my nuff

Kelebihan Al-Quran

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daus a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.
Dalam sebuah hadis, Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah Al-Quran yang mulia."

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh musuu-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahaginan daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya, Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah SWT.

Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya yang dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan dengannya Dia keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dengan izin-Nya dan dengannya juga Dia menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus."

(Surah al-Ma'idah: 15&16)

Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:

"Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa."

(Surah al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Abu Zar r.a. berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan yang baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Sabda baginda s.a.w: Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat."

Kita dikehendaki membaca, memdalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebih daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)."

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh."

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: "Rasululllah s.a.w. telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran."

1 comment:

Sue-Rya Qistina said...

Al-Quran ini adalah pedoman, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. nice sharing kak!

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff