luar tadi, apa yang kamu bualkan?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif melabuhkan punggungnya di hadapan emaknya. Dia menguap perlahan. Dia benar-benar penat kerana baru pulang dari Westport. Berbincang tentang kontena baru yang ditempah oleh syarikatnya.

“Macam mana mak tahu Nik bercakap dengan Atiqah?” Nik Arif betanya hairan.

“Emak dengar kereta berhenti kemudian tak masuk-masuk. Dengar orang bercakap-cakap. Emak jenguk keluar. Tu lah... asyik sangat bercakap dengan perempuan, mak jenguk pun kamu tak perasan.”

Nik Arif tersipu-sipu mendengar sindiran emaknya.

“Hem.. Nik tanya dia pergi mana pakai kasut dengan seluar sukan. Dia pergi main badminton mak.” Nik Arif berkata perlahan.

“Main badminton? Mana budak tu pernah main badminton. Main squash adalah.” Hajah Mimah mengerutkan dahinya. Pelik bila dia mendengar Atiqah bermain badminton.

“Eh! Nik cakap dia main badminton ke, bukan squash?” Tanya Nik Arif.

Hajah Mimah ketawa. Anak lelakinya itu sedang berangan agaknya.

“Kamu ni berangan ke, atau dah tak betul. Kamu cakap dia main badminton. Setahu mak, budak tu suka main squash. Mak pun pernah ikut dia main squash. Tapi dua kali pukul mak dah tak larat. Bola tu pun bukan melantun. Penat mengejarnya.”

Nik Arif ketawa besar. Direnungnya wajah Hajah Mimah bagai tidak percaya.

“Emak ikut Iqa main squash?”

Anggukan Hajah Mimah menyebabkan Nik Arif menyambung ketawa.

“Main tu penat mak. Baik mak main golf. View cantik, badan tak penat.” Nik Arif mengusik emaknya.

Hajah Mimah mencebirkan bibir.

“Main golf? Kata Iqa, amain golf untuk golongan orang lemah fizikal. Kamu muda-muda pun main golf buat pa?”

Nik Arif membeliakkan matanya. Nampaknya emaknya sudah terlalu rapat dengan Atiqah. Setiap apa yang Atiqah perkatakan, emaknya ingat. Apa yang Atiqah main, emaknya tahu.

“Emak dengarlah cakap Iqa tu?”

Hajah Mimah hairan melihat Nik Arif tersengih-sengih sendirian. Mungkin ada sesuatu yang melucukan hatinya.

“Kamu dah sukakan dia ke? Emak tengok kamu sekarang rajin cerita pasal dia.” Usik Hajah Mimah. Kalau Nik Arif mahukan Atiqah, alangkah senang hatinya!

“Mengarut betul mak ni. Baru cerita sikit pasa budak tu, mak dah sangka yang bukan-bukan. Nak kahwin bukan senang mak. Sekarang dekat Kuala Lumpur ni, ramai orang yang tak boleh dipercayai. Kadangkala luar aja baik, dalam tak tahulah..” Nik Arif berkata panjang lebar.

Dia tidak mahu emaknya menaruh sebarang prasangka. Walaupun sejak akhir akhir ini dia sering menegur Atiqah, itu tidak bermakna yang dia sukakan gadis itu. Mungkin dia sudah mula menyenangi Atiqah. Cuma stu yang masih tidak dapat terima. Atiqah memanggilnya encik. Itu yang paling dia tak berkenan.

“Banyak ke kerja kamu sampai malam baru balik?” Tanya Hajah Mimah.

Dia tidak mahu memanjang-manjang cerita. Kalau dia bercerita tentang Atiqah lagi nanti, dia takut anaknya itu mula mngutuk Atiqah. Mengata Atiqah macam-macam. Penghabisnya, dia akan rasa sedih. Dia amat sayangkan Atiqah sehingga mendengar Nik Arif mengutuk Atiqah sudah membuat hatinya luka.

“Banyak mak. Tadi sehari suntuk berada di Westport, berbincang pasal kontena dan schedule syarikat. Ada syarikat yang menanpah penghantaran ke Jerman. Bulan ini banyak kerja sikit.” Nik Arif menguap lagi. Dia menutup mulutnya dengan telapak tangan.

“Kamu dah makan?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif menggeleng.

“Kamu pergi mandi dulu. Sekejap lagi emak pananskan lauk. Kita makan.” Hajah Mimah mengarahkan.

Nik Arif masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia memejamkan matanya. Kepalanya terasa berat.

“Kalau ada orang picitkan kepala, kan sedap mak!” Nik Arif berkata dalam mata terkatup.

“Hah.. kahwinlah cepat. Bila balik ada orang picitkan kepala kamu.” Sergah Hajah Mimah.

Nik Arif membuka matanya kemudian ketawa.

“Mak nak suggestkan Nik kahwin dengan budak belakang rumahlah tu!” Ejek Nik Arif.

Hajah Mimah bangun. Malas dia mahu melayan anaknya itu.

“Dia pun tak nakkan kamu. Jangan kamu perasan!”

Nik Arif memerhatikan emaknya beredar ke dapur.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff