my nuff

Bila Faiz Berkaca Mata

Sebelum ni Ain ada citer pasal Faiz kena jumpa pakar mata dalam entry INI.
Balik dari hospital terus ge kedai cermin mata. Dan bila dah siap dan dipakai oleh Faiz... Hmmm gitu lah rupanya...


Tapi Ain takkan bagi dia pakai selalu... sebab masalah matanya hanya silau bukan rabun. Jadi, Ain bagi dia pakai masa tengok tv atau masa main game kat pc atau tab. Sebab kalo bagi dia pakai selalu, takut2 cermin mata tu tak tahan lama. Ce tengok perangai si Faiz ni... Memang tak leh duk diam....


Hehehe.... Yang ni gambar bonus... Bila dah tengok abg pakai cermin mata, mestilah siadik pun nak cuba gak. Bergambar dengan cermin mata abang Faiz...

Segmen Follow Follow by Amy Fendi


Segmen follow follow lagi... sesapa nak join bleh macam biasa bleh klik banner tu ye...

Cara-cara (Ain salin sepenuhnya dari empunya blog)


# Follow blog Amy Fendi *wajib

# Buat satu entry tajuk "Segmen Follow Follow by Amy Fendi"

# Copy & Paste banner di atas. Linkkan semula ke entry ini .

# Ceritakan pengalaman yang tak dapat korang lupakan dalam hidup korang. *sunat

# Nyatakan sama ada korang nak header atau cursor sebagai Hadiah jika terpilih

# Siap? Hantarkan link entry korang tersebut ke comment di bawah.

Pengalaman tak boleh dilupakan : Melahirkan ketiga-tiga AMIRUL
Kalau terpilih : nak hadiah cursor

Adakah Kita Orang Yang Tepat Untuk Beri Pendapat

Pernah tak kengkawan hadapi situasi bila nak buat sesuatu keputusan yang kadang kala memerlukan pendapat dari orang lain. Contohnya dalam membuat keputusan yang melibatkan kos yang besar seperti beli rumah atau pelaburan...

Untuk meminta pendapat atau pandangan seseorang tentang keputusan kita, kita mesti kenal pasti sama ada orang tu jenis positif atau negatif atau natural....

Meh nak cite dulu tentang orang negatif dulu. Orang negatif ni, orang yang suka mengatakan tidak atau orang yang menganggap semuanya tak betul. Orang ini jenis yang hanya memilih jalan selamat dan tidak suka akan risiko...Tambahan plak jika terdengar khabar tidak baik tentang apa yang nak diputuskan...

Orang yang positif plak adalah sebaliknya... Orang jenis ini akan menyetujui segala keputusan kita... Berani tanggung risiko... Tak kira risiko tinggi atau rendah... Baginya apa saja keputusan ada risikonya... Dan jika keputusan yang dibuat salah... Tak apa... Itu adalah lumrah...

Orang yang natural pula adalah orang yang buat kita berfikir banyak kali sebelum sesuatu keputusan dibuat. Orang ini akan membentangkan segala baik buruk jika sesuatu perkara itu diputuskan...Yang boleh kita jadikan panduan sebelum sesuatu keputusan dibuat...

Jadi, kita ni kategori orang yang macam mana... layak kah kita dijadikan tempat orang untuk merujuk minta pendapat.. Kerana jika ada seseorang datang pada kita dan minta pandangan kita contohnya nak beli rumah, makna separuh dari hati orang itu memang nak beli rumah tu... Sebab kalo dia taknak beli rumah tu, dari awal lagi dia katakan tidak tanpa perlu pendapat dari sesiapa...Jadi kita kena bijak main 'tarik tali' agar orang tu tidak pulang dengan hati yang kecewa walaupun pada dasarnya, pendapat kita tu membantah keinginannya...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff