my nuff

...:::Mengenali Rasulullah SAW - Puasa Ramadhan Pertama:::...


Pada bulan Sya'ban tahun kedua hijrah, Allah SWT mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan kepada umat Islam. Sebelum ini, Rasulullah SAW berpuasa sebanyak 3 hari pada tiap-tiap bulan. Puasa adalah di antara tiang agama dan kefarduannya yang menyempurnakan perjalanan sistem Islam. Manusia diciptakan dengan sifat cintakan diri sendiri dan melakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri walaupun dengan mengabaikan keperluan-keperluan golongan lemah dan miskin. Oleh itu, mereka memerlukan dorongan yang akan mendorongnya membantu mereka yang lemah dan tidak mampu. Tidak ada dorongan yang lebih berkesan melainkan daripada sama-sama merasai lapar dan dahaga. Ini kerana dengan merasai kedua-duanya melalui puasa yang dilakukan akan melembutkan hati dan mendidik akhlaknya. Dengan itu, mereka dengan mudah akan menghulurkan bantuan.
Oleh sebab itu juga, Allah SWT mewajibkan zakat fitrah selepas berpuasa. Dengan itu kamu akan melihat manusia mengeluarkannya dengan jiwa yang pemurah dan kasih sayang yang benar.

...:::Alhamdulillah:::...

 Jumaat lepas ada wakil LPPKN datang opis. Kita orang memang minta wakil tu datang sebab nak wat medical check up sebelum bulan pose... Nak kena tengok kandungan gula ngan kolestrol dalam badan... So Ain pun tak lepaskan peluang ni... Sebab nya lepas bersalin ari tu belum lagi buat pemeriksaan kesihatan yang sepenuhnya...Hasilnya Alhamdulillah semua nya dalam keadaan terkawal...Cuma nak turunkan berat badan sikit... Memang le BMI ok... tapi dalam keadaan berat sekarang banyak baju yang tak leh pakai lagi... huhuhu....

...:::Ada Perayaan Apa Mereka Hari Ini:::...

Tengah dok sibuk-sibuk wat keje... tetiba ada plak bunyi serunai ngan tabla... aik rasanya kat opis ni ada kaum melayu ngan cina je... sapa plak yang minat dengar muzik tradisional kaum tu... Rupa-rupanya ada perarakan kat jalan raya... Ada perayaan apa ek?


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff