my nuff

Kelebihan Membaca Al Quran

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dari Muaz al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. 'Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari kiamat. Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dari Sa'id Salim secara Mursal telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w 'Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."

Hadis lain daripada Uthman Ibn Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff