my nuff

Suami Curang!!! Nak Ngadu Dengan Siapa?

Bila suami curang, isteri mesti akan merasa sedih, patah semangat, kecewa dan segala perasaan negatif akan datang. Masa tu kita pasti akan cari seseorang untuk kita luahkan perasaan kita. Tapi sebelum tu, bagi orang Islam sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah SWT. Luahkan segalanya kepadaNya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala apa yang berlaku. Pada masa itu, semak semula 'hubungan' kita dengan Allah SWT. Takut-takut ada kekurangan, dan apa yang berlaku ini mungkin peringatan dari Allah SWT kepada kita yang selama ini mungkin kita lalai.
Selepas itu, jika masih mahu kan seseorang untuk mendengar luahan kata rintihan rasa kita yang dah tak boleh dibendung lagi tu, cari orang yang natural. Natural yang dimaksudkan ialah seseorang yang tidak akan menyebelahi mana-mana pihak pun sama ada isteri atau suami. Seseorang itu boleh terdiri dari sanak saudara mahupun kawan.
Jangan cari orang yang salah, takut-takut situasi yang sedia kala keruh akan bertambah teruk. Sebabnya, pada masa ini, emosi isteri tidak seimbang dan lebih menjurus ke arah yang negatif. Oleh itu kita kena cari orang yang boleh seimbangkan kembali emosi agar kita dapat berfikir dengan waras dan tindakan kita selepas ini tidak dipengaruhi oleh emosi negatif semata-mata.
Jadi sebaiknya kita kenalpasti dulu siapa saudara mara atau sahabat kita yang boleh dijadikan tempat untuk mengadu. Pastikan orang itu benar-benar boleh membantu dan bukan menjahanamkan lagi.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff