my nuff

Diam Adalah Emas


Walau apa pun orang buruk-burukkan kita sama ada perkara tu benar atau tidak, lebih baik kita diam.
Dan kalau ada orang yang menyampaikan apa yang orang buruk-burukkan kita, lebih baik kita tutup telinga. Tak payah ambil tau perkara apa yang orang buruk-burukkan kita. Dari menambah sakit hati lebih baik kita tak payah dengar.

Sebabnya:
~ Tak nak ada rasa benci terhadap orang yang mengata kita terutama sekali kalau orang itu antara yang kita sayang.
~ Kita tak tahu niat orang yang menyampaikan kepada kita, sama ada baik (sebab nak bagi tau orang yang kita sayang tu talam dua muka dan selalu kutuk kita) atau niat yang tidak baik (saja nak melaga-laga kan kita).
~ Kita tak pasti sejauh mana kebenarannya antara orang yang genuine mengutuk kita ngan orang yang menyampaikan kepada kita.

Rumusannya, bila ada orang yang mengutuk kita atau ada orang menyampaikan kutukan orang kepada kita, tutup mulut dan pekakkan telinga. Tapi yakinkan hati dengan kuasa Allah SWT kerana Allah lebih Maha Mengetahui dan satu hari nanti kebenaran yang sejati pasti akan terserlah.
Insyaallah....

Raya 2012 - Hari Raya Kedua

Jom sambung lagi cerita pasal raya...
Petang raya pertama tu kami sekeluarga pergi ke Felda Lepar Utara 3 rumah kakak TTK yang no 2. Tahun ni kak da payah nak gerak ke sana kemari sebab baru saja menerima cucu baru pertengahan ramadhan lalu.. Jadi nya kami berkonvoi 4 buah kereta ke sana.. Sebab kan kat Padang Piol tak de air, kami duk kat situ sampai malam... usai solat Isya' baru balik ke Padang Piol.

Hari raya kedua plak, rentetan dari tak de air tadi... family ibu amirul 'lari' ke Kampung Baru Jerantut. Kat situ rumah Kak Bani. Sampai sana baru lah boleh bermandi manda... hahaha.. Tak lama lepas tu family Kak Mie, Kak Chik ngan Dik Ji pun sampai...

Ada kisah menarik kat rumah Kak Bani ni atau nama jolokannya De' Kampung Farm. Abg Zul suami Kak Bani memang minat membela haiwan ternakan... Segala jenis ayam, itik, angsa, burung ada kat situ. Kucing dalam sangkar pun ada... Ain memang kagumlah dengan keseriusan abg Zul terhadap haiwan ternakan tu...

Kami duk kat situ sampai petang.. Lepas menjamu mee goreng special abg Zul baru kami bertolak balik ke Temerloh... Aik balik Temerloh dah? Haa  Laaa sebab kat Padang Piol tak de air. Ikut plan TTK malam tu tidur kat Temerloh, pagi esoknya baru balik Kepis. Tapi selepas 'berdiskusi' TTK setuju balik Kepis malam tu jugak. Tu pun nyaris-nyaris tak jadi sebab hujan lebat.. Tapi An tak kigho, domi mak ayah tocinto, hujan lobek camno pun an ghodah yo...
Dan malam tu juga kami sampai ke kampung halaman yang dirindui Felda Kepis, Bahau, Negeri Sembilan..



Nyenyak Firas Tidur... Dah Sampai Umah Atuk Ujang Sambung lagi tidur

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff