my nuff

GAZA dan McD

Hari ni buka je blog ngan facebook, sume dok cite pasal mangsa-mangsa kekejaman Israil ngan boikot mcd. Meh kita tengok gambar yang menyayat hati ni. Huhuhu. Hanya doa yang mampu diberikan...





Ini Paling kejam!!

1 Share = 1 Anda Bom Israel





MISI BANTUAN GAZA VIVA PALESTINA MALAYSIA. Bersama Pn Azraa Banu dan Puan Azian untuk perkongsian keprihatinan bersama. Layari https://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia
Akaun MAYBANK 564324601324

Menitis melihat gambar anak kecil ini. Moga tempatmu di SYURGA sayang ♥  # Pray For Gaza

" Ya Allah tamatkanlah penderitaan mereka Ya Allah... "

Ya Allah Save Our Muslim Brothers N Sisters In The Whole World. Ameen

Tag > Like > Share > Comment • Jazak Allah •

Free Gaza

- Pray for Palestine -

Aminkan doa ini..

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMU ya Allah..turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestine, hancurkanlah rejim zionis ya Allah, kalahkan mereka, kacau bilaukan kumpulan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Ya Allah Al-Jabbar! Kalahkan Israel laknatullah dan menangkan kami ke atas mereka..Amiin"

Rest in piece dear... Rest in piece baby........

Allahuakbar !!
Mereka berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir utk menpertahankan Tanah air tercinta Palestine mereka. Al-fatihah~

 
Senyuman mu insyaallah hingga ke syurga .. Al-Fatehah 

SIMPATI sangat !

1 Share = 1 Anda Bom Israel
Add caption

Gambar anak-anak keluarga Abu Al-Dalou yang terbunuh dalam serangan penceroboh Israel di bandar Gaza pada hari ini.

Sumber : GNN melalui Aman Palestin Mesir
------------------------------------------------
Maafkan kami SYUHADA' kecil Gaza. Kami tidak mampu bertempur dengan Yahudi laknatullah itu. Maafkan ibu. Maafkan ayah. Maafkan abang. Maafkan kakakmu semua di sini wahai SYUHADA'. Bahagialah engkau semua di syurga yang kekal abadi.
KakLong Paroi:

Komen paling best:-

Azizah Aling :Saya terkesan dengan mesej seorang pekerja McD yang memohon agar saya tidak meneruskan kempen menyerang McD di FB. Katanya dia ada keluarga yang perlu ditanggung. Saya simpati. Malah dia juga menegaskan bahawa McD Malaysia tidak punya apa-apa interest dengan Israel. Saya tidak pasti. 

Saya perlu tegaskan bahawa di posisi manusia selemah saya yang tidak punya kuasa lobi dan menentukan kepentingan ekonomi, saya hanya punya doa dan usaha. Boikot adalah usaha.

Saya fikir kita tidak menentang pekerja Mcd Malaysia tetapi kita menentang sebuah kuasa besar di sebalik jenama besar (jenama yang lain juga) yang sekarang ini sangat menghiris perasaan dan membangkitkan amarah umat Islam, dan mendatangkan mudharat.

Saya harap tiada umat Islam hatta rakyat Malaysia sekalipun yang akan mengambil burger percuma esok. Malah jika McD Malaysia benar-benar mahu membuktikan kata-katanya, mereka harus menyatakan pendirian berani dan mengutuk serangan Israel terhadap Gaza, kemudian baru beri burger percuma.

Kita menentang prinsip di sebalik syarikat utama, bukan orang perseorangan yang menjadi pekerja franchise McDonald di Malaysia.

This is a page 1 of 2. Lets together help the Palestinians. Thank you.


SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Read this! Important Info!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang 

~DONT FORGET TO LIKE & SHARE~



Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

...Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

Jangan memegang bayi anda ketika marah.

Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm

www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org

en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome


dr.Muna

UMMUSAIF.COM

68000, Ampang



Sumber- muka buku

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff