my nuff

Dulu Ain Pun Camtu Juga

On the way nak balik ofis tadi terdetik rasa syukur yang teramat sangat. Yelah kan, Ain ada dalam kereta, ber ekon, ada bumbung. Tak panas. Tapi mereka dua beranak hanya naik motor. Dalam keadaan panas berdenting tu. Tu mujur kalo mereka sempat sampai ke rumah sebelum hujan.
Teringat Ain satu ketika dulu, Ain pun camtu gak. Masa form 1 Ain dah duduk asrama. Kebetulan masa form 1 tu Ain kena sekolah sesi petang. Jadi, bila hujung minggu nak balik rumah ayah kena jemput sebab lepas habis sekolah kul 6 petang mana ada bas dah. Ayah lah yang datang amik Ain kat sekolah. Turun dari tangga sekolah dah nampak ayah kat bawah pokok. Terus berkejar pergi kat ayah. Ayah sarungkan topi keledar. Topi keledar biasa saja tanpa penutup muka.
Masa tu ayah hanya bawak motor kapcai NN4346 warna biru. Ayah tak de lesen dan motor pun tak de roadtax. Jadinya dari pekan Batu Kikir tu kami akan meredah kampung-kampung dan kebun getah dalam remang senja tu. Kadang-kadang lampu motor tak hidup, tapi ayah dah stanby lampu celait (lampu picit). Ayah akan pastikan menjelang Maghrib mesti sampai ke rumah.
Tapi sekarang, Alhamdulillah, zaman itu telah berlalu. Ayah dah ada lesen memandu. Dah ada dua kereta lagi, walaupun bukan kereta mewah tapi itu sudah memadai.

Jom Tambah Follower



Dah lama cik Lulu ni tak wat segmen...
So pada kengkawan yang berminat nak join dan tambah follower a.k.a sabahat, bleh klik banner cik Lulu tu...

Di Bandar Itu

Di bandar itu
Bermula lah kehidupan sebenar
Sebagai isteri dan juga ibu
Di bandar itu
Ku belajar untuk sentiasa dihadapan
Supaya tidak ketinggalan
Di bandar itu
Jiwa ku semakin keras
Dek tekanan untuk menerus kehidupan
Di bandar itu
Aku seperti aur
Yang perlu cari jalan keluar dari kesesakan
Aku harus tinggalkan bandar itu
Bukan kerana tidak tahan dengan tekanan atau kesesakan
Tapi kerana bandar itu
Telah mencoretkan kisah duka
Kisah yang yang akan terus terpatri dalam lipatan kenangan
Kisah yang telah merubah aku sepenuh
Kisah yang telah menjadi aku seorang yang lain
Dan kisah yang aku takkan lupa hingga akhir hayat ku
Walau berkali-kali ku cuba melupakannya
Dan esok
Kaki ini akan kembali jejak di tanah bandar itu
Atas tuntutan hidup bandar itu akan ku kunjungi
Walaupun seketika tapi cukup untuk membuatkan
Luka lama kembali membengkak.......

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff