my nuff

...:::Nape Suke Tengok Citer Ni:::...



Sejak azali lagi Ain memang gile citer hindustan, terutama sekali filem SRK.. Tapi cite hindustan lain pun Ain layan gak... Dulu suke tengok maybe sebab hero ngan heroin dia yang kacak dan cun, pas tu ngan lagu-lagu yang mengasyikkan... Tapi bila dah agak dewasa ni, Ain pandang sudut lain bila tengok citer hindustan ni.

1. Pakaian
Ain perasan pelakon wanita dalam citer hindustan ni cukup bangga ngan pakaian tradisi mereka. Kalo diorang ge oversea pakai sari, pergi majlis anugerah pakai sari. Walaupun telah ditambah elemen moden tapi asas nya tetap sari kan.
Ce tengok cite Melayu, buat shooting kat oversea ada ke yang pakai baju kurung. Ada ke artis pompuan yang pakai baju kurung atau kebaya ge majlis anugerah. Hmmm... Mungkin ada tapi jarang kan....

2. Budaya dan Negara
Diorang junjung tinggi budaya diorang. Adat resam tetap dijaga. Adab sopan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kasih sayang anak dan ibu. Dan macam-macam lagi. Yang mana bila Ain tengok adegan tu mesti mengusik jiwa sampai kuar air mata . Huhuhu. Lagi satu tentang betapa mereka bangga dengan negara mereka.

3. Kepercayaan mereka pada Tuhan mereka.
Adegan ni mesti tak tinggal dalam mana-mana cite hindustan. Betapa mereka begitu mempercayai dengan kuasa Tuhan mereka. Mereka percaya kuasa Tuhan mereka boleh mengubah apa saja keadaan, yang mana bila Ain tengok macam tak logik je
Tapi yang sebenarnya bila Ain fikir-fikir kan, bila kita dah letakkan kepercayaan yang kuat pada Tuhan kita, apa saja boleh berlaku dengan kuasa Nya.

Tapi sekarang ni citer hindustan dah tak bape nak best tengok, terlampau moden sangat. Lagu-lagu nya pun banyak dipengaruhi oleh elemen muzik barat. Pakaian pun dah lain. Tiada lagi nilai2 kekeluargaan.. Hmmm agak bosan. Macam tak de beza bollywood dan hollywood.

Sekarang Ain suka layan drama hindustan je macam kat bawah ni. Tapi culas gak. Sebab drama hindustan ni macam sinetron indonesia tu. Episod sampai beratus-ratus. Cite meleret-leret. Tetiba ada adik beradik kembar lah.. yang mati hidup semula lah.. hahaha..



BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff