my nuff

Nabil Dapat Anak


Tahniah untuk Nabil Ahmad. Semoga jadi ayah yang cemerlang.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 1

BAHAGIAN 1

Sudah dua malam dia bermimpi perkara yang sama. Cahaya itu seperti semalam juga, terang benderang. Dia tiba-tiba merasakan dirinya terbangun dan masuk ke satu alam yang tidak diketahuinya di mana. Disekelilingnya sunyi sepi, tidak ada satu pun suara yang kedengaran. Dia memandang sekeliling dan seperti semalam dia dapat melihat ayahnya berteleku di situ. Selepas beberapa saat bergelumang dalam kesunyian, terdengar tangisan lelaki itu teresak-esak memohon doa dan dia merenung dengan wajah berseri dan ceria. Itulah yang diharapkannya. Lama dia membiarkan ayahnya menadah tangan berdoa. Dia dapat mendengar dengan jelas doa tersebut dituturkan. Doanya seperti semalam dan anehnya  dia sendiri dapat menghafal doa tersebut. Doa yang memohon agar dirinya diampun dan dimaafkan. Doa yang memohon agar dirinya dalam kesejahteraan.
"Mari kita pulang ayah..."
Dia mendengar suaranya berbisik lembut. Memujuk apabila merasakan mereka sudah lama berada di situ. Pujukannya seperti semalam. Namun dia benar-benar hairan, kali ini lelaki itu enggan. Masih berteleku di situ. Tidak seperti semalam, ketika diajak pulang lelaki itu mengikut sahaja.
"Kita pulang ayah, sudah lah tu. Cukuplah untuk hari ini..."
Dia memujuk. Dia melihat sendiri dirinya di dalam pakaian serba putih duduk berteleku di sebelah ayahnya. Hairannya tidak ada seorang pun disekeliling mereka kecuali dia dan ayahnya. Dia merasa begitu tenang dan aman. Tangisan ayahnya memecah kesunyian. Dia dapat mendengar tangisan tersebut menyusup masuk ke telinganya.
"Ayah terlalu banyak membuat dosa. Moga-moga Tuhan memaafkan ayah."
Dia mendengar suara ayahnya berbisik. Lembut, sayu dan penuh keinsafan. Dia dapat merasakan tangan ayahnya hangat mencengkam tangannya. Dia mengeluh perlahan namun masih sempat tersenyum.
"Insya-Allah ayah, selagi kita berdoa dan memperbaikinya, selagi itulah kita akan dimaafkan."
Dia mendengar suaranya membalas semula. Pelahan tangan ayahnya diramas lembut.
"Ayah terlalu banyak melukakan hati kamu. Melupakan hati mama kamu. Sudah sampai masanya ayah pergi. Tapi ayah harus memohon maaf sebelum ayah pergi."
Dia terdengar suara tersebut. Begitu aneh rasanya. Semalam kata-kata itu diutarakan juga tapi nadanya agak berlainan.
Kali ini nadanya begitu sayu dan suaranya tertahan-tahan.
"Kami sudah lama memaafkan ayah. Kami sudah melupakannya ayah dan merasa amat bahagia kalau kami dapat melihat ayah kembali kepada diri ayah yang asal. Percayalah, kami tetap sayangkan ayah."
Dia mendengar suara ayahnya menangis teresak-esak. Lama dia membiarkan lelaki tersebut tenggelam dalam perasaannya. Dia sendiri merasa sedih mendengar tangisan itu.
"Sudahlah ayah. Marilah kita pulang..."
Dia mendengar suaranya merayu. Dia melihat ayahnya bangun perlahan-lahan. Kelihatan begitu lemah namun wajahnya begitu berseri dan bercahaya.
"Ayah terpaksa pergi sekarang. Maafkan ayah. Sampaikan salam ayah pada mama kamu. Maafkan ayah..."
Dia hanya membiarkan ayahnya menghulurkan tangan. Seperti satu kuasa yang besar, dia menyambut huluran tangan ayah dan menciumnya. Dia merasakan tangan sejuk ayahnya mengusap kepalanya, lembut dan penuh kasih sayang. Dia merasakan saat itu amat memilukan dan begitu syahdu.
"Ayah kena pergi sekarang..."
Dia terdengar ayahnya bersuara lembut.
"Pergi? Ayah mahu pergi ke mana?"
Dia bertanya ragu-ragu.
Dia melihat ayahnya tersenyum, ayah tidak menjawab pertanyaannya. Sebaliknya ayah terus berlalu pergi meninggalkannya. Jauh, jauh, ayah kian hilang daripada pandangannya.
"Ayah, ayah mahu pergi ke mana?"
Dia bertanya lagi. Namun pertanyaan itu terus berlalu tanpa jawapan. Ayahnya semakin lama semakin jauh daripada pandangan matanya.
"Ayah... tunggu! ayah... tunggu!"
Tubuh ayahnya semakin lama semakin hilang daripada pandangan. Dia menjadi semakin pilu dan sedih.
"Ayah!!!" Dia menjerit sekuat hatinya sehingga dia dapat mendengar suaranya sendiri.
"Iqa...! Bangun Iqa!"
Ada tangan sasa yang menyentuh lembut bahunya.
Dia mengusap mukanya. Lelaki yang berada di hadapannya direnung dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia mengucap perlahan. Dadanya diurut berkali-kali.
"Kenapa ni?"
Tanya suara tersebut dan tidak berapa lama kemudian lampu tidur terpasang terang. Dia melihat tubuhnya sendiri, lantas dia mengucap panjang.
Mimpi itu sudah dua hari berturut-turut mengganggu tidurnya. Mengganggu lenanya yang selama ini aman.
"Iqa mimpi." Dia berkata perlahan. Tangan suami yang baru dikahwini, dipautnya perlahan. Badannya menggeletar. Dingin. Dia diserang rasa takut dan sedih bertimpa-timpa. Tidak tahu kenapa.
"Mimpi ayah lagi?" Suaminya bertanya lembut. Tubuh si isteri sekali lagi dipaut erat.
Dia mengangguk lemah. Mimpi itu agak berlainan. Walaupun ditempat yang sama tetapi kali ini membuat dadanya benar-benar sebak.
"Kenapa dengan ayah pula kali ni? Semalamkan kita telefon dia. Dia gembira berada di Mekah. Tak ada apa-apa pun!" Lembut si suami memujuk.
Dia menggeleng. Perlahan kepalanya diletakkan di dada suaminya.
"Iqa mimpi ayah. Semalam masa Iqa panggil ayah balik, ayah ikut. Hari ni, ayah tak mahu ikut. Dia kata, dia terpaksa pergi." Dia menahan sebak di dadanya. Dia tidak tahu apa maksud mimpi tersebut. Adakah sekadar mainan tidur?
"Itukan cuma mimpi..."Suaminya memujuk lembut.
Memang itu cuma mimpi tetapi tidak mustahil mimpi menjadi kenyataan. Apa maksud ayahnya enggan pulang?
"Bila Iqa panggil, dia diam. Dia tak toleh.. Jadi Iqa jerit kuat-kuat tapi... ayah terus pergi. Iqa dapat rasakan sesuatu. Iqa takut." Dia sudah menangis teresak-esak. Mengongoi macam budak kecil. Suami mengusap rambutnya perlahan.
"Sudahlah tu... Iqa rindukan ayah agaknya." Suami berbisik memujuk.
"Iqa dapat rasakan sesuatu. Iqa takut." Dia mengongoi lagi. Dia tak tahu kenapa baru sekarang dia merasakan ketakutan akan kehilangan ayahnya. Bertahun-tahun mereka bersengketa, dia tidak merasakan apa-apa. Namun kali ini terlalu berlainan!
"Mimpi Iqa, agaknya kerana rindukan ayah, Iqa terbawa-bawa hingga sampai ke dalam tidur. Sabarlah... siang nanti kita telefon ayah."
Dia menyeka air matanya. Memang dia begitu rindukan ayahnya. Tidak tahu kenapa perasaan tersebut bertandang dalam dirinya pada saat-saat ini. Rasa rindu dan sayang. Dia masih ingat ketika menghantar ayahnya ke lapangan terbang. Wajah ayahnya begitu tenang dan lembut.
"Doakan ayah selamat dan sihat di sana nanti."
Dia hanya mengangguk. Dia tahu dia akan mendoakan apa sahaja untuk ayah tersayang.
"Sayang, mama kamu tak mahu ikut sama."
Dia melihat mata ayahnya berkaca. Dia hanya tersenyum lembut.
Ayah dan mama sudak tika mempunyai apa-apa ikatan sejak bertahun-tahun lamanya. Sudah tentuk tidak elok kalau mama mengikut ayahnya pergi. Dia akur dengan keputusan mama untuk tidak turut serta. Tidak pergi bermakna tidak mahu kembali kepada ayah. Itu hak mama. Mamanya berhak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.
"Tak mengapa, mama sentiasa mendoakan ayah."
Dia bercakap dengan suara yang perlahan. Mententeramkan jiwa ayahnya.
Sebelum ayahnya pergi dan ketika kenduri di rumahnya semalam, telah berkali-kali ayat itu diucapkan oleh ayahnya. Mungkin rasa kesal atas apa yang berlaku sejak bertahun-tahun yang lalu, dirasakannya sekarang. Dia amat memahaminya.
"Ayah tahu mama kamu masih tak dapat memaafkan ayah. Ayah tahu..."
Suara tersebut begitu pilu dan sebak. Dia dapat mendengarnya. Terasa sayu dan pilu.
"Mama sudah memaafkan ayah. Kalau tak, dia tak akan datang ke kenduri rumah kita semalam ayah. Percayalah...Apa pun yang berlaku, ayah telah pun dimaafkan." Dia memujuk lagi. Penuh hati-hati.
Dia tidak tah kenapa hatinya begitu berat mahu melepaskan ayah pergi sebelum ini. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kesihatan ayah sering sahaja terganggu. Namun hajat ayah itu seakan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. Dia sedar kalau diikutkan kemampuan, ayah sememangnya lebih daripada mampun untuk e sana. Namun baru kini hati ayah terbuka. Barangkali Tuhan telah memberi hidayah kepada ayah.
"Kamu doakan ayah diterima di sana nanti, Iqa. Ayah sayangkan kamu."
Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan ayah kala itu. Dia membalasnya dengan penuh kasih sayang.
"Sampaikan salam ayah pada mama kamu. Katakan padanya, ayah meminta maaf dan kamu.... jaga anak ayah ni baik-baik."
Dia melihat ayahnya memeluk suaminya yang berada di sisi. Tadi ayahnya tidak mahu dihantar sesiapa kecuali dia dan suaminya. Ramai para pekerja ayahnya mahu menghantar namun ayahnya enggan mereka turut serta. Ayahnya cuma mahu dia dan suaminya menghantar hingga ke lapangan terbang. Tidak tahu apa alasan ayah sebenarnya. Kata ayah, memadai hanya mereka berdua. Ayahnya pula ke Mekah dengan ditemani oleh Encik Baharom, salah seorang orang kepercayaannya.
"Sepeninggalan ayah, jaga anak ayah baik-baik. Jangan kamu lakukan kesilapan seperti apa yang ayah lakukan pada mamanya. Ayah mahu kamu belajar dari kesilapan ayah."
Dia teringat lagi pesan ayah pada suaminya kala itu. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Buka sekali dua kata-kata itu diucapkan, bahkan acap kali sehingga saat-saat untuk berangkat pun, ayahnya masih menuturkan kata-kata yang sama.
"Ayah jangan bimbang. Insya-Allah saya akan menjaga Iqa dengan baik. Saya berjanji ayah!"
Dia mendengar lafaz janji suaminya kala itu. Dia hanya tersenyum.
Ketika pengumuman keberangkatan ke udara, ayahnya kelihatan begitu riang sekali. Lupa kesedihan yang ditanggungnya sebentar tadi, Beberapa kali dia memanggil ayahnya namun ayah tidak menoleh. Ayah seolah-olah tidak mendengar panggilannya. Dia mengeluh, tidak tahu apa makna mimpinya itu.
"Rasanya macam ayah tak akan kembali lagi."
Dia mengongoi semula dalam suara yang tersekat-sekat.
"Jangan cakap macam tu. Apa pun, kita doakan ayah selamat." Lembut suaminya memujuk.
Dia tidak tahu kenapa kali ini dia merasakan yang dia tidak akan berjumpa dengan ayahnya lagi. Segalanya berkemungkinan. Segalanya tidak dapat dijangka.
Telefon yang berbunyi mengejutkannya lantas dia bangun dari katil. Sebelum sempat suaminya mencapai gagang telefon, dia terlebih dahulu mencapainya.
"Iqa, mama ni."
Dia merasa lega tiba-tiba.
"Mama, di mana ni?" Dia bertanya lembut. Riang rasa hatinya bila dapat dengar suara mamanya itu.
"Mama masih di Kuala Lumpur. Mama tak jadi balik esok. Sayang nak tinggalkan Malaysia. Mama dah tunda seminggu lagi."
Dia tergelak mendengar kata-kata mamanya. Mamanya tidak pernah melakukan begitu sebelum ini. Entah apa yang menyebabkan mamanya mengubah fikiran, dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika dia menahan mamanya agar jangan pulang, mamanya tetap berkeras mahu pulang kerana katanya ada urusan yang perlu diuruskan di New Zealand. Namun malam ini lain pula ceritanya. Dalam diam dia memanjatkan syukur pada saat ini dia perlukan kehadiran mama sebagai penguat semangat.
"Kamu dah tidur ke?" Tanya mamanya lagi.
Dia mengesat air matanya. Merenung suaminya yang duduk di birai katil sambil memerhati ke arahnya.
"Belum ma... awal lagi."
Dia melihat jam di dinding. Baru pukul sebelas tiga puluh mint malam. Baru sahara melelapkan mata, dia sudah bermimpi. Dia tersenyum-senyum sendirian.
"Hai... pengantin baru pun tidur lambat?" Mamanya mengusik.
Dia ketawa dengan usikan tersebut. "Baru apa ma... dah basi. Dah dekat dua bulan." Dia berkata manja, tergelak sama.
"Esok mama nak datang ke rumah kamulah." Mamanya berkata perlahan.
"Itulah mama, tidur aja di sini. Ayah bukannya ada pun, masih nak duduk di hotel!"
Menyebut ayah membuat dia teringatkan mimpinya sebentar tadi. Namun masakan dia mahu memberitahu mamanya. Mamanya tidak ada apa-apa kaitan dengan ayahnya lagi.
"Tak mahu mengganggu kamu. Kamu tukan baru kawin." Mamanya mengusik mesra.
"Datanglah ma... tak adalah Iqa risau mama duduk di hotel tu. Buatnya orang tackle mama, kan susah!" Dia mendengar ketawa mamanya lagi. Ketawa mamanya membuat hatinya lega dan riang. Mamalah satu-satunya yang sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan.
"Ada berita tentang ayah kamu?'
Dia terdiam ketika pertanyaan tersebut diajukan padanya. Dia merasakan suara tersebut benar-benar ikhlas. Dia terharu.
"Semalam ada tapi hari ni tak. Iqa mimpi mama!'
Dia berkata perlahan, menati reaksi daripada mamanya.
"Mimpi ada Iqa?" Ada kebimbangan dalam nada suara tersebut.
Atiqah menelan air liurnya. Rasa sayu dan sedih bertandang kembali.
"Mimpi ayah, ma." Atiqah bersuara perlahan.
Dia tidak menerima apa-apa jawapan daripada mamanya.
"Mama dengar tak apa yang Iqa cakap tadi?" Tanya Atiqah pada mamanya.
"Mama dengar, Iqa. Sejak akhir-akhir ni... saban malam mama mimpikan ayah kamu."
Keterangan tersebut merupakan satu kejutan buat Atiqah.
"Mama juga mimpikan ayah?" Atiqah bertanya perlahan. Dia terbayangkan wajah ayah dalam mimpinya itu. Sedih dan keliru.
"Cuma mimpi aja Iqa. Mimpikan mainan tidur."
Atiqah mendengar suara mamanya sedikit menggeletar.
"Tapi mimpi Iqa agak berlainan ma. Wajah ayah muram dan sedih. Ayah memakai pakaian putih."
Atiqah menerangkan perlahan. Kalau dia berhadapan denga mamanya, tentu dia dapat melihat kejutan di wajah mamanya itu. Mereka berdua mimpi perkara yang hampir sama.
"Iqa merayu-rayu ayah supaya kembali. Tapi ayah langsung tak menoleh, ma!" Atiqah menerangkan lagi. Dia tidak sedar yang mamanya mengucap panjang di dalam hati.
Aku bermimpi sebaliknya. Dia datang merayu-rayu pada ku supaya jangan pergi dan memohon maaf berkali-kali. Petanda apakah ini?
"Sudahlah Iqa, kita berdoa supaya ayah kamu dilindungi. Mama yakin ayah kamu akan selamat. Mama yakin."
Kata-kata itu merupakan satu penawar namun tanpa Atiqah sedar mamanya juga bimbang seperti dirinya.


Bukit Gambang Resort City

Jumaat dan Sabtu lepas Ain, Mak, Adik dan Anak3 pergi ke Gambang Resort City. Macam biasa Ain pergi sana atas urusan kerja. Tapi bila penganjur bagi tau pakej penginapan sekali dengan tiket masuk taman tema air, Ain bawak lah anak3 pergi sekali. Tak mau cite panjang-panjang. Biar gambar kat bawah ni yang bercerita.
Bergambar di balkoni lobi resort

Fahim... Hmmmm


Mak, Adik dan Firas (Cian Firas tertidur)


Peace.......


Jom main air

Dari awal sampai sudah, kat situ je tempat dia main... tempat lain dia takut

Mama pun tak ketinggalan... Basah juga

Lepas penat main air, berhenti makan

Firas tidur semula selepas berendam kejap dalam air

Dah bangun..... Senyum

Senyum lagi...

Tiba masa makan tengahari... Faiz minum air je

Fahim berjalan bawak minuman

Pulanglah oh pulang

Last posing sebelum balik

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff