my nuff

Pahala Membaca Al-Quran

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas'ud r.a daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya, Aku tidak mengatakan satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, telah berkata Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang memelihara solat fardu tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan orang yang taat."

"Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."

Adapun pahala membaca surah-surah, banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya:

"Dari 'Ata' bin Abi Rabah, telah berkata. telah sampai padaku bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi."

"Dari Abi Mas'ud r.a. berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w. 'Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tidak akan ditimpa oleh kebuluran/kepapaan selama-lamanya."

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebh besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang, dapat disimpulkan seperti berikut:
  1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
  2. Pahala membaca Al-Quran dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

2 comments:

Ena's Palace said...

good info...tq for sharing..
mmg byk kelebihan membaca al-quran ni...ia terpulang kepada setiap individu untuk merebut kelebihan yg telah ditetapkan...

Nur Amalina Maisarah said...

nice sharing :D

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff