my nuff

Gaya Berjalan Yang Dilarang Agama


Gambar Hiasan - Google

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur 24:31)

Ulama menjelaskan bahawa gaya penampilan seorang wanita dilarang daripada menjadikan diri sebagai tumpuan atau sengaja menonjolkan gara mendapat perhatian orang sekeliling. Larangan menghentak-hentak kaki itu adalah kerana wanita jahiliah terdahulu sengaja menggantungkan gelang kaki berloceng sewaktu berjalan sebagai isyarat kepada kaum lelaki bahawanya dirinya boleh didekati. Begitulah perilaku masyarakat jahiliah terdahulu yang bebas bergaul tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Namun, sejak kedatangan Islam, wanita Mukminah didisiplinkan untuk tampil dengan gaya berjalan yang menjunjung maruah diri yang terpuji (tidak bersedia untuk diganggu)

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung." (Al-Isra' 17:37)

Cara berjalan seorang wanita diingatkan untuk tidak seperti 'mendabik dada' hingga menyebabkan orang sekeliling merasa gerun, segan serta rendah diri setelah melihat dirinya berjalan. Apabila begini, dirinya tidak lagi dianggap mesra atau mampu berkomunikasi secara efektif dengan orang sekeliling. Lebih merugikan lagi adalah apabila dirinya ingin berdakwah mengajak kebaikan dan menegur kemungkaran. Tidak terkecuali situasi ini turut berlaku jika jenis tapak kasut yang dipakai itu terlalu berdetap-detap kuat sewaktu melangkah hingga orang sekeliling terkesan untuk merasa dirinya seorang yang suka berbangga diri.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff