my nuff

Siapa Syed Mokhtar Al-Bukhari


Berikut saya kongsikan serba sedikit kejayaan Syed Mokhtar yang boleh kita belajar:


1.Mula berniaga awal. Syed Mokhtar mula berniaga seawal umur 17 tahun.

2.Pendidikan formal yang terbantut bukan penghalang untuk berjaya. Syed Mokhtar tidak tamat bersekolah. usahanya mengambil kursus akaun ketika berumur 21 tahun juga tidak dihabiskan.

3.Pastikan kita dikelilingi oleh mereka yang sebaya dan bercita-cita tinggi. Beliau mengenali Timbalan Perdana Menteri sekarang yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat di Johor. Beliau juga mengenali ramai orang hebat-hebat lain dalam arena politik ketika muda dulu yang mana sama-sama bercita-cita tinggi.

4.Peka dengan peluang dan rebut dengan cepat.

a.Syed Mokhtar mengambil faedah daripada galakan kerajaan mengadakan usahawan bumiputera yang berjaya agar dapat bersaing dengan bukan bumiputera terutamanya orang Cina. Permohonan permit lorinya diluluskan lebih daripada apa yang dia minta.

b.Walaupun permit lorinya ada empat dan dia hanya ada dua buah lori, tawaran untuk meng Ali Babakan permit itu ditolaknya mentah-mentah.

c.Usaha kerajaan meletakkan bumiputera dalam dunia korporat dengan mensyaratkan pemilikan 30% saham untuk Melayu sebelum penyenaraian di bursa saham benar-benar dimanafaatkan oleh Syed Mokhtar.

d.Lebih daripada 15 syarikat berjaya direbut oleh beliau. Dia mengekalkan pemilikannya tanpa dijual setelah disenaraikan seperti mana kebanyak orang Melayu yang lain.

5.Kedudukannya yang berketurunan Syed digunakan dengan baik. Mereka yang berketurunan Syed yang punyai salasilah dari keturunan Rasulullah memang sentiasa dihormati oleh orang Melayu. Kebanyakan daripada mereka berada dikedudukan tinggi dalam masyarakat.

6.Akui kelebihan pesaing dan bergabung. Bukannya bermusuh. Majoriti syarikatnya dikongsi dengan rakan strategik dari kaum Cina yang terkenal dengan kegigihan dan kejayaan mereka. Beliau mengakui keperluan bersama dengan rakyat berbangsa Cina untuk mencapai cita-citanya.

7.Tidak pernah melupakan jasa orang. Beliau sering berusaha mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dari para pegawai kerajaan dan juga orang persendirian. Semua orang tersebut tidak pernah dilupakannya dan ramai dari mereka menjadi orang kanannya sekarang dalam berbagai syarikat.

8.Sering berhubung merapatkan silaturahim. Syed Mokhtar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 100 kali sehari kepada semua kenalannya. samada untuk maklumat atau untuk bertanya khabar.

9.Jangan tunggu kaya untuk buat kebajikan atau sumbangan. Ramai yang sangka beliau kuat menyumbang ketika kaya sedangkan sejak mula dia berniaga dan pendapatannya tidak seberapa, dia menyumbangkan separuh dari gajinya untuk diberikan pada mereka yang memerlukan.

Banyak lagi kelebihan Syed Mokhtar yang boleh kita pelajari. Cuma satu sahaja yang tidak mampu kita ikuti adalah susur galur keturunannya. Dia berasal daripada bangsa tahan lasak di Afganistan yang mengembara dengan harapan mencari makan di bumi yang lebih hijau.

Kelasakan itu membuatkan ayah dan juga datuknya sampai ke Malaysia dan kebetulan mereka berjaya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia bumiputera setelah kriteria untuk melayakannya ada pada mereka. Dan yang paling penting dia tidak pernah mensia-siakan anugerah tersebut.

Kredit : Facebook

1 comment:

Dunia Wilma said...

Kita harus mencontohi semangatnya untuk berjaya ^_^

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff