my nuff

Antara Bangga Dan Kecil Hati

Baru-baru ni Ain ada buat majlis hari jadi kecil-kecilan kat sekolah Faiz. Boleh baca kat SINI. Diraikan oleh kawan2 dan guru, ada sebuah kek, lilin dan simple goodies. Ada sedikit rakaman video melalui tab. Setiap kali Faiz tengok rakaman video tu, ada riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Senyum sendirian dengan mata yang bercahaya.
Fahim pun tengok juga rakaman tu. Dan semalam ketika sendirian Fahim tengok rakaman tu berulang kali. Bila ditanya "Fahim tengok apa?". Dijawabnya dengan bersahaja, "Fahim tengok kek".
Anak seusia 3 tahun tu mungkin tak pandai lagi nak mentafsirkan perasaannya. Tapi hati ibu ini bergetar setiap kali melihat mata nya yang sayu bila tengok rakaman video tu. Ain berjanji bila tiba hari lahirnya kelak, sambutan yang sama juga Ain buat untuk Fahim. Mama janji ye Fahim.

Bila Faiz Dan Fahim Pergi Funfair

Malam tadi Ain ngan adik bawa Faiz ngan Fahim pergi Funfair. Pada mulanya Ain ngan adik buat2 lupa janji nak bawa diorang pergi pesta tu. tapi Faiz memang jenis pegang janji. Dia yang 'ingatkan' kami tentang janji tu. Sampai kat situ permainan pertama yang kami main, benda alah yang bulat pusing-pusing tu macam gambar bawah ni. Faiz ngan Fahim memang takut nak naik tu. Tapi Ain ngan Adik naik sekali. Ain naik ngan Faiz, adik plak naik ngan Fahim. Memang seram gak naik benda tu. hehehe



Muka Faiz ketakutan


Macam nak nangis dah

Lepas turun, Ain layan anak-anak tu main permainan yang diorang nak main.






Setiap permainan yang ada kena bayar pakai token. 1 token RM2. So masuk je funfair ni kena tukar duit jadi token dulu.

 Pssssssst  TTK tak ikut sekali sebab kena jaga Firas kat umah. Hehehe... Tq Papa...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff