my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - 8

BAHAGIAN 8


ATIQAH sedang bercakap di telefon bila seorang perempuan masuk ke dalam pejabat. Dia merenung perempuan tersebut tanpa berkelip. Perempuan itu memakai seluar sendat dan bajunya juga sendat. Menampakkan susuk tubuhnya yang pejal.

“Cik nak jumpa siapa?” Tanya Atiqah lembut.

Perempuan tersebut merengus perlahan. “I nak jumpa Faizal, mana dia?”

Atiqah mengerutkan hidungnya. Ada juga perempuan yang kurang ajar macam ni, fikirnya. Sudahlah datang ke pejabat orang, macam nak bergaduh pula! Sabar ajalah... desis hati Atiqah.

“Dia ada mesyuarat Cik. Cik ada appointment dengan dia ke?” Tanya Atiqah perlahan sambil merenung perempuan yang berada di hadapannya itu. Perempuan itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Agak cantik dan bergaya. Tinggi lampai macam model. Selama ini kebanyakkan pelanggan yang berurusan dengan Faizal adalah lelaki.

“Cakap dengan dia, tunang dia Kasmah nak jumpa.”

Berdebar dada Atiqah mendengar kata-kata tersebut namun dia cuba bertenang. Atiqah menghadiahkan senyuman manis. Hanya dia yang dapat mentafsirkan maknanya. Tunang Faizal rupanya, patutlah berlagak semacam. Dia tiba-tiba merasa dirinya kecil di sisi perempuan itu.

“Maaf cik, dia tengah meeting. Dia tak boleh diganggu. Cik boleh tunggu di ruang tamu. Nanti lepas dia keluar, saya boleh panggilkan cik.”

Kasmah merenung Atiqah sambil menjuihkan bibirnya. Dia teringat perbualannya dengan Tuan Ahmad. Tuan Ahmad menyuruh dia berbaik dengan Faizal kerana takut Faizal berbaik dengan kerani di pejabatnya. Dari gambaran yang diberikan, dia tahu itu kerani Faizal kerana gambaran yang diberikan oleh Tuan Ahmad menepati gadis yang ada di hadapannya, memakai tudung dan berkulit putih.

Ditelitinya Atiqah yang sedang kusyuk memandang komputer di hadapannya. Dia cemburu tia-tiba. Gadis itu kelihatan begitu tenang.

“Dah lama kau kerja dekat sini?” Tanya Kasmah sambil menjenguk computer Atiqah.

Atiqah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan pertanyaan perempuan tersebut. Kasmah tidak berganjak dari meja Atiqah. Atiqah merasa ada sesuatu yang dapat dibacanya dengan gerak geri KAsmah.

“Cik maksudkan saya?” Tanya Atiqah.

Kasmah menjuihkan bibirnya.

“Yalah, kaulah.. siapa lagi. Dah lama kau kerja sini?”

Atiqah mengangguk, merenung Kasmah sekilas. Lagak macam mak mentua yang tidak sukakan bakal menantu.

“Lama tu berapa tahun?” Tanya Kasmah lagi.

Atiqah mula tidak senang dengan pertanyaan tersebut. Kasmah seperti mahu mencari salahnya. Namun diikut juga rentak Kasmah. Biarlah dia melihat sejauh mana kelakuan tunang Faizal itu.

“Setahun lebih cik, kenapa? Tanya Atiqah ingin tahu. Dia melihat Kasmah menarik muka, kemudian ketawa kecil.

“Tak adalah lama. Hem... aku ingat nak kerja kat sini.” Kasmah berkata perlahan.

“Baguslah cik. Bila tu?” Kalau betullah perempuan ni bekerja disini, habislah syarikat ni. Desis hati Atiqah.

“Bapa mentua aku suruh aku kerja di sini. Dia tak suka orang luar kacau syarikatnya.” Kasmah mula meninggi diri.

Atiqah menelan air liur. Pahit. Orang kalau sudah mendapat kuasa, mula lupa diri!

“Hem.. Faizal dah keluar tu. Nanti saya panggilkan.” Kata Atiqah sambil menekan butang telefon ditangannya apabila melihat Faizal masuk ke biliknya.

“Tak usah, aku pandai macam mana nak dapatkan dia. Tak usah nak bersusah payah!”

Atiqah hanya mengangkat kening.

Kasmah berjalan dengan lenggang-lenggoknya menuju ke bilik Faizal.

Encik Badrul yang baru keluar dari blik mesyuarat, bertembung dengan Kasmah. Dia mengerutkan dahinya merenung Atiqah yang ketawa kecil memerhatikan langkah Kasmah.

“Siapa tu Iqa?” Tanya Encik Badrul.

“Tunang Faizal, Encik Badrul. Cantikkan?” Kata Atiqah tenang.

Encik Badrul merenung wajah Atiqah. Dahinya berkerut. Bila masa Faizal bertunang? Dia rapat dengan Faizal dan Tuan Ahmad. Masakan dia tidak tahu Faizal bertunang. Setahunya Faizal dan Atiqah begitu rapat, masakan Faizal akan bertunang dengan orang lain?

“Berjalan macam orang patah pinggang. Hiss... pelik betullah perempuan sekarang. Ada pinggang jalan macam tak ada pinggang. Kamu jangan buat macam tu Iqa.” Luah Encik Badrul tanpa sedar.

Atiqah ketawa. Macam-macamlah Encik Badrul ni!

“Ada apa-apa message Iqa?” Tanya Encik Badrul perlahan.

Atiqah menggelengkan kepalanya.

Atiqah, pekerja yang setia di perjabat itu. Walaupun tidak ada pelanggan, dia terus membuat kerjanya. Kalau ada pelanggan, gadis itu akan menghulurkan bantuan tanpa disuruh. Sebab itu dia senang dengan Atiqah dan dia memang berharap Faizal akan berkahwin dengan Atiqah.

“Buatkan saya air, Iqa. Boleh?” Pinta Encik Badrul.

Atiqah bangun sambil menganggukkan kepalanya.

“Boleh tak boleh pun kena buat, Encik Badrul.” Sindir Atiqah. Encik Badrul ketawa mendengarnya. Dia tidak ambil hati denga kata-kata Atiqah.

“Saya tak mahu kopilah Iqa, saya nak air Milo.” Beritahu Encik Badrul.

Atiqah mengerutkan dahinya. Pelik. Merenung Encik Badrul lama. Ketawa ketuanya melihat kelakuannya itu.

“Doktor tak bagi minum kopilah Iqa. Migraine, sakit kepala.” Encik Badrul menjawab tanpa dipinta.

Atiqah tersenyum menyindir.

“Saya tahulah Iqa, awak pernah tegur saya minum kopi banyak sangat tapi saya degil. Lain kali saya dengar cakap awak, okey?”

Atiqah ketawa mendengarnya namun dia tidak membuat sebarang ulasan. Dia terus ke dapur pejabat untuk membuat air Encik Badrul. Ketika dia sedang mengacau air untuk Encik Badrul, Faizal muncul di muka pintu dapur.

“Iqa, buatkan Faizal air dua. Faizal ada tamu. Nescafe satu, Milo satu. Milo tak mahu gula tau.”

Atiqah tidak menjawab, hanya mengangguk.

Selepas menghantar air kepada Encik Badrul, dia menghantar air untuk Faizal yang sedang berbual dengan KAsmah.

Hey! You pun ada tea lady?”

Atiqah medengar Kasmah bertanya kepada Faizal.

Atiqah merenung Faizal yang berubah mukanya.

“Ini Atiqah, Kasmah. Kerani I. Atiqah, ni Kasmah.”

Atiqah tersenyum pada Kasmah. Kemudian beralih kepada Faizal.

“Dah kenal Encik Faizal. Tunang encikkan?” Atiqah merendahkan suaranya.

Faizal menelan air liurnya. Bila masa dia bertunang dengan Kasmah? Dia tidak mahu Atiqah membuat apa-apa prasangka terhadapnya. Walaupun dia berbaik dengan Kasmah, tidak semestinya dia akan bersetuju dengan cadangan ayahnya. Dia sekarang sedang menimbangkan permintaan ayahya itu.

“Saya minta diri dululah.” Atiqah berkata perlahan.

Faizal tidak menjawab, hanya memandang Atiqah dengn pandangan serba salah. Dia akan memberitahu Atiqah perkara yang sebenarnya nanti.

Yeark!” Atiqah menggoyangkan badannya apabila sudah keluar dari bilik Faizal. Janganlah aku jadi macam perempuan ni!

Hey! You ada tea ladylah Faizal.” Ejek Atiqah sambil tersenyum sendirian. Hendak termuntah pun ada.

Dia duduk di mejanya membuat kerja-kerja yang disuruh oleh Encik Badrul. Hari itu kerjanya agak banyak dan tanpa disedarinya jam sudah menunjukkan pukul dua belas tiga puluh minit tengah hari.

“Jom Iqa, kita lunch!”

Faizal sudah berdiri di hadapannya.

Atiqah mengangkat muka., melihat jam di pergelangan tangannya. Dia tiba-tiba teringatkan Fuad, bapa saudaranya yang sudah beberapa kali meminta dia belanja makan. Hari inii dia rasakan mahu makan bersama Fuad tetapi sudah agak lewat. Dia takut Fuad sudah keluar.

“Pergilah makandulu, ada kerja yang nak disiapkan ni.” Atiqah beralih.

Faizal ketawa samil duduk di hadapan Atiqah. Direnung wajah Atiqah lama.

“Merajuk?” Faizal mengusik Atiqah yang sedang tekun membaca kertas dihadapannya.

Atiqah merenung Faizal sekilas kemudian mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Faizal.

“Cemburu ke merajuk.” Faizal mengusik lagi.

“Apa maksud Faizal?” Tanya Atiqah penuh tanda Tanya.

Faizal ketawa lagi. Dia merenung Atiqah yang memandangnya. Pandangan mereka bertaut kemudian Atiqah membuang pandang.

“Itu bukan tunang Faizal, Iqa... Faizal tak decide lagi. Ayah yang sukakan dia tapi Faizal kurang suka. Cantik tapi macam tak pandai jaga diri. Lelaki Iqa, tahu ajalah, macam mana pun nak cari pasangan yang baik dan sopan. Lemah lembut!”

Atiqah tidak menjawab. Tipikal lelaki.

“Jomlah sayang, Faizal belanja.” Rayu Faizal lagi.

Atiqah meletakkan kertas di tangannya kemudian tersengih menyindir.

“Kasmah mana? Tak perasan pun dia balik!”

Faizal membeliakkan matanya kemudian tersenyum lembut.

“Dah balik, dia ajak Faizal makan tadi tapi Faizal tolak. Faizal kata ada kerja sikit. Sebenarnya Faizal takut Iqa menangis nanti.” Usik Faizal lagi. Dia gembira kalau dapat mengusik Atiqah.

Atiqah mengangkat dahinya.

“Cantikkan dia!” Atiqah berkata perlahan. Dia tahu Faizal namun dia tahu Tuan Ahmad tidak sukakanya. Jadi dia harus terima hkikat yang perhubungannya dengan Faizal tidak akan sampai ke mana-mana.

“Cemburu?” Usik Faizal sambil tersenyum.

Atiqah ketawa kecil. Kemudian mencebirkan bibirnya.

“Encik Faizal, cemburu-cemburu dah tak jalan zaman sekarang ni. Siapa yang cantik, gandingan untuk orang yang tampan, kaya dan berharta. Hukum dunia. Tak ada yang pelik dan tak ada yang perlu diiri hatikan.” Atiqah berkata tenang. Dia mahu Faizal tahu isi hatinya.

“Cakap aja... Jangan-jangan kalau Faizal pilih Kasmah nanti. Iqa bunuh diri!”

“Faizal.. Iqa rela tak kahwin sampai tua asal hati Tuan Ahmad senang, tahu tak!”

Faizal tidak senang dengan kata-kata Atiqah. Dia tidak tahu kenapa bila Atiqah menyebut nama ayahnya dia merasakan hatinya hiba. Sudah beberapa kali Tuan Ahmad menegur dia kerana terlalu baik dengan Atiqah dan entah berapa kali. Tuan Ahmad meminta agar Atiqah diberhentikan. Namun bagi Faizal, Atiqah tidak pernah silap.





1 comment:

Dunia Wilma said...

Rindunya dengan novel nie ^_^
Wilma nak cari balik nanti...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff