my nuff

Kisah Faiz, Fahim Dan Firas

Minggu ni Faiz sibuk suruh beli kete kat. Ain tak tau apa bendanya. Dia kata ada tunjuk kat dalam tv. Bila ditanya nak beli kat mana, dia kata kat petronas. Petang Rabu lepas ingatkan nak singgah kat petronas, tapi hujan lebat. Esok paginya baru ge petronas yang berhampiran. Tapi kete kat yang dicari tak de. Faiz kata ada kat petronas warna oren (shell lah tu). Petang semalam singgah plak kat shell.. Hmmm tak de juga. Akhirnya dia sendiri yang kata tak yah beli kete kat tapi dia nak beli gasing plak. Huhuhu...

Fahim plak tak abis lagi dengan cemburunya dengan Firas. Selalu dia 'buat' Firas. Memang geram ngan dia. Fahim suka cium Firas tapi lepas cium dia hantuk kepala dia kat kepala Firas. Kadang tu tengok Firas macam redha je bila abg buat macam tu. Tapi kalo sakit sangat baru dia nangis. Fahim memang suka melaram. Bila sikat rambut mesti nak buat 'pacak'. Hai.... anak-anak zaman sekarang.

 
Yang si kecik Firas ni plak, baru nak menginjak ke usia 6 bulan. Dah pandai meniarap dan berpusing-pusing. Dan yang terbaru Firas dah mula nak angkat badan nak merangkak. Setakat ni Alhamdulillah Firas amat senang dijaga. Pengasuh kat taska pun puji sebab Firas pandai bawa diri, lepas kenyang, dia main dan tidur sendiri tanpa banyak ragam.

Yang menjadi rebutan mereka sekarang, nak main game kat tab. Memang geram sangat bila dengar diorang bergaduh.. Huhuhu sabar je lah.  Tapi.....

Bila mereka dah tidur, Ain mesti kesunyian.....
 

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff