my nuff

Firas Demam Lagi

Petang semalam suhu badan Firas naik lagi. Kalau bagi ubat memanglah demamnya surut tapi tak baik-baik lagi. Malam tadi Ain ajak hubby bawa Firas ke klinik. Klinik yang biasa kami sekeluarga pergi Klinik Sulaiman, Temerloh.
Lepas 15 minit tunggu selepas daftar, Firas dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Doktor ambik suhu badan Firas.. Tu dia... 39 darjah celcius... Panas tu...
Tapi kali ni Ain pelik sikit dengan cara rawatan doktor tu, dia tak bagi pakaikan baju panjang pada Firas, kalau boleh biar tak berbaju.
Dia minta buka kan semua baju Firas termasuk pampers. Lepas tu dia mandikan Firas. Firas apa lagi memang menjerit lah kesejukan. Dah le kat luar hujan renyai-renyai. Lepas selesai dimandikan, ada sorang nurse masukkan ubat dalam bontot Firas. Haaa yang tu biasalah.. Sebab kalau terlalu panas memang kena masukan ubat bontot tu.
Lepas tu baru baru pakai kan pampers dan seluar. Baju tak boleh pakai lagi. Diorang letakkan pelekat macam cool fever kat belakang ngan dahi Firas.
Balik dari klinik Firas tidur sampai pagi. Tidur dengan tak berbaju. Hanya bangun untuk menyusu je.
Pagi ni ni badan Firas masih panas, tapi tidak sepanas petang semalam.
Semoga Firas cepat sembuh.
Thank you to Doktor Joy Joseph.... Baik sangat doktor tu.

2 comments:

yana aina said...

tak sggp tgk klu bdk2 dmm... kesian tgk diorg menangis. moga cpt sembuh ^^

Sue-Rya Qistina said...

anak2 saya kalau demam, mmg kitorg x pakaikan baju. pastu kena kerap mandikan diorg. semoga firas cpt sembuh ya. aunty pun ngah demam lg ni

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff