my nuff

Firas Pergi Klinik

Pagi ni Firas ada temujanji klinik untuk 8 bulan. Kalau ikutkan 14 hb ni baru 8 bulan. Tapi dah temu janjinya hari ni, Ain bawa aja lah ke klinik. Hari ni Firas cuma kena timbang berat dan ukur tinggi. Tak kena inject. Oklah tu. Nasib baik tak kena inject sebab Firas tak berapa sihat. Dia kena selsema. Injection seterusnya masa umur Firas 1 tahun nanti. Sebelum injection MMR tu nanti, jururawat tu pesan agar bagi Firas makan telur untuk pastikan sama ada Firas ada allergy atau tak. Kalau ada suntikan MMR tu kena ambil di hospital. Hmmm... Baru tau. Sebab masa Faiz dengan Fahim dulu tak ada pula arahan macam tu. Tak apalah yang penting anak-anak Ain sihat. Ikutkan aja arahan klinik tu.



Temujanji seterusnya 30.01.2013 untuk 10 bulan pula...

4 comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff