my nuff

Orang Kata Kalau Nakkan....

Dulu orang tua-tua selalu cakap, kalau nakkan anak dara orang , tawan dulu hati mak ayahnya. Kenal keluarga sidara dulu.

Situasi Dulu
Bila ada sibujang yang tertawan hati dengan sidara lain benar situasinya. Jumpa tepi jalan, sibujang usik-usik manja. Sidara pula tersipu-sipu malu, jalan tunduk muka. Sibujang dan sidara jalan beriringan tapi sibujang jalan tepi jalan sini yang sidara jalan tepi jalan sinun. Hanya diam tapi senyum bersimpul-simpul. Bila sampai rumah, sidara lari-lari anak naik ke atas. Sibujang pula,
"Assalamualaikum pakcik".
Sibujang borak-borak kosong tapi berisi dengan ayah sidara. Sambil borak, sibujang terjeling-jeling, terjenguk-jenguk cari dara idaman. Tapi pertemuan tak abis disitu. Sibujang selalu bertandang ke rumah, bukan jumpa sidara tapi terus-menerus memasang umpan untuk menawan hati mak ayah sidara. Sampai satu tahap,
"Bujang, kau sudi tak kalau pakcik jodohkan kau dengan Dara anak pakcik".
Hati sibujang bagai melompat sampai ke langit, sidara pula macam nak jerit kesukaan tapi ditahan dek adab dan sopan.

Situasi Sekarang
Boboi ngan gegel bertemu. Baru dua kali jumpa terus terdetik ,
"oh, boboi lah lelaki yang diciptakan untuk gegel"
Keluar dating tak kira masa. Tu mak ayah tak tau lagi.
Bila boboi hantar gegel balik rumah, keluar dari kereta pun tak sudi.
Yang si mak gegel terintai-intai kat tingkap. Ayah gegel pulak buat-buat keluar rumah. Kot kot lah boboi nak bersalaman dan bertegur sapa.
NANNNNNN HADOOOOOOOO
Boboi terus start enjin kete terus blah..
Dalam hati boboi berkata,
"Aku nak kat anaknya, bukan mak ayah nya"......

Jom Naikkan Trafik Blog!

Mak Dara wat segmen Jom Naikkan Trafik Blog. Pada yang berminat bleh klik banner tu ye.. Sebelum 6 petang ni..


Pada yang sudi melawat blog ibu amirul ni, meh nak citer apa yang ada kat blog ni.
Blog ni adalah salah satu medium untuk bercerita tentang hal sendiri yang dirasakan boleh dikongsikan untuk tatapan umum. Terutama sekali cerita tentang anak-anak.
Tak terbatas tentang peribadi je. Kadang-kadang ada gak komen-komen atau luahan rasa berkisarkan isu-isu semasa tak kira lah tragedi ngeri ke, politik ke, hiburan ke, apa-apa jelah. Mana-mana cerita yang terkesan kat hati ni akan Ain kongsikan dalam blog ni.
Pada yang sudi menerjah blog Ibu Amirul terima kasih diucapkan. Tambah berbesar hati kalau yang datang berkunjung ni terus follow blog ni. Apapun salam perkenalan dari Ain a.k.a Ibu Amirul untuk semua..

Faiz Jumpa Doktor Pakar Mata

Semalam hampir seharian Ain kat HoSHAS sebab bawak Faiz jumpa pakar mata. Memang menguji kesabaran.
Dah le kat hospital payah cari parking. Dua tiga kali pusing. Tapi berkat kesabaran dapat gak parking betul-betul depan klinik pakar. Alhamdulillah.
Bila masuk plak... Umang aiii.... ramainya orang... Tu baru kat kaunter pendaftaran...
Sampai je terus amik nombor. Ce tengok, no giliran Ain 1303 tapi no yang baru dipanggil 1182... Pergh bapok lamanya nak tunggu... ni baru kul 10.44... Ada dekat sejam lebih baru dipanggil ni...

Ramai kan orang

Ada yang kena berdiri pun...

Seperti yang dijangkakan memang kena tunggu. Faiz plak bleh hilangkan boring dia ngan main kat playground yang ada kat situ.. Tapi takkan Ain pun nak main kat playground tu jugak... Buruk beno rupa nya...

Pukul 11.57 baru lah dipanggil untuk pendaftaran... Grrrrrrrr..... Baru pendaftaran tu... Selesai pendaftaran terus pergi ke klinik pakar Oftalmologi - segala masalah pasal mata memang ke rujuk ke situ...
Bila dah bagi kat biru kat kaunter situ, Faiz terus berlari ge main kat playground yang ada kat situ plak.
Tak lama lepas tu Faiz dipanggil untuk diagnosis... Dia kena baca nombor yang ada kat depan.. Dah sudah diorang suh tunggu lagi...

Lepas 15 minit baru Faiz dipanggil kali ni masuk bilik lain plak jumpa ngan doktor. Sekali lagi kami bertemu dengan Dr. Shara Wahida. Doktor yang sama diagnosis Faiz masa pertemuan pertama sebulan yang lalu..
Faiz kena wat prosedur yang sama macam dulu tapi kali setitik ubat dititikkan dalam mata Faiz. Pada hemat Ain, ubat tu mesti pedih sebab Faiz cepat-cepat nak kesat ubat tu... Tapi berkat kepakaran doktor tu dia boleh handle Faiz dari gosok matanya ngan tangan. Bila dah dititik dengan ubat tu, kena tunggu setengah jam. Doktor kata bagi mata kembang. Macam mana yang dikatakan kembang pun Ain tak tau. So sambil nak tunggu tu kami pergi ke kantin isi perut.

Lepas makan kami naik semula dan jumpa dengan doktor Shara tadi. Dia check sekali lagi. Dan keputusan diperolehi. Faiz kena pakai cermin mata ,bukan sebab rabun tapi silau. Ini mesti sebab main game punya pasal lah tu. Huhuhu


Slip ni kena bawak masa nak buat cermin mata Faiz nanti.

Oklah, cukup sampai sini dulu. Apa yang jadi lepas tu, bila Faiz ge buat cermin mata dan macam mana rupa Faiz pakai cermin mata, Ain akan citer kat entry lain k...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff