my nuff

Ammar Oh Ammar....

Pelajar tunjuk punggung pada gambar PM dibuang kolej

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.
Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.
"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.
"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.


Ain ingatkan budak yang kena tangkap tu budak bangsa bukan melayu... Yelah mana nampak muka kan... Tengok warna kulit je.... Rupa-rupa nya budak melayu kita.... adoi yai... sadis betullah.
Nape lah ko buat cam tu dik.. Awak tu muda lagi... Patutnya time belajar tu, belajar lah kan.... Wat pe lah buang masa terlibat ngan benda-benda tu.... Tak pasal-pasal kena buang kolej.... Lepas ni sah sah lah adik susah nak masuk mana-mana IPTA atau IPTS... Cam na ngan masa depan adik... Lain lah orang yang suh adik wat keje bodoh tu nak support hidup adik sampai bila2...
Kesian mak ayah adik kat kampung tu... Camna lah agak nya diorang nak hadapi masyarakat setempatkan...
Tok PM kita tu rasa nya dah cukup terbuka dah... Kalo tak puas hati ngan dia bleh je anta mesej kat FB atau Twitter dia... apa ada susahnya....
Hmmm.... Lain kali sebelum buat apa-apa fikir panjang dulu ye...

Pagi Yang Kelam Kabut

Pagi ni memang agak kelam kabut sikit. Bangun macam biasa. Lepas solat, duduk lipat kain dulu, kang kul 6.30 baru bleh bersiap nak ge keje, kejut anak-anak. Sebabnya awal lagi, nanti lepas lipat kain ni, bleh kemas beg anak-anak ngan iron baju.

Tengok dok lipat kain, tetiba telepon bunyi. Dari ringtone yang dah di set up, Ain tau tu panggilan dari TTK.

"Ma, van rosak lagi, langsung tak leh nak start. Ni pa ada kat tepi jalan hala ke Mentakab."

"Habis tu camna, nak wat apa ni?" Ain tengah blur lagi masa tu.

"Ma datang amik papa, bawak kete kancil, pastu papa hantar mama balik umah. Papa bawa kancil pegi pasar.Nanti mama bawak kete lagi satu ge keje."

Ain apa lagi amik tudung, capai sweater. Kejut adik Ain suh tengokkan anak-anak. Amik beg ngan kunci kete terus ge tempat yang TTK bagi tau tadi...

Sib baik tak jauh lagi. dan nasib baik gak TTK keluar agak lewat sikit ke pasar hari ni. Dibuatnya dia kuar awal macam biasa kul 4.30 pagi, pastu van rosak plak, tak ke haru. Sekurang-kurangnya kul 6 lebih tadi kete dah banyak kat jalan... Kalo kul 4.30 td, sunyi woooooooo........ mana ada kete pagi2 tu...

So, sampai rumah kul 6.30.... pergh.... kelam kabut wei.... beg anak-anak tak kemas lagi, baju tak iron, anak-anak tak bangun lagi.... Apa lagi ala-ala lipas kudung kaki tangan bekerja.... Sib baik anak-anak tak meragam pagi... Dari yang kecik sampai yang besar... Tq cayang-cayang mama semua....

Tapi satu rutin harian kena cantas lah... Biasa nya sebelum ge keje ngan taska singgah kedai dulu... tapi hari ni tak sempat lah....

Dan kesudahan Ain sempat sampai ofis kul 7.49pg.... Alhamdulillah.... Tak kisah kalo terlambat sikit, tapi seboleh-bolehnya taknak lah punch card tu merah kan.....

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff