my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 16

BAHAGIAN 16


KASMAH bekerja dengan Syarikat Tegas. Atiqah menerima berita tersebut dengan perasaan tenang. Biarlah, perempuan tersebut memang layak bekerja denga Syarikat Tegas. Dengar-dengarnya perempuan tersebut mempunyai ijazah ekonomi. Tak kisahlah asal jangan menyusahkan hidup aku sudah, desis hatinya.

“iqa, Kasmah akan bekerja di bahagian perancangan. Kalau ada apa-apa awak kena bantu dia.” Faizal memberitahu Atiqah pada pagi itu. Pagi pertama Kasmah mula bekerja di situ.

Kasmah yang berada di hadapannya tersenyum. Mencebirkan bibir. Ada sorotan cemburu di wajah Kasmah.

“Okay... No problem!” Atiqah berkata tenang.

Kasmah masih muda. Masih belum mahir dengan kehidupan. Cemburu tidak tentu pasal. Tetapi dia tidaklah tua sangat, masih boleh mengawal perasaan. Dia senyum sendirian.

“Letak Iqa bawah Ilah Faizal, I dengar dia seorang kerani yang berkebolehan.”

Faizal menggeleng. Atiqah di bawah Encik Badrul, tentu Encik Badrul tidak akan membenarkan. Walaupun lelaki itu sepatutnya sudah mempunyai setiausaha tetapi dia lebih sukakan Atiqah. Dahulu ketika Atiqah datang dan melamar kerja, walaupun tidak mempunyai sebarang sijil tetapi Encik Badrul menyuruh dia menerima Atiqah. Jadi Atiqah dijadikan sebagai kerani.

“Kita jumpa Encik Badrul sekejap.” Faizal memberitahu Kasmah.

Dia risau dengan keputusan ayahnya membenarkan Kasmah bekerja lebih didorong oleh rasa sakit hati kepada Atiqah. Kadangkala dia terfikir apa dosa Atiqah. Atiqah seorang pekerja yang baik dan bersopan santun. Tetapi gadis itu tidak pernah menyenangkan hati Tuan Ahmad.

“Okeylah... Iqa tolong Kasmah kemaskan meja dia.”

Kasmah memegang tangan Faizal. Atiqah mengerutkan dahinya kemudian ketawa di dalam hati. Dalam pejabat pun nak berpegangan tangan, tak professional langsung, desis hati Atiqah. Lantaklah Kasmah!

Atiqah bangun menuju ke meja di mana Kasmah akan duduk nanti.

Mary, penolong pengurus yang berada di situ merenung Atiqah.

“Siapa perempuan yang mengada-ada tu Iqa?” Tanya Mary pada Atiqah yang sedang mengangkat beberapa buah fail yang berada di meja tersebut.

“Kasmah, bakal tunang Faizal.”

Mary mengerutkan dahinya kemudian ketawa.

“Geli aku tengok, dalam office pun mahu pegang tangan ke?”

Atiqah turut melambakkan tawanya yang tertahan sebentar tadi.

Mary merenung muka Atiqah lembut. Atiqah pekerja yang baik dan suka bergurau. Dia tahu perhubungan Atiqah dengan Faizal yang begitu baik namun dia akur masakan Faizal mahu memilih Atiqah yang hanya seorang kerani biasa.

“Dia nampak bahaya Iqa, baik hati-hati...” Nasihat Mary ikhlas.

Atiqah tersenyum. Dia tahu Mary seorang kawan yang baik. Perempuan Cina yang baik dan suka berkelakar dengannya itu selalu menunjukkan sikap timbang rasanya.

“Tak apalah Mary, asal dia tak kacau aku cukuplah.”

Mary merengus perlahan. Dia tidak sukakan Kasmah. Orang kaya memang selalu perasan!

“Aku takut dia akan kacau kau. Kenapa Faizal kenalkan dia dengan kau dulu, tak dengan aku atau staf lain? Tentu ada apa-apa ni!”

Atiqah tersengih, lantaklah. Dia bukan kisah sangat. Memang kadangkala dia merasakan dia menyukai Faizal namun dia tahu Faizal tidak pernah menganggap dia lebih daripada seorang sahabat. Tambahan pula Tuan Ahmad tidak sukakannya. Dia tidak mahu terlajak dalam menimbang perasaan nya nanti.

“Tak apalah Mary, nak buat macam mana!” Atiqah tersengih.

“Hati-hati Iqa. Nanti dia apa-apakan kau!” Mary berbisik perlahan apabia melihat Faizal dan Kasmah berjalan seiring menuju kearah mereka.

“Dia nak apa-apakan aku? Aku tak apa-apakan dia orang dah cukup baik!” Atiqah bergurau.

Mary ketawa kecil.

“Iqa, buat air untuk saya dan Kasmah. Milo satu, kopi satu.” Faizal berkata agak kuat pada Atiqah.

Atiqah mengangkat bahunya kepada Mary yang mencebirkan bibir.

“Jangan buat Iqa!” Bisik Mary perlahan pada Atiqah.

“Atau kau letak aja racun dalam air dia.”

Atiqah mengerutkan dahinya kemudian terus ketawa.

“Apalah kau ni Mary. Aku bukan pembunuh tahu!”

Mary ketawa besar mendengar kata-kata Atiqah yang lucu itu.

ATIQAH yang sedang tekun menatap draf kertas kerja yang diberikan oleh Encik Badrul sebentar tadi apabila tiba-tia dia terdengar suara orang berdehem di hadapannya.

Dia mendongak, kemudian tersenyum pada Kasmah yang berdiri di hadapannya.

“Ya Cik Kasmah, boleh saya bantu?” Atiqah bertanya perlahan sambil tersenyum merenung Kasmah yang merenung sini padanya.

Perempuan tersebut kadangkala perbuatannya menyakitkan hati Atiqah. Namun Atiqah tidak mahu mancari musuh. Dia tidak tahu kenapa Kasmah memusuhinya sedangkan sejak Kasmah bekerja di situ, dia tidak pernah keluar lagi dengan Faizal dan selalu mengawal kata-katanya dengan Faizal. Kasmah yang baru beberapa hari bekerja di situ sudah mencari fasal.

“Buatkan aku air!” Kasmah berkata sambil bercekak pinggang.

Atiqah tersenyum sambil menggeleng. Dia bekerja untuk Encik Badrul bukan untuk Kasmah.

“Maaf Cik Kasmah, saya sibuk. Ada kerja untuk Encik Badrul yang perlu saya siapkan dengan segera.” Atiqah berkata acuh tak acuh.

Dia kembali merenung skrin komputernya. Draf di tangannya mesti disudahkan hari itu juga. Encik Badrul mahukan petang itu. Ada sepuluh muka surat semuanya.

“Buatkan aku air. Aku nak air Milo!” Kasmah berkata dengan suara yang tinggi. Atiqah mengeluh setelah melihat Kasmah beredar dari tempatnya. Ketika dia habis menaip satu muka surat, dia mendengar suara Faizal dari intercom menyuruh dia datang berjumpanya. Beberapa minit kemudian dia telah pun berada di bilik lelaki tersebut. Direnung wajah Faizal yang sedang merenungnya.

“Kenapa Iqa tak tolong Kasmah tadi?”

Atiqah tersentak. Dia hampir lupa pada Kasmah yang menyuruh dia membuat air. Dia ketawa kecil akhirnya. Perkara sekecil itu pun Kasmah mahu adukan pada Faizal.

“Saya sibuk Faizal.”

“Buat air sekejap takkan tak boleh?” Faizal berkata selamba namun sudah cukup menggores hati Atiqah.

Apakah kerja di sebenarnya? Membantu Encik Badrul atau membuat air untuk Kasmah!

“Takkan tolong pun tak boleh. Sejak bila Iqa jadi orang yang tak boleh membantu ni?” Suara Faizal kedengaran sinis.

Atiqah menelan liur.

“Takkan dia tak boleh buat air sendiri, Faizal. Saya bekerja untuk Encik Badrul!” Atiqah membela diri. Dia mendengar Faizal merengus.

“Memanglah... tapi selama ni Iqa buat air untuk saya dengan Encik Badrul. Sekarang apa salahnya buat air untuk Kasmah? Dia pegawai Iqa juga. Dia sibuk tu!”

Atiqah mengetap bibir. Ditahan hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan tawaran Datuk Marzuki. Sudah tiba masanya dia menimbangkannya.

“Kerja saya dah bertambah ke Faizal... jadi tea lady pula?” Sindir atiqah.

Faizal merenung Atiqah dengan pandangan kosong. Kemudian merengus perlahan.

“Kenapa Iqa benci sangat dengan Kasmah tu. Iqa cemburu?” Tanya Faizal terus terang.

Atiqah menggeleng. Cemburu tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, lebih-lebih lagi yang melibatkan anak Tuan Ahmad.

“Habis... kenapa Iqa tak habis-habis nak menyakitkan hati Kasmah! Hari tu Kasmah suruh menaip Iqa tak mahu tolong!”

Atiqah melongo. Faizal sudah benar-benar berubah. Hantinya kian tergores.

“Sekarang Faizal nak suruh saya buat apa sebenarnya... saya buat!” Atiqah berkata perlahan, malas mahu mendengar Faizal terus berleter. Hatinya benar-benar sakit.

“Buatkan Kasmah air, tolong dia kalau dia perlukan pertolongan. Sebagai kerani, Iqa kena buat apa yang pegawai Iqa suruh buat!”

Atiqah mengangguk. Dia akur dengan kata-kata Faizal.

“Okeylah Encik Faizal. Itu saja?”

Faizal terkasima. Atiqah tidak pernah memanggilnya encik. Baru dia sedar bahawa dia sudah agak berkasar dengan Atiqah. Dia mengangkat tangannya.

“Sorry Iqa tapi Iqa kenalah bertolak ansur kalau nak kerja lama di sini.”

Atiqah mengangguk. Huh! Kalau setakat syarikat ini dengan Kasmah yang menyakitkan hati, Faizal yang sudah tidak menghargainya dengan Tuan Ahmad yang selau memandang rendah padanya, dia perlu memikirkan tawaran ayahnya.

“Baik Encik Faizal. Itu saja?” Atiqah mengulangi kata-katanya sebentar tadi. Malas dia mahu menghadap Faizal lama-lama. Lelaki itu semakin lama semakin menyakitkan hati.

“Tak apalah! Lain kalilah kita bercakap lagi!” Faizal mengeluh perlahan. Dia tidak tahu kenapa dia merasakan ada yang tidak kena.

“Saya minta diri dulu. Terima kasih dan sekarang juga saya buatkan air untuk Cik Kasmah.”

Faizal mahu menjawab tetapi Atiqah sudah keluar dari biliknya.

“Susah!” Dia berkata pada dirinya sendiri.

Sebenarnya bukan niat dia mahu berkata begitu dengan Atiqah tetapi dia tidak tahan dengan Kasmah yang merengek minta atiqah ditegur. Dia mengeluh berat.

2 comments:

Aziela said...

Yes, time to move on, Iqa. Oh yer, blog dah tukar template yer. SAya suka yang ini, lebih mudah nak baca.

Kniedaz said...

eiiii..menyampah pulak dengan si Kasmah ni..huhuh..next next hehehe

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff