my nuff

Mimpi Wanita Itu


Suatu malam wanita itu bermimpi. Allah kurniakannya seorang.....

Suami yang wajah nya bersih penuh dengan cahaya keimanan
Suami yang sentiasa senyum dan berkata lembut
Suami yang berani dalam mempertahankan kebenaran
Suami yang takut akan perbuatan yang mendatangkan dosa
Suami yang mengimamkan setiap solatnya
Suami yang mengejutnya untuk bertahajud disepertiga malam
Suami yang sama-sama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran
Suami yang sentiasa memujuk ketika rajuknya
Suami yang sentiasa menenangkan ketika amarahnya
Suami yang sentiasa cinta dan sayang padanya
Suami yang setia dan teguh dalam janjinya
Suami yang cermat dalam senda guraunya
Suami yang sentiasa memimpin dan membimbing ke jalan Al-Jannah

Tapi sayang, mimpi wanita itu hanya mimpi semata, realitinya tidak seindah mimpinya
Namun dia redha dengan takdir dan ketentuan Tuhan, kerana dia yakin pilihan Allah adalah sebaik-baik pilihan untuk nya...

La Tahzan - Pilihan Allah Adalah Pilihan Terbaik


Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyruh anda duduk.
Bersabarlah ketika Allah menjadikan anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah bila mana Allah menjadikan anda seorang yang kaya.
Itulah yang harus anda lakukan
Aku rela Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku.

Janganlah mengatur suatu masalah yang ada padamu
Orang yang suka mengatur akhirnya binasa
Redhalah dengan apa yang telah Kami berikan
kerana Kami adalah sebaik-baik pengatur segalanya.

Terima Kasih Abang Motor Merah

Pagi tadi masa on the way nak ge opis, ada satu kejadian yang membuatkan Ain teringat sampai sekarang dan sampai bila-bila pun.
Masa berhenti kat lampu isyarat, Ain anak beranak nampak seekor anak kucing merangkak- rangkak ketakutan nak melintas simpang tu. Rasa gerun sangat sebab takut kalo anak kucing tu kena langgar ngan kereta.
Tak lama lepas tu, nampak seorang lelaki naik motor, berhenti kat satu sudut. Dia turun dari motor dan pergi tengah jalan tu amik anak kucing. Perghh... lega sangat. Anak2 Ain bersorak bila tengok anak kucing tu dah selamat. Lelaki tu ambil kucing tu dan letak dalam raga motornya dan dia berlalu pergi, sebab kebetulan lampu isyarat kat sebelah dia dah hijau.
Hmmm.... lega sangat. Dan semoga Allah swt mengurniakan seribu kerahmatan kepada lelaki itu.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff