my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 15

BAHAGIAN 15


ATIQAH member salam beberapa kali namun Hajah Mimah tidak menjawabnya. Atiqah tahu Hajah Mimah berada di rumah kerana keretanya berada di halaman.

Atiqah menolak daun pintu perlahan-lahan. Pintu hadapan rumah Hajah Mimah itu tidak berkunci. Buah epal Fuji kesukaan Hajah Mimah yang dibelinya di Jakan Tunku Abdul Rahman sebentar tadi dipeluknya erat.

“Mak cik, mak cik ada kat rumah ke?” Atiqah bertanya sambil terjengket-jengket masuk.

“Hei Iqa!”

Atiqah menjerit kuat kerana terperanjat melihat Nik Arif berada di hadapannya. Buah epal yang dipeluknya terlepas dan jatuh bergolek ke lantai. Dia langsung tidak perasan Nik Arif sedang berbaring di sofa. Sempat dia menjeling jam di dinding rumah Hajah Mimah. Baru pukul dua petang. Nik Arif tidak bekerja?

Nik Arif tersengih melihat wajah Atiqah yang pucat.

“Iqa tak kerja ke?” Tanya Nik Arif.

Atiqah menggeleng. Dia gugup melihat Nik Arif duduk di hadapannya dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke lutut tanpa memakai baju. Malu rasanya dia mahu melihat tubuh Nik Arif. Pergilah pakai baju! Desis hati kecilnya.

“Mak cik ada?” Tanya Atiqah sambil menelan liur.

Nik Arif tersenyum. Dia memungut buah epal yang bergolek di lantai.

“Lain kali masuk rumah orang beri salam.” Usik Nik Arif.

Atiqah menggaru lengannya.

“Saya beri salam tadi tak ada orang jawab pun.” Balas Atiqah yang masih lagi gugup.

Nik Arif merenung Atiqah tanpa berkelip. Matanya turun ke bibir Atiqah. Lama. Cantik, desis hari Nik Arif.

“Emak sembahyang. Duduklah dulu. Sekejap lagi mungkin selesai...”

Atiqah duduk perlahan di sofa.

Nik Arif membawa buah epal yang dibawa oleh Atiqah ke dapur. Dia kemudian keluar dengan dua gelas air oren. Diberinya segelas pada Atiqah.

Atiqah menyambut perlahan.

“Apa hal nak jumpa mak?” Tanya Nik arif. Lagak seperti polis pencen.

Atiqah menyeluk poket baju kemejanya. Dihulurkannya beberapa keping duit seratus kepada Nik Arif.

“Saya nak bayar duit sewa rumah.” Atiqah berkata perlahan.

Nik Arif menyambutnya kemudian meletakkan wang tersebut di atas meja.

“Iqa tak kerja hari ni?” Tanya Nik arif kali yang kedua.

Atiqah menggeleng. Berapa kali nak tanya?

Getus hati Atiqah. Dia tiba-tiba teringat perbualannya dengan Datuk Marzuki. Dia teringat bagaimana Datuk Marzuki menangis di hadapannya. Di sudut hatinya dia menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia telah meminta pendapat Dahlia dan Fuad namun dia tidak dapat membuat sebarang keputusan. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang.

“Encik Nik tak kerja ke hari ni?” Tanya Atiqah pula.

Nik Arif menggeleng sambil mempamerkan senyuman. Dia tidak tahu kenapa dia begitu senang melihat cara Atiqah bercakap. Cakapnya teratur dan begitu mepersonakan.

“Tak kerja Iqa, Nik kerja dengan syarikat perkapalan. Iqa kenal Datuk Marzuki?”

Tersentak Atiqah emndengar pertanyaan tersebut. Atiqah menggeleng lambat-lambat.

“Alah, muka dia selalu keluar TV sekarang ni. Diakan kahwin dengan Zakiah, pembaca berita di TV KYR. Takkan Iqa tak kenal?”

Atiqah pura-pura mengangguk.

“Dia ada beli barang dari Turki dan Jepun. Syarikat Nik yang kendalikan penghantaran barang dia. Semalam dia kompelin ada beberapa utas mutiara dan cincin yang dibeli dari Jepun untuk anak perempuannya hilang. Mengamuk sakan orang tua tu. Dalam resit penghantaran,m emang barang tu ada. Sehari suntuk Nik ke Westport cari. Nasib baik jumpa dan hantar pada dia pagi tadi. Itu yang Nik tak kerja. Mengantuk. Tahu ajalah Datuk Marzuki... Untung anak dia. Nampaknya dia sayang sungguh dengan anaknya. Dia cakap kalau tak jumpa barang-barang tu, dia akan saman syarikat Nik.”

Atiqah menelan liur mendengarnya. Dia tidak dapat menggambarkan perasaannya saat itu. Nasib baik Nik Arif tidak tahu siapa dia.

“Iqa dah lama sampai? Kamu nak ikut nak tak Nik, mak nak keluar makan dengan Iqa.”

Nik Arif mengerutkan dahinya kemudian ketawa kecil.

“Pandai! Patutlah tak masak. Okey, Nik ikut tapi tunggu Nik sembahyang dan pakai baju dulu. Emak kena belanja sebab Iqa dah banya duit sewa rumah.” Nik arif mengunjukkan duit yang berada di atas meja.

Hajah Mimah ketawa sambil mengambil wang tersebut.

Setengah jam kemudian, Nik Arif sudah memandu kereta emaknya, Atiqah merasa pelik keran dia tidak nampak di mana kereta Nik Arif namun dia malas hendak bertanya.

“Jom emak belanja kamu di Hotel Park Royal.”

Nik Arif gembira mendengar cadangan emaknya.

Dia melihat Atiqah yang berada di belakang melalui cermin.

“Emak dapat gaji, Iqa. Belanja makan di hotel. Tak payahlah mak, biar Nik aja yang belanja. Hari tu Iqa betulkan komputer Nik, Nik tak bayar lagi.”

Atiqah tidak menjawab. Dia sedang melayan perasaan. Dia teringat cerita Nik Arif sebentar tadi. Ayahnya mebeli rantai mutiara dan cincin? Tidak mungkin untuk dia!

“Kenapa Iqa tak kerja hari ni?

Nik Arif bertanya apabila dia melihat Atiqah hanya diam melayan perasaan. Selalunya Atiqah suka bercerita.

“Sengaja nak habiskan cuti tahun.” Atiqak berkata perlahan, antara mahu dengan tidak.

“Banyak ke lagi cuti Iqa?”

Atiqah hanya diam.

Dari cermin Nik Arif memerhatikan Atiqah yang seolah-olah sedang melayan perasaan sendiri.

“Ada dua tiga hari lagi.” Dia melayan setiap pertanyaan Nik Arif dengan perasaan malas.

Ketika dia melangkahkan kaki ke dewan makan di Hotel Park Royal, Atiqah terlanggar seseorang.

“Hei Iqa, lama tak nampak... Iqa sihat?”

Atiqah gugup merenung lelaki yang memakai overcoat di hadapannya.

Nik Arif dan Hajah Mimah merenungnya dengan penuh tanda tanya.

“Hah... sihat, sihat.” Atiqah cuba mengimbangi kegugupannya. Aduh, kenapa dia jumpa lelaki itu di sini?

“Mama kamu masih di New Zealand? Lama betul pak long tak jumpa dia. Anak buah aku ni Zahid.” Lelaki yang membahasakan dirinya pak long itu bercakap dengan seorang kenalan yang berdiri di sebelahnya.

Atiqah diam. Dia melirik pada Nik Arif yang memandangnya dengan dahi yang berkerut. Wajah lelaki itu penuh tanda Tanya.

“Ada masa datanglah ke rumah pak long. Kamu ni dah lama betul tak datang rumah pak long. Tapi kalau nak datang, jangan datang minggu ni. Mak long kamu ke London. Konvo Zuriah. Hai, dengarnya dah lama kamu tak balik ke rumah?”

Atiqah mengangguk. Itu sahaja yang mampu dilakukannya saat itu. Dia kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan abang kepada ayahnya itu.

“Pak long ini Nik Arif dan ini emaknya Mak Cik Mimah.” Atiqah menukar tajuk perbualan.

Lelaki yang dipanggil pak long oleh Atiqah itu menyalami Nik Arif kemudian berbalas senyum dengan Hajah Mimah.

Boyfriend Iqa ya? Handsome. Ini mesti ada apa-apa ni sampai bawa emaknya sekali.”

Atiqah melirik pada Nik Arif yang ketawa kecil. Huh... boyfriend? Dia tidak dapat membaca hati Nik Arif. Tentu lelaki itu mengejeknya sekarang. Dia teringat-ingat kata-kata penghinaan Nik arif padanya tempoh hari.

“Tak kerja ke hari ni? Ini kad pak long.” Lelaki tersebut menghulurkan sekeping kad kepada Nik Arif.

Nik Arif menyambutnya dan kemudian membalas dengan kadnya.

“Jumpa lagi Iqa. Kirim salam pada mama kamu kalau jumpa. Bila nak kahwin?” Lelaki tersebut menepuk bahu Nik Arif.

Nik Arif tersenyum memerhatikan langkah lelaki itu meninggalkan mereka. Kepalanya digelengkan.

“Datuk Mahfuz?” Nik Arif mengerutkan dahinya. Dia merenung Atiqah yang gelisah.

Atiqah mencari tempat duduk. Sekarang waktu minum teh dan orang tidak berapa ramai di dewan makan.

“Bapa saudara Iqa?” Tanya Hajah Mimah.

Mahu dengan tidak Atiqah terpaksa mengangguk, mengiakan. Tidak guna berbohong kalau tembelang sudah pecah.

“Patutlah Nik rasa macam kenal aja. Datuk Mahfuz, Berjaya Sama Holdings.”

Nik Arif melihat wajah Atiqah yang sedikit tegang. Nik Arif mula terfikir siapa atiqah sebenarnya. Gadis itu amat sederhana namun hidupnya penuh dengan teka teki.

“Mama Iqa di New Zealand?” Tanya Hajah Mimah pula. Berkerut dahi orang tua tu.

Antara mahu dengan tidak, Atiqah terpaksa mengangguk lagi. Sejarah hidup yang cuba disembunyikan selama ini hampir-hampir terbongkar. Dia harus cuba mempertahankannya.

“Iqa kata mama Iqa di Pahang.”

Atiqah baru teringat yang dia pernah memberitahu Hajah mimah yang mamanya berada di Pahang. Apa pula alasan yang mahu diberi kepada Hajah Mimah kali ni?

“Memang mama berada di Pahang tapi ada beberapa orang saudara mara berada di New Zealand. Berhijrah pada tahun tujuh puluhan. Sejak mama dan yah Iqa bercerai, mama selalu tak tenteram. Iqa cadangkan mama ke sana. Sekurang-kurangnya mama terhibur nanti.”

Hajah Mimah mengangguk.

Atiqah lega kerana Hajah Mimah tidak menyoalnya lagi.

“Hai kak, kenal saya lagi tak?”

Seorang pelayan yang dating menungut pinggan di meja sebelah Atiqah menegur.

Nik Arif yang baru bangun mahu mengambil makanan, merenung Atiqah. Atiqah menelan air liurnya.

“Rajan, kamu kerja di sini ke?”

Pelayan yang dipanggil Rajan itu mengangguk.

“Beberapa hari lepas, ayak kakak ada dating ke sini. Nak tegur takut.”

Atiqah terkasima. Dia tidak mahu Rajan bercerita lagi tentang ayahnya. Kalau Nik arif tahu mampus dia.

Nik Arif mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Rajan.

“Kakak nak ambil makananlah.”

Rajan mengangguk.

Rajan tersenyum pada Nik Arif yang membanu Atiqah bangun. Tampan lelaki itu, tentu teman lelaki Atiqah, fikir Rajan. Beruntung di mendapat Atiqah. Dahulu dia bekerja di salah sebuah hotel terbesar di Kuala Lumpur. Atiqah selalu ke sana dengan ayahnya, Datuk Marzuki. Dia mengenali Atiqah kerana gadis itu rajin menegurnya. Peramah dan periang pula.

“Tak ramai pula orang hari ni. Nanti mak hantar Nik ke pejabat, ambil kereta. Semalam ke Westport naik lori. Kereta tinggal di pejabat.” Nik Arif bercerita ketika mereka bertiga sedang menghdap makanan.

Dia memerhatikan cara Atiqah makan. Cara Atiqah memegang sudu dan garfu cukup menarik. Begitu juga cara Atiqah memasukkan makanan ke mulutnya dan sesekali menjilat bibirnya. Nik Arif menelan liaur. Terpesona.

“Datuk Mahfuz pak long Iqa?” Tanya Nik Arif apabila melihat Atiqah hanya diam sahaja.

Lambat-lambat Atiqah mengaguk.

“Tak sangka pula rupanya Iqa ni bukan calang-calang orang.” Usik Nik Arif.

Atiqah nampak tidak begitu menyukai topik dirinya dibincangkan.

“Kenapa tak minta kerja aja dengan Datuk Mahfuz?” Tanya Nik Arif.

“Iqa tak layak.” Atiqah menjawab perlahan.

Nik Arif ketawa kecil. “Paling kurang Iqa boleh jadi setiausaha ke, orang cantik macam Iqa masakan tak boleh.”

Pandangan Atiqah bertembung dengan mata Nik Arif merenung nakal ke wajahnya.

Atiqah menggaru lengannya.

Hajah Mimah tahu ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Atiqah daripadanya namun dia dapat merasakan Atiqah kurang senang dengan apa yang diutarakan oleh Nik Arif. Hajah Mimah tidak mahu Atiqah merasa tidak selesa.

“Mak cik nak adakan jambori di Ulu Bendul tak lama lagi. Iqa nak ikut?” Tanya Hajah Mimah menukar tajuk perbualan.

Atiqah yang sedang menikmati kuih koleh kacang merenung Hajah Miah lama.

“Kalau ikutkan hati, nak ikut mak cik tapi takut banyak kerja di pejabat. Bila tu?” Tanya Atiqah.

Nik Arif memandang Atiqah terus-terusan. Matanya jatuh ke pipi Atiqah. Pipinya begitu licin sehingga nampak urat merah. Bulu roma halus yang beratur di dahi dan pipi Atiqah membuat dia menelan air liur beberapa kali. Dia tidak pernah memandang perempuan begitu sekali.

Huh... Nik Arif menarik nafasnya dalam-dalam. Pertama kali dia melihat Atiqah, dia tidak tertarik. Atiqah tampak biasa. Namun bila berhadapan dengan Atiqah dan menelitinya, gadis itu cukup menarik. Dia merenung mata Atiqah yang jernih tetapi kelihatan seperti orang menanggung masalah. Cantik, Atiqah memang cantik. Dia menggigit bibirnya. Matanya turun pada bibir Atiqah yang berwarna merah jambu, tampak lembut dan mengasyikkan.

“Nanti mak cik beritahu Iqa. Kalau Iqa ikut, kan bagus. Kami mengadakan jambori untuk peserta luar negara. Iqa boleh berkenalan dengan mereka.”

Atiqah beralih pandang kepada Nik Arif. Mata mereka bertembung. Atiqah kemudian membuang pandang.

“Kalau Nik ikut sekali boleh mak?” Tanya Nik Arif.

Hajah Mimah ketawa sambil merenung Atiqah yang tersenyum.

“Apa ke jadahnya kamu nak ikut, semuanya perempuan.” Ejek Hajah Mimah.

“Tak apalah, Nik jadi bodyguard Iqa.” Usik Nik Arif lagi. Tersengih. Dia melihat atiqah hanya tersenyum. Tawar. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu emosi gadis itu. Atiqah sedari tadi tidak ceria.

“Huh... menggatal pula dia.” Marah Hajah Mimah.

Nik Arif ketawa. Lelaki itu bangun kemudian mengambik dua mangkuk ais krim. Satu mangkuk diletakkan di sebelah Atiqah dan satu mangkuk diletakkan di sebelah emaknya. Hajah Mimah memandang dengan senyum simpul.

“Habis kamu punya mana?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif merenung wajah Atiqah lama sambil tersenyum-senyum.

“Tak apalah ... share dengan Iqa nanti.”

Atiqah hampir tersedak mendengarnya namun akhirnya dia tunduk apabila Nik Arif merenungnya lama dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

2 comments:

Kesuma Angsana said...

nice. singgah baca !

Kniedaz said...

ala...kejap je baca...dah abis..next please!

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff