my nuff

...:::Misi Pertama Selesai:::...




Malam tadi Ain ajak adik Ain keluar... Nak ge beli baju raya... Faiz ngan Fahim ikut sekali... TTK duk umah jaga Firas.. Lagi pun TTK nak tengok bola.. Huhuhu...
Misi cari baju raya ni, Ain mulakan dengan mencari baju melayu. Untuk TTK, Ain bawak sampel baju melayu dia yang lama.. (hehehe, peluk tiap-tiap malam pun still tak leh agak saiz)...
Tempat pertama Ain pergi ke butik Renees... Bukan apa.. Saja nak tengok situ dulu sebab Ain ada member card.. Untung-untung bleh dapat diskaun.
Hasil persetujuan semua, tahun tema baju raya ialah kelabu... Tu adalah pilihan TTK sendiri...
Bila sampai kat Renees apa yang dicari ada kat situ.. Apa lagi rembat lah 3 pasang baju melayu. Tapi untuk Firas plak tak de saiz... Tak pe Firas... nanti bila mama nak cari baju mama, mama beli untuk Firas sekali. Tapi nanti tak dapat lah sama ngan abg2. Tak pe.. tak pe.. lagipun Firas bukan bleh berjalan lagi... So tak pe kalo tak sedondon dengan abg-abg..
Dah sudah tu.. anak-anak request nak beli kasut plak... Hmmm tak pe lah dah alang-alang keluar baik beli terus... Lagi pun kedai kasut tu sebelah Renees je... Hehehe... So dapat lah sorang sepasang kasut dengan tema angry bird...

3 pasang baju melayu


kasut faiz


kasut fahim



...:::Eeeerrrrrrr:::...

Tak tau nak letak apa tajuk posting pagi-pagi ni. Tapi tergedik-gedik gak nak bercerita kat sini tentang apa yang Ain nampak tadi masa on the way nak ge keje.

Dari jauh Ain nampak ada kereta MPV hitam dengan motor berenti tepi jalan ngan. Yang bawak MPV tu seorang LELAKI DEWASA dan yang bawak motor dua orang BUDAK SEKOLAH PEREMPUAN. Tak tau apa yang telah berlaku, tapi dari riak lelaki tu macam marah sangat. Dia keluar kereta dengan cekak pinggang. Dan budak perempuan tu hanya menikus ketakutan. 

Ada banyak andaian yang bermain kat kepala Ain masa tu. 
1. Mungkin budak perempuan tu bawak motor dengan cara yang merbahaya dan mengganggu pemanduan lelaki tu
2. Mungkin lelaki tu prihatin sangat sebab budak2 tu tak pakai halmet.
3. Mungkin budak tu anak lelaki tu, pastu kantoi plak bawak motor member ge sekolah.

Pastu sambil bawak kete Ain dok pikirkan kejadian tu. Macammana kalo yang menunggang motor tu budak lelaki, macammana reaksi LELAKI DEWASA tu. Atau macammana plak kalo yang bawa motor tu ORANG TUA, macam tu juga ke lagak LELAKI DEWASA tu.


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff