my nuff

...:::Petua Untuk Wanita - Bhgn 1:::...

Gambar Hiasan
Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.


Gambar Hiasan
Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya dengan menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

...:::Satu Lagi Misi Hari Raya Selesai:::...

Macam biasa antara persediaan hari raya ialah menyiapkan duit raya untuk anak-anak, anak saudara dan kanak-kanak lain.. Terima kasih pada bos sebab sudi tolong tukar kan duit raya kat bank. Alhamdulillah. Kalo tahun-tahun sebelum ni tugas tu akan dibuat oleh salah sorang staf kat sini. Tapi beliau telah kembali ke rahmatullah April lalu. (Semoga roh Allahyarham Rosli bin Salleh ditempatkan dikalangan orang yang beriman.)... Yang best nye dapat duit baru


Duit 5 Hinggit yang baru

Duit Singgit yang baru

Duit 20 yang baru??? Oh no no... Yang ni sampul raya je...


...:::Hari Ni Nak Masak Apa Yek?:::...

Setiap hari lepas celik je mata, benda pertama yang kena fikir ialah apa nak masak hari ni. Setiap hari, tak kisah le bulan puasa atau tak puasa. Kadang-kadang kepala boleh jadi buntu. Tapi sejak dua menjak ni Ain suka masak ikut resepi yang kengkawan blogger buat. Kalau rasa nak masak sesuatu salin je resepi, balik rumah cuba.
Dan dalam bulan pose ni Ain dah cuba beberapa resepi antaranya

1) Mee Udang Tomato dari blog Sinar Kehidupan



2) Ayam Masak Kicap Lada Hitam - Dapur Tanpa Sempadan

3) Kari Ayam Tanpa Santan - Dapur Tanpa Sempadan jugak..

4) Ayam Betawi - Curlybabe's Satisfaction

Wah.... semua resepi ayam...Hmmm sebabnya TTK suka lah sangat makan ayam... Sebab tu kena buka resepi tuk pelbagaikan jenis masakan... Poning palo achik ni ha.....

So, hari ni atas permintaan ramai (ceh, macam ramai je kat umah tu), Ain nak masak Mee Kari Ayam. Bleh gitu sebab TTK suh letak ayam banyak2 dalam kari tu. Huhuhu

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff