my nuff

...:::Aku Berlindung Dengan Allah Dari Syaitan Yang Direjam:::...

Tadi masa bw, terbaca entry ni kat blog ABE tentang perbualan Rasulullah SAW dengan syaitan...
Allahu Akbar
Rasa bergetar hati bila baca tentang janji syaitan untuk menyesatkan manusia. Namun sebagai hambanya kita kena berusaha untuk melawan segala godaan syaitan. Tapi dalam perbualan tu ada benda yang buatkan Ain risau teramat sangat dan terasa sukar sangat untuk berubah kearah itu...

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Astagfirullahnalazim.... terasa payah sangat untuk berlaku ikhlas dalam setiap perbuatan....


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff