my nuff

Drama Pilihan - Jane Jamilah


Malam minggu lepas Ain sempat tengok drama ni - Jane Jamilah lakonan Sofea Jane. Malam tu Ain layan drama tu sorang-sorang sebab TTK ngan anak-anak dah tidur.

Kalau ikutkan drama tu cerita biasa je. Perihal rumah tangga. Tentang suami main kayu tiga, tentang isteri yang leka dengan dunianya sendiri sampai abai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dan tentang anak yang sering berasa hati dek kesibukan mak ayah nya.

Tapi intipati drama tu nak tunjukkan macammana Jamilah mengawal emosinya bila dapat tau suaminya Khalid ada kekasih lain. Jamilah tak terus menerus serang suami atau Diana (kekasih Khalid). Tapi Jamilah cuba mendekati Diana dan menjadikan Diana sabagai kawan. Dalam pada masa yang sama dia belajar dengan dari Diana macammana melayan Khalid dan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk menawan kembali hati suaminya sekaligus hati anaknya sekali. Tapi ada juga bahagian dalam drama ni yang menunjukkan Jamilah kalah dengan emosinya bila Diana bagi tau yang Khalid ajak dia kahwin. Yelah kan wanita mana yang tak terluka bila suaminya nak kahwin lain. Tapi berkat ketenangan dan kesabaran, akhirnya Jamilah berjaya mempertahankan rumah tangganya.

Satu perkara yang Ain belajar dari drama ni ialah komunikasi antara suami isteri. Walaupun kita suami isteri duduk serumah tidur sekatil, tak semestinya kita boleh berbual sepenuhnya dengan suami kita kan. Yelah kan, bila balik kerja, masing-masing dah penat. Suami sibuk layan tv. Isteri pulak sibuk ngan kerja rumah ngan anak-anak lagi. Lepas tu tidur. Pagi esok masing-masing dah kelam kabut nak pergi kerja kan.

So, apa lagi kita gunakan kemudahan yang ada sekarang ni. Agak-agak ada kelapangan kat ofis bolehlah sms suami tanya khabarnya. Tak pun, boleh guna fesbuk ke twitter ke, whats up ke. Tapi jangan lah nak gaduh pun guna lama sosial. No no no tak baikkkkkkkk.........

Oklah panjang benar Ain berceloteh pagi-pagi Isnin ni. Nanti kita sambung citer lagi.. Banyak lagi nak story ni... Pasal anak-anak, pasal isu semasa sekarang...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff