my nuff

Ada apa dengan KPop

Tadi pergi makan tengahari ngan adik. Kat kedai makan tu seorang remaja juga pelanggan kedai makan tu. Remaja tu betul-betul menarik perhatian Ain. Setakat pakai jeans ngan tshirt lengan singkat yang tu tak ada apa yang pelik, rambut disanggul ala-ala penyanyi KPop pun tak pelik lagi, yang peliknya bila remaja mengenakan bingkai kaca mata tanpa cermin (bleh bayang tak) ngan ada corak hello kitty kat tepi bingkai tu. Bingkai kaca mata tu tebal dan berwarna coklat... Alamak.... Pesen apa ni....

Mungkin Ain yang ketinggalan zaman, sebab cari kat google ada cermin mata tu...

Tapi Ain memang tak boleh terima budaya Kpop ni. Puas lah adik-adik Ain dok tunjukkan drama-drama pelakon kpop ni, lagu-lagu diorang... tapi still tak leh masuk gak... Dan yang terbaru fenomena Gangnam Style... Huhuhu... Lagi lah ntah apa-apa.. Bila dengar lagu tu, dok Joja joja... hehehe. Tengok klip dia plak... Adoi yai.. apa yang best sangat pun Ain tak tau... Dok kangkang kangkang... Hmmmm

Bukannya Ain tak pernah tengok langsung drama korea ni, tapi masa zaman remaja dulu ada juga drama korea yang betul-betul meninggalkan kesan macam Winter Sonata, Autumn In My Heart.
Pada peminat Kpop, Ain minta maaf ye, Ain tak jumpa lagi mana 'seni'nya hiburan Kpop ni.

BLOGLIST KESUMA ANGSANA


Segmen yang Ain nk join hari ni ialah Bloglist Kesuma Angsana. Macam biasa sapa nak join, bleh klik kat banner tu ye.
Kenapa Ain join ni dan follow K.A, sebabnya K.A ni pun follower Ain gak. Dan dengan menggunakan nama KESUMA ANGSANA, hmmm memang cukup menarik perhatian. Ada rahsia disebalik rahsia......

Kasut Sekolah Faiz

Kasut nie dah lama beli.dah dekat 9 bulan agaknya.Bru 2 3 kali pakai lepas 2 Faiz lebih suka pakai selipar je ge tadika.Pagi tadi cikgu faiz beritahu yang esok ada lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh.

Mulalah kelam kabut cari balik kasut 2,sebab memang dah tahu kasut 2 agak kotor sedikit.Biasalah budak tadika mana tahu lagi nak jaga kasut agar x kotor.Dapat main tanah kasut kemana stokin kemana.

Puaslah sental kasut 2 agar hilang kesan tanah.Nanti basuh lambat takut lambat pulak kering.X sempat pulak nak kapur nanti.Tengok cuaca pun hari nie cerah je.Sempat tengah hari  nie kering dan terus letak kapur kasut.


Nak cepat kering punya hal,jemurlah kasut 2 atas Van ayah dia.hehehe.Esok bolehlah Faiz pakai kasut 2 dengan senyuman.harap2 dia kontrollah gigi dia.Dah besar anak aku sorang nie.

Alpha Lipid LifeLine

Sekarang ni Ain sedang menggunakan produk kesihatan ni. Adik Ain yang cadangkan. Mulanya Ain nak guna Alpha Lipid Sd2. Almaklumlah, lepas bersalin mestilah nakkan badan yang cantik balik. Tapi ada kekangan yang menyebabkan Ain tak boleh ambil SD2 iaitu Ain masih lagi menyusukan Firas dan Ain mengamalkan pil perancang.
Berbalik pada Alpha Lipid Lifeline ni, memang teramat sesuai untuk working mother macam Ain ni. Lepas seminggu mengamalkan nya, Alhamdulillah, masalah keletihan tu dah kurang. Jadi, jom kita tengok apa lagi yang kebaikan Alpha Lipid Lifeline ni. Ni Ain amik dari http://www.alphalipid.net/

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam Alpha Lipid LifeLine

Kandungan Vitamins

Vitamin A - Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12 - Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 - Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C - Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D - Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E - Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

--------------------------------------------------------------------------------

Kandungan Minerals

Folic Acid - Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium - Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron - Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Sodium - Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium - Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium - Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Rata-rata kesihatan kita semakin hari semakin menurun, ini adalah disebabkan faktor yang tidak dapat kita elakkan seperti faktor meningkat usia dan faktor persekitaran termasuk udara yang kita sedut setiap saat.
Begitu juga dengan cara pemakanan kita yang tidak menyihatkan dengan makanan ringan, makanan yang berlebihan lemak dan gula.
Penggunaan alatan elektorik disekeliling kita termasuk Telefon Bimbit, Microwave dan Penghawa Dingin.
Kekurangan Vitamin, Mineral dan Antibodi didalam tubuh.
Kurang bersenam, sehinggakan ada diantara kita yang langsung tidak pernah bersenam.
Tekanan kehidupan dirumah dan ditempat kerja.

Berapakah harga yang perlu dibayar untuk menjaga kesihatan Anda dan Keluarga?

Harga satu tin (450g) Alpha Lipid LifeLine ini hanyalah RM180 sahaja. Dengan khasiat yang berbagai untuk kesihatan tubuh kita dan keluarga, ia merupakan minuman kesihatan yang paling lengkap dan paling murah di pasaran.



Psssssst.... Kalo ada yang berminat boleh email Ain (fkay1914@gmail.com)

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff