my nuff

...:::Saya Dah 3 Bulan:::...

14 Julai lalu usia saya genap 3 bulan. Nak tau apa yang saya dah pandai buat? Saya dah pandai senyum, bila orang panggil saya pandang, saya dah boleh buat bunyi aaaa uuuuu ooooo. Bila mama dukung saya tak payah tampung kepala sebab leher saya dah kuat. Yeh yeh...
Hari ni mama bawa saya pergi klinik. Buat pemeriksaan kesihatan dan ambil suntikan DTa/DT (dos2), Hib (dos 2), IPV (dos 2). Eeee takutnya.
Sampai je kat klinik mama daftar dulu dan ambil nombor. Lepas tu tunggu untuk dipanggil ke bilik rawatan. Saya tidur masa tu. Masa saya tido saya uu huksss... Tapi saya tak nak bangun. Bila mama nak buka baju saya sebab nak timbang baru tau ada uu huksss... hehehe... sorry mama... sebagai balasannya mama basuh pakai air sejuk... huhuhu... padan muka saya...
Bila dah selesai saya masuk bilik pemeriksaan. Saya timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit kepala. Hasilnya berat saya sekarang 6.19kg, tinggi saya 61cm dan lilitan kepala 40cm. Nurse tu kata saya normal. Alhamdulillah..
Selesai semua tu tiba masa untuk disuntik... Adoi ai.... Saya jerit kejap pastu ok dah... Bila keluar nak ge farmasi amik ubat demam jumpa papa ngan abang Fahim.. Abg Fahim sakit perut. Dia kena cirit birit... Cian abang...
Oklah abang... mama ngan adik tak leh teman kan abg, abg duk ngan papa ye. Adik nak ge sekolah balik, mama nak pergi keje. Bye abang... kita jumpa kat rumah ye...




...:::Janji Termeterai - Merisik:::...

Minggu lepas Ain ada bg tau kat SINI yang Ain nak balik kampung atas urusan penting. Rentetan pada tu, satu perjanjian telah termeterai. Pasangan dua sejoli akan disatukan dalam tahun ni juga. Atas pemintaan ayahanda Majlis Pertunangan akan diteruskan sekali dengan Majlis Pernikahan. Perkara ni memang telah diketahui oleh kami adik beradik kecuali pasangan dua sejoli. Hahaha kesian... Kebetulan pulak pihak sana juga bersetuju sangat dengan cadangan tu. Bagaimana pun tarikh belum ditetapkan lagi akibat kekangan kerja dari pihak sana. Hmmm... seronoknya nak buat kenduri kahwin...


Cincin Risik

Tersarung di jari manis bukti diri telah ada yang 'mengintai' untuk dipunyai

...:::Seronoknya Balik Kampung:::...

Perkara yang paling menggembirakan bagi anak yang duduk di perantauan ialah bila dapat balik kampung, jumpa mak ayah sendiri. Sama lah macam Ain gak. So Jumaat lepas seperti yang dijanjikan, habis waktu kerja terus bertolak balik kampung (Felda Kepis, N.Sembilan). Sebab kan balik rumah Ain sendiri untuk satu malam je, pakaian yang nak dipacking tak payah banyak sangat. Hanya pack baju TTK dan anak2 je. Baju Ain??? Hmmmm... Seperti biasa Ain sebat je baju sesapa yang ada kat sana nanti. kuikuikui....



Ni je barang yang perlu dibawa


Beg isi pakaian TTK dan anak2


Beg susu Fahim dan Firas


Selimut ngan bantal (untuk anak2 tido dalam kete). Kain buai dan spring (palang buai tak yah bawak sebab kat kepis dah ada....


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff