my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - 3

BAHAGIAN 3


ATIQAH leka menekan butang komputernya apabila telefon di meja berbunyi. Dia mengangkat perlahan. Pagi itu hanya tinggal dia sahaja di pejabat. Bekerja di bahagian pemasaran menyebabkan dia selalu ditinggalkan.

“Ya.. selamat pagi. Faizal, dia keluar jumpa pelanggan Tuan Ahmad, ada apa-apa pesanan?” Atiqah bertanya perlahan. Dia mengangkat kening. Dia tahu suara itu ialah suara Tuan Ahmad, bapa kepada Faizal. Tuan punya syarikat tersebut.

“Tak apalah, cakap saya call. Suruh dia call balik.” Suara Tuan Ahmad agak keras.

Atiqah menelan air liur.

“Baik encik, nanti saya sampaikan.: Atiqah berkata perlahan.

“Badrul ada?” Tanya Tuan Ahmad.

“Tak ada... dia keluar sekejap. Ada demo dekat Shah Alam. Tuan Ahmad nak pesan apa-apa?” Tanya Atiqah perlahan.

Dia kurang menyukai Tuan Ahmad. Lelaki itu tampak ego dan air mukanya agak bengis.

“Bila dia balik?” Tanya Tuan Ahmad lagi.

“Tak pasti, Tuan Ahmad.” Jawab Atiqah. Dia mendengar Tuan Ahmad merengus perlahan.

“Kalau tak pasti, macam mana nak tinggalkan pesan?” Sergah Tuan Ahmad.

Atiqah terkulat-kulat.

“Tak apalah, cakap dengan Faizal, call saya balik. Beritahu dia, bakal tunangnya nak balik minggu ni.”

Atiqah menelan air liurnya selepas meletakkan telefon. Bakal tuning? Faizal hendak bertunang? Entahlah! Dia sendiri tidak tahu walaupun sejak akhir-akhir ini dia amat rapat dengan Faizal. Mungkin dia sahaja perempuan yang belum berkahwin di situ. Ditambah pula satu-satunya perempuan Melayu. Faizal pula selalu berada di pejabat. Dia banyak membantu Faizal. Atiqah perasan yang Tuan Ahmad kurang menyenanginya. Tuan Ahmad ingat dia ada hubungan dengan Faizal. Huh! Tak ingin aku bapak mentua yang sombong macam tu, desis hati Atiqah.

“Beritahu dia, bakal tunangnya nak balik minggu ni.” Atiqah mengejek caka-cakap Tuan ahmad. Dia kemudian ketawa kecil memandang sekeliling, takut-takut orang mengatakannya tidak betul kerana ketawa sendirian. Dia tidak perasan Faizal yang baru muncul di hadapannya.

“Hai saying, kenapa cakap seorang diri ni?”

Atiqah mencebir.

Faizal ketawa. Meletakkan tiket tol dan parking atas meja Atiqah.

“Tolong claimkan Iqa.” Minta Faizal.

Atiqah mengangguk.

Walaupun syarikat tersebut adalah syarikat Faizal, Faizal tetap mengikut peraturan. Atiqah melihat tiket tol dan parking yang diberi., diletakkan di dalam fail plastic. Dia takut dia terlupa nanti.

“Ada apa-apa pesanan, Iqa?” Tanya Faizal apabila sudah selesai menulis di buku keluar masuk di hadapan Atiqah.

“Ayah you telefon. Dia suruh call balik. Ada berita baik katanya.”

“Berita apa?”

Faizal sedang mengangkat begnya dari atas meja Atiqah mengangkat muka. Dia merenung Atiqah yang tersenyum. Senyuman Atiqah selalu menyenangkannya.

“Berita baik apanya?” Dia bertanya sekali lagi sambil ketawa. “Tunang you nak balik minggu ni. Calllah dia balik!”

Wajah Faizal berubah. Dia merenung Atiqah yang tenang.

“Tunang? Bila masa I bertunang ni pula Iqa!” Faizal mengusik Atiqah yang hanya mengangkat kening. Masakan Faizal tidak tahu siapa perempuan yang dimaksudkan oleh ayahnya itu.

“La.. masakan you tak tahu, ataupun pura-pura tak tahu?” Atiqah menyindir sambil ketawa.

Faizal terkebil-kebil melihat wajah Atiqah yang kelihatan agak serius.

“Entahlah... ayah tu bukan boleh dipercayai sangat, Iqa.” Faizal berkata sambil menelan air liurnya.

Dia tiba-tiba teringatkan perempuan yang pernah diperkenalkan kepadanya. Itu tentu Kasmah, anak sahabat ayahnya. Lama betul dia berdiri di hadapan Atiqah namun Atiqah tekun menghadap komputernya.

“Tak apalah Iqa, nanti I call ayah. Ayah tu bukan boleh pakai sangat.” Faizal berkata perlahan apabila dia melihat Atiqah tidak membuat sebarang komen. Dia kemudian masuk ke bilik pejabatnya. Tanpa berlengah, dia menekan butang telefon untuk menelefon ayahnya.

“Ayah... call tadi?” Tanya Faizal apabila mendengar suaranya.

“Hem.. ayah nak beritahu, Kasmah nak balik minggu depan. Ayah nak kamu get ready beli barang-barang untuk bertunang.”

Faizal menelan air liurnya. Ayahnya tak habis-habis mendesak. Dia benar-benar pelik. Kenapa ayahnya begitu tergesa-gesa menyuruh dia bertunang?

“Tapi saya belum setuju lagi ayah!” Faizal berdalih. Dia mendengar ayahnya merengus. Keras bunyinya. Selama ini ayah selalu mengatur hidupnya. Dia tidak pernah diberi kepercayaan untuk membuat keputusan sendiri.

“Apa nak tunggu setuju tak setuju. Mama dia dah suka, dia pun dah suka kamu. Kamu nak tunggu apa? Ayah dengar sejak akhir-akhir ni kamu baik sangat dengan kerani kamu tu? Ayah nak beritahu kamu yang ayah tak suka dengan dia.”

Faizal menelan air liurnya lagi. Pahit. Dia menyukai Atiqah kerana Atiqah baik, bijak dan suka bergurau. Apa salahnya dia berkawan dengan Atiqah? Dia tidak tahu sama ada dia cintakan Atiqah ataupun tidak, Cuma yang di tahu dia amat terhibur ketika bersama Atiqah. Kenapa ayahnya tidak habis-habis membabitkan Atiqah dalam hal ini?

“Ayah... saya cuma kawan aja dengan dia. Dia selalu ada di pejabat dan banyak membantu syarikat kita ni yang baru mula nak hidup. Dia banyak sokong kita ..?” Perlahan Faizal bercakap. Dia tidak suka ayahnya mengata Atiqah. Dalam hal ini Atiqah tidak bersalah.

“Apa yang dia dah tolong? Dia Cuma kerani! Tak boleh buat apa, tak membantu... otak dia bukan bagus sangat.” Keras suara Tuan Ahmad.

Faizal mengeluh perlahan. Memang pada dasarnya Atiqah hanya seorang kerani tetapi gadis itu begitu cekap dan bijak. Dia boleh melayani pelanggan dengan baik dan boleh mengendalikan kerja pejabat dengan baik. Ramai pelanggan amat menyenangi gadis tersebut.

“Kamu tu jangan lupa, ayah Kasmah dah banyak tolong kita. Ayah tak mahu dapat malu!”

Faizal meraup mukanya. Dia tidak tahu apa-apa tentang ayah Kasmah. Ayahnya selalu mengatakan yang mereka terhutang budi dengan ayah Kasmah. Dia sendiri tidak mengerti ayahnya berhutang apa dengan ayah Kasmah.

“tengoklah dulu ayah... Nanti Faizal timbangkan.” Faizal berkata perlahan. Malas dia mahu bertengkar dengan ayahnya. Ayahnya seperti seorang jeneral yang tidak boleh ditolak pendapatnya. Bagi ayah, pendapat dia sahaja yang boleh dipakai, yang betul. Pendapat orang lain semuanya ditolak ke tepi. Dia bukan tidak kenal dengan ayahnya. Kalau putih kata ayah, maka tidak mungkin ada sesiapa lagi yang boleh membantah.

“Jangan tengok-tengok Faizal, ayah mahu kamu setuju dan ayah tak mahu tengok kamu rapat lagi dengan kerani kamu tu!”

Kata-kata tersebut Faizal rasakan seperti satu amaran yang mesti dipatuhi. Amaran yang harus dituruti jika tidak ingin menyusahkan diri.

“Ayah mahu pertunangan ini dijalankan segera. Kahar, ayah Kasmah dan setuju. Jangan kamu pula yang mengada-ada menolak. Dan ingat, kalau kamu masih nak rapat dengan kerani kamu tu, tahulah ayah mengajarnya.”

Faizal mengetap bibir. Geram. Kenapa ayahnya tidak habis-habis mahu mengawal kehidupannya? Dia merasa begitu sakit hati dan yang paling dia tidak faham kenapa ayahnya tidak sukakan Atiqah. Adakah kerana Atiqah hanya kerani maka Atiqah tidak berhak disayangi?

“Faizal tak cakap Faizal nak tolak... Faizal dah lama tak jumpa dia. Mungkin Faizal akan sukakan dia. Tapi ayah janganlah kaitkan Atiqah dalam hal ni!” Faizal cuba membela Atiqh.

Ayahnya tidak pernah senang dia berbaik dengan Atiqah. Walau Atiqh hanya kerani, gadis itu cerdik, pandai bergaul dan bijak berfikir.

“Ayah tak mahu apa-apa alasan daripada kamu. Ayah mahu kamu ikut cakap ayah. Kita ena jaga perniagaan kita.”

Faizal mengeluh lemah. Dia tidak tahu sama ada dia dapat menerima kata-kata Tuan Ahmad atau tidak. Lama dia termenung dan kemudian dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Meletakkan gagang telefon yang telah lama sunyi.

DATUK MARZUKI mahu membuat pukulan di driving range ketika Tuan Ahmad sampai. Dia memberhentikan pukulannya apabila melihat Tuan Ahmad masuk sambil menarik beg golfnya. Lalu membalas lambaian Tuan Ahmad.

“Dah lama sampai Datuk?” Tnya Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki mengangguk.

“Lama tak nampak awak, Mad. Ke mana awak?”

Tuan Ahmad berdiri di sebelah Datuk Marzuki sambil mengesat peluhnya.

“Banyak kerja yang nak diuruskan. Lagipun ekonomi sekarang tenga teruk. Kenalah kerja keras sikit. Ada masalah yang harus diatasi dengan segera.” Tuan Ahmad berterus terang.

Sebenarnya dia tidak mahu menimbulkan cerita tentang syarikatnya. Namun bila Datuk Marzuki bertanya, dia tidak tahu kenapa itu yang dicakapnya. Datuk Marzuki seorang ahli perniagaan yang terkemuka dan sejak akhir-akhir ini kerap keluar di surat khabar. Manalah tahu nanti dia ada peluang untuk menjalankan perniagaan dengan lelaki tersebut.

“Yalah, waktu sekarang memang kita terpaksa bekerja keras. Business awak macam mana?” Tanya Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad mendepangkan tangannya. Mengeluh perlahan. Ini peluang untuk dia memajukan perniagaannya.

“Maju memang maju Datuk, tapi tau-tau ajalah sekarang. Pusingan modal terlalu susah nak dapat. Susah nak cakap.”

Datuk Marzuki mengeluh perlahan. Lelaki itu sudah mula mengeluarkan kayu golf dari begnya, mencuba-cuba untuk memukul. Datuk Marzuki menganguk dan kemudian bahu Tuan Ahmad perlahan.

“Kamu ada masalah ke?” Tanya Datuk Marzuki lagi. Tuan Ahmad berpura-pura diam, mahu menarik perhatian Datuk Marzuki. Ada beberapa buah syarikatnya yang mengalami masalah termasuk Syarikat Komputer Tegas. Permintaan bagi komputer memang banyak. Selain mengambil tender untuk bank, kerajaan dan pihak swasta, syarikat tersebut juga menjual komputer untuk orang perseorangan. Tender yang didapati masih banyak tetapi bayaran amat apayah untuk didapati terutama daripada pihak swasta.

“Marilah kita minum, manalah tahu kita boleh berbincang. Mungkin saya boleh tolong.”

Tuan Ahmad akur dengan kata-kata Datuk Marzuki. Ini adalah peluang untuk dia mencari rakan kongsi yang baru. Dia tahu sejak akhir-akhir ini Datuk Marzuki menceburkan diri dalam bidang komputer. Tentu ada imbuhan yang baik dalam perniagaan mereka nanti.

“Kamu nak buat perniagaan apa lagi Mad?” Datuk Marzuki bertanya apabila mereka berdua sudah menghadap minuman di dalam Kelab Golf Taman Ehsan itu.

“Tak adalah Datuk, ada beberapa peluang perniagaan yang saya Nampak. Tapi modalnya tak berapa cukup. Lagi satu saya ingat nak tolong besarkan syarikat komputer anak saya. Syarikat pembinaan saya kirang sedikit jalannya sekarang. Cuma syarikat komputer yang dapat membantu saya. Kilang perabot sekarang dah kurang tempahan. Jadi saya ingat, saya nak besarkan syarikat komputer saya ajalah. Selain perniagaan komputer dah bertambah maju. Lagipun baru-baru ini kementerian pendidikan dah umumkan nak tubuhkan smart school. Boleh cuba untuk dapat tender hantar komputer ke sekolah-sekolah. Kami nak buat untuk networking sekali!” Tuan ahmad berterus terang.

Datuk Marzuki yang sedang mengacau kopi, menganggukkan kepala. Dia sendiri baru-baru ini menceburkan diri dalam perniagaan komputer. Membuka kilang komputer untuk pasaran luar negara.

“Bagu rancangan nak buat networking. Buka learning centre sekali. Buat branch seluruh Malaysia.” Cadang Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad tersenyum mendengar cadangan tersebut. Belum dia menyebutnya, Datuk Marzuki sudah bercerita.

“Anak kamu yang menguruskan syarikat komputer tukan?” Tanya Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad mengangguk. Dia melihat Datuk Marzuki mengeluh perlahan.

“Untung kamu Mad, ada anak yang nak uruskan syarikat kamu. Macam saya ni, entahlah...” Datuk Marzuki terbayangkan anak tunggalnya yang sudah lama menghilangkan diri. Puas dia mencari. Kali terakhir dia bercakap dengan anaknya, setahun yang lepas apabila anaknya itu memarahinya kerana berkahwin lain.

“Datukkan ada seorang anak?” Tanya Tuan Ahmad perlahan.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Memang ada Mad, tapi susah nak jumpa. Budak-budak sekarang, bukan dengar kata sangat.” Keluh Datuk Marzuki.

Kali terakhir dia mendengar berita tentang anaknya, ketika anaknya itu keluar negara. Ke tempat bekas isterinya. Lepas itu dia tidak tahu. Puas juga dia mencari tetapi anak tunggalnya tidak ditemui.

“Memanglah Datuk, tak macam kita dulu. Dengan emak bapak bukan main hormat dan takut. Budak-budak sekrang tak tahu nak cakap. Anak saya pun hanya seorang yang mendengar kata... Yang sulung kahwin dengan mat salih, dah balik ke Englan. Kemudian yang perempuan, dah kahwin kena duduk rumah. Tinggal yang bongsu ni ajalah.” Kata Tuan Ahmad.

Pertama kali dia berjumpa dengan Datuk Marzuki ketika berlangsungnya seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Bumiputera. Mereka bertukar kad, kemudian sama-sama berkongsi kegemaran. Datuk Marzuki suka bermain golf, begitu juga dengan dirnya. Datuk Marzuki seorang pemain yang agak bagus. Rajin turun ke padang. Kadangkala seorang diri dan kadangkala dengan isterinya, sorang pembaca berita televisyen yang terkenal.

“Entahlah Mad, anak kamu dah kahwin?” Tanya Datuk Marzuki. Sejak akhir-akhir ini dia tidak tahu kenapa dia teringatkan anak tunggalnya itu.

“Belum tapi saya ingat nak jodohkan dengan anak kenalan saya.” Perlahan Tuan Ahmad berkata apabila dia melihat Datuk marzuki mengangguk.

Tuan Ahmad teringatkan Faizal yang nampaknya kurang setuju dengan cadangannya mahu dijodohkan dengan anak teman baiknya.

“Baguslah... Kalau anak saya jenis yang mendengar cakap, boleh kita jodohkan mereka berdua. Anak saya tu payah sikit. Dia lebih suka dengar cakap mamanya daripada saya.” Datuk Marzuki seolah-olah mengeluh.

Tuan Ahmad hanya tersenyum. Kelat. Dia tahu kisah Datuk Marzuki yang kerap bertukar isteri. Mungkin sebab itu anaknya marah dan melarikan diri.

“Dia di mana sekarang, Datuk?” Tanya Tuan Ahmad perlahan. Dia tertarik dengan cerita Datuk Marzuki.

Datuk Marzuki menggeleng. Dia sendiri tidak pasti di mana anak tunggalnya berada. Mungkin masih di New Zealand bersama mamanya.

“Tak tahulah... Anak saya ni pelik sikit. Sejak saya bercerai dengan mamanya, dia lebih suka bersama mamanya. Lagipun bekas isteri saya sekarang berada di luar negara. Tahu ajalah...” Cerita Datuk Marzuki. Terlalu perlahan suaranya sehingga hamper tidak kedengaran.

Tuan Ahmad tidak jadi menyambung bicara. Dia dapat melihat wajah Datuk Marzuki yang agak muram apabila bercerita tentang anaknya itu. Dia dapat melihat kekesalan di wajah Datuk Marzuki.

“Anak awak sekarang utuskan syarikat komputer tu?” Tanya Datuk Marzuki apabila suasana sepi buat seketika.

Tuan Ahmad mengangguk. Dia rasa Datuk Marzuki sudah bertanyakan perkara itu sebentar tadi.

“Suruhlah dia datang jumpa saya atau wakil syarikat awak berjumpa dengan saya. Mungkin ada yang boleh saya bantu nanti. Manalah tahu..” Beritahu Datuk Marzuki.

Bercahaya mata Tuan Ahmad mendengarnya. Bibirnya memekar senyuman. Inilah peluang baik bagi diri dan perniagaannya.

“Tak menyusahkan Datuk nanti?” Tanya Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Apa nak susah pula. Kalau boleh saya bantu, saya bantu. Lagipun siapa yang nak bantu orang Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri!”

Tuan Ahmad ketawa. Gembira dia mendengar cadangan Datuk Marzuki. Baginya peluang untuk menjalankan perniagaan dengan Datuk Marzuki amat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini Datuk Marzuki menjadi semakin popular.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff