my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - 4

BAHAGIAN 4


ATIQAH memasukkan tauhu sumbat ke dalam piring yang berada di atas meja. Tuan rumahnya, Hajah Mimah sukakan tauhu sumbat tersebut. Dia memang rajin memasak kalau ada orang yang suka makan. June, rakan sebiliknya masih belum balik lagi. Akhir-akhir ini, sejak anak bongsu Hajah Mimah yang beada di luar negara pulang ke rumah, atiqah jarang bertandang ke rumah Haja Mimah lagi. Dia merasa kurang seronok mengganggu ketenteraman orang. Kalau dahulu ketika Hajah Mimah duduk seorang diri, dia selalu datang. Boleh dikatakan setiap hari. Dia sedar anak Hajah Mimah seolah-olah tidak senang dengan kedatangannya dan dia sendiri dapat melihat cara penerimaan anak Hajah Mimah dan cara lelaki itu merenungnya.

Atiqah melangkah perlahan-lahan keluar dari rumah yang disewanya daripada Hajah Mimah itu. Tentu Hajah Mimah berada di rumah. Dia melihat lampu dapur terpasang. Tentu Hajah Mimah berada di dapur. Namun ketika dia mahu menolak pintu dapur, dia terdengar namanya disebut. Dia memasang telinga dengan berhati-hati.

“Emak ni mengarut betul. Budak yang pakai tudung, bawa Proton buruk tu? Hiss.. tak mahulah Nik mak. Lainlah kawan dia tu. Hiss.. bukannya cantik. Dahlah tu, macam perempuan gatal aja. Sejak Nik balik, dia selalu hantar makanan.”

Atiqah tersentak. Dia mengurut dadanya berkali-kali. Dia tahu dirinya yang dimaksudkan oleh anak Hajah Mimah. Piring tauhu sumbat di tangan direnungnya dalam samar malam. Dia mengetap bibir.

“Kamu ni, sebelum kamu balik dulu memang dia selalu hantar makanan ke rumah ni. Dia tu baik dan bukannya tak cantik.” Hajah Mimah meningkah.

Diketap bibirnya menahan perasaan.

“Cantik apa? Macam budak tak betul aja. Kadang-kadang menyanyi entah apa-apa. Kalau kawannya tu lainlah… Cantik, pandai bergaya. Kawan dia tu kerja apa mak?”

Atiqah cuba menahan nafasnya. Dia tertarik dengan perbualan tersebut.

Sejak Nik Arif pulang, dia tak pernah bercakap dengan anak muda tersebut. Hanya berbalas senyum. Dia tak mahu dia disalahtafsirkan. Kini lelaki itu mengata dia yang bukan-bukan. Dia merasa sedikit marah tetapi disabarkan hatinya.

“Budak yang seksi tu? Setiausaha mak dengar. Budak tu yang kamu suka? Pakai baju macam tak pakai baju! Entah apalah pilihan kamu ni…”

Dia terdengar Nik Arif ketawa.

“Mak, kalau setakat Si Iqa tu, dekat Kuala Lumpur tu berlambak. Pantang berselisih, tersengih-sengih. Kalau dah kerani tu kerani jugalah. Hiss… Nik ni berpangkat mak! Jumpa orang sana sini. Seganlah kalau dapat bini macam dia.”

Atiqah mahu ketawa mendengarnya. Tipikal lelaki zaman sekarang, fikirnya. Nik Arif sama seperti Faizal. Namun masih berdiri di hadapan pintu dapur untuk mendengar perbualan antara kedua-dua beranak tersebut. Walaupun pedih tetapi agak menarik. Sekurang-kurangnya dia boleh berhati-hati dengan Nik Arif.

“Kamu tu dah tiga puluh, Nik. Dah boleh kahwin. Kamu nak tunggu siapa lagi? Itu tak berkenan, ini tak berkenan. Siapa yang kamu nak? Cakap dengan mak, biar mak pinangkan! Sebelum tutup mata, mak nak tengok kamu kahwin.” Hajah Mimah berkata sayu.

Kasihan Atiqah mendengarnya.

“Nantilah mak, jodoh tak ada. Tahulah Nik cari sendiri. Makpun satu, kalau nak carikan pun, carikanlah yang elok sikit. Ini tak… perempuan entah apa-apa yang mak carikan untuk Nik. Si Iqa tu, hiss… tak kahwin pun tak apa. Kereta dahlah macam motobot.”

Atiqah terdengar Nik Arif ketawa. Sakit hati Atiqah mendengarnya. Hina sangatkah aku ni? Tapi tak apa, fikir Atiqah, manusia akan dapat balasannya suatu masa nanti.

“Nik nak keluarlah mak. Nak jumpa kawan. Nanti kita bincang lain kali.”

Atiqah cepat-cepat melangkah perlahan ke rumahnya. Dia kemuadian meletakkan semula piring yang berisi tauhu sumbat ke dalam tudung saji. Terbantut niatnya untuk menghantar makanan tersebut.

Dia kemudian terdengar bunyi kereta keluar dari perkarangan rumah Hajah Mimah. Tentu Nik Arif sudah keluar. Atiqah mengenangkan semula apa yang dikatakan oleh Nik arif sebentar tadi. Ah… pedulikan! Lelaki memang macam tu.

Dia kemudian bangun dan mengambil semula piring tauhu sumbat yang diletakkan di bawah tudung saji tadi. Dia meneliti piring tersebut dan dimasukkan tiga dari tauhu sumbat tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas yang lain. Hanya tinggal empat sahaja. Atiqah kemudian berjalan keluar. Ketika dia membuka pintu, terjengul June di hadapannya. Dia mengurut dada.

“Terperanjat aku June, aku ingatkan hantu mana tadi.” Atiqah berkata sambil ketawa.

“Ke mana?” Tanya June.

Atiqah menunjukkan piring di tangan.

“Handsomekan Nik arif tu tapi dia dah keluar.”

Atiqah mengangkat bahunya. Handsome pun apa yang aku dapat? Lelaki itu sudah memperkecil-kecilkan dirinya sebentar tadi, seolah-olah dia langsung tidak berharga di mata lelaki tersebut.

Setibanya dia di hadapan pintu dapur, dia memberi salam.

“Waalaikumussalam… Iqa, lama tak datang rumah mak cik. Iqa sibuk ke?” Hajah Mimah membuka pintu dapur.

Atiqah mengunjukkan piring di tangan.

Hajah Mimah menyambutnya dengan senang hati.

“Buat?”

Atiqah mengangguk. Dia melangkah masuk perlahan-lahan.

“Mak Cik tinggal seorang?” Tanya Atiqah bodoh.

Hajah Mimah mengangguk.

“Nik tu, ada dengan tak ada sama aja Iqa. Entah ke manalah perginya. Duduklah, nanti mak cik buatkan air.” Hajah Mimah memberitahu.

“Tak apalah mak cik, sekejap aja ni.” Atiqah menjawab perlahan. Dia duduk di kerusi dapur.

“Kamu banyak kerja ke sekarang Iqa? Dah lama tak Nampak?” Tanya Hajah Mimah. Hati ibu sepertinya sering merasa tenang setiap kali bila dapat berbual dengan Atiqah. Dia perasan sejak akhir-akhir ini Atiqah jarang bertandang ke rumahnya. Tidak seperti dahulu, pantang ada masa terluang sedikit, terjengullah muka Atiqah di rumahnya.

“Ada kerja sikit mak cik. Kawan Iqa minta Iqa tolong betulkan beberapa buah komputer yang diambil daripada beberapa buah syarikat. Kami nak tukar kepada program kanak-kanak dan hantar kepada budak-budak Down’s Sindrom. Baru beberapa buah komputer aja yang siap. Kalau boleh nak siapkan dalam minggu ni.” Atiqah menerangkan.

“Banyak ke?” Tanya Hajah Mimah lagi.

Atiqah tersengih.

“Ada dalam lima belas buah. Ini projek kemasyarakatan mak cik. Lepas tu, Iqa tolong organize hari keluarga untuk mereka pula. Kalau mak cik nak ikut boleh juga. Kami tengah cari sukarelawan untuk mengajar dan mengwasi kanak-kanak itu. Mak cik tahu tak, kanak-kanak Down’s syndrome ni sebenarnya bijak. Cuma cara kita melatih aja yang perlukan kesabaran.” Atiqah menerangkan.

Hajah Mimah merenung Atiqah dengan lembut.

“Jarang orang sekarang nak buat perkara macam Iqa buat ni, tau?” Hajah Mimah menepuk lembut tangan Atiqah.

“Alah… mak cik pun apa kurangnya. Permanent pandu puteri members.”

Atiqah mendepangkan tangannya.

Hajah Mimah ketawa kecil.

“Mak cik dah pegang jawatan pandu puteri tu sejak mak cik baru mengajar. Sampai dah bersara pun mak cik sayangkan jawatan tu Iqa. Kadangkala mak cik ingat nak give up aja. Tapi ramai yang tak bagi. Tak ramai anak muda sekarang yang mahu pegang jawatan dan menceburkan diri di dalam pandu puteri.”

Atiqah tersenyum mendengarnya.

“Bila hari keluarganya Iqa?” Tanya Hajah Mimah sambil merenung wajah Atiqah.

Atiqah bukan tidak cantik. Dia sendiri sebagai orang tua senang dengan wajah bersih gadis itu dan begitu juga dengan tingkah lakunya.

“Kalau tak ada aral, minggu depan. Kami buat pertandingan tiup belon dan makan epal. Lepas tu adakan konsert. Mak cik tengok nanti mereka semua tu, cute. Ada tu terjerit-jerit menyanyi. Tapi biji butirnya kita tak faham.” Atiqah ketawa apbila mengenangkan kanak-kanak yang ditemuinya. Hatinya terhibur setiap kali bersama mereka.

Dahlia, kawan baiknya yang bekerja di situ memperkenalkan dia kepada kanak-kanak itu. Lama kelamaan dia jatuh saying dengan mereka.

“Iqa nak baliklah mak cik. Ada kerja di rumah tu.” Atiqah memegang tangan Hajah Mimah.

Haja Mimah mengangguk kepalanya. Dia menghantar Atiqah ke muka pintu.

Hampir setahun Atiqah menyewa rumahnya di belakang. Atiqah begitu baik dengannya. Sebab itu bila Nik Arif mengatakan yang bukan-bukan tentang Atiqah, dia tidak dapat menerimanya. Kata-kata Nik Arif itu jelas tidak masuk akal.

FUAD memusing-musing gelas di tangannya, kemudian dibawa ke mulut. Di hadapannya, Nik Arif sedang menyandar di kerusi. Baru sahaja menghabiskan dua bungkus nasi lemak.

“Bila kau nak kahwin Nik? Kau dari dulu aku tengok kawan perempuan ramai. Tak ada yang tersangkut ke?” Fuad mengusik.

“Habis kau mengata aku, kau macam mana?” Tanya Nik Arif.

Fuad merupakan kawan rapatnya sejak di universiti. Kemudian dia keluar negara untuk beberapa tahun. Hubungan mereka tidak terputus. Fuad rajin menghantar berita atau kad. Bila dia balik ke Malaysia, sahabat yang pertama dicarinya ialah Fuad.

“Hem.. nanti dululah. Malas nak fikir soal kahwin. Kau tengok ajalah. Duduk dekat Kuala Lumpur ni memeningkan kepala betul. Jalan punyalah jam. Aku tak mahu besarkan anak-anak aku di belakang grill besi. Kasihan. Balik sekolah sampai malam. Nak settle down dan balik Pahang pun susah. Dekat sana kemudahan kurang. Tengoklah nanti…” Fuad berkata perlahan.

Nik Arif mengeluh sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Mak aku, aku baru aja balik dia dah cadangkan aku dengan budak yang sewa rumah kat rumah tu. Budak tu dahlah kerani aja, tak lawa pula tu. Ada kereta tapi bunyi keretanya macam bunyi motobot. Buat sakit telinga aja.”

Fuad ketawa mendengar cerita Nik Arif.

“Dahlah hari-hari hantar kuih dekat rumah aku!” Aku pun tak tahu apa tujuan dia. Nak memikatlah tu… Mak aku tu pun satu, tak ada taste langsung!” Sambung Nik Arif lagi.

Fuad ketawa terus-terusan.

“Teruk sangat ke budak tu?” Tanya Fuad.

Nik Arif mendepangkan tangannya.

“teruk sangat tu taklah, bolehlah… Kulit putih kuning. Biasa ajalah. Aku pandang pun sekali imbas aja.” Nik Arif mencebir bibirnya. Dia tidak pernah bercakap dengan Atiqah, hanya berbalas senyum. Dia pun tidak boleh ingat dengan jelas rupa Atiqah.

“Tapi dia ada kawan. Cantik. Body… huh, boleh tahan. Ini macam!” Nik Arif melenggang-lenggokkan kedua-dua belah tangannya, menggayakan body yang digambarkan. “Kalau budak tu, bolehlah. Ini alah…”

Ketawa Fuad semakin kuat bila melihat gaya Nik bercerita.

“Alah, perempuan sekarang jangan cari yang cantik sangat Nik, nanti kita yang sakit. Maintenance dia aja dah buat kocek kita kopak.” Fuad bercakap perlahan.

Nik Arif tersengih-sengih.

“Aku baru dapat offer di Shah Alam. Tapi malas nak pergi,” Nik Arif menguap perlahan.

Jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul sebelas tiga puluh minit malam.

“Bagus gajinya?”

“Boleh tahan, cecah ten thousand per month.” Nik Arif mendepangkan tangannya.

“Syarikat perkapalan juga?”

Nik Arif mengangguk.

“Based dekat mana?” Tanya Fuad.

“Foreign punya. Based dekat Jerman,” jawab Nik Arif perlahan.

Dia sudah meneliti tugasan kerjanya sebelum menolak. Dia malas menerima kerana terpaksa kerap keluar negara. Dia teringatkan maknya. Dia tidak mahu meninggalkan emaknya terlalu kerap. Lagipun kakaknya sudah berpindah ke Perlis.

“Lebih kurang syarikat aku sekarang. Lagipun bagus, aku dah tahu selok belok kerja.” Nik Arif berkata perlahan.

Dahulu dia bekerja di Syarikat Perkapalan Maju. Kemudian dia keluar negara selama tiga tahun. Bila balik, dia dinaikkan pangkat menjadi pengurus operasi.

“Lagipun bond dengan syarikat aku ada tiga tahun lagi. Sebab dia orang hantar aku keluar negara, aku kena habiskan. Kalau tak, aku kena bayar balik!”

“Alah, tunggulah sampai tiga tahun. Aku duduk dekat syarikat saham tu dah tujuh tahun.” Fuad berkata perlahan.

Nik Arif ketawa kecil.

“Tak apalah tapi tiap tahun pangkat naik. Tiap tahun tukar kad.”

Fuad ketawa lalu menepuk bahu Nik Arif. “Esok kau tak kerja ke, dah hampir pukul dua belas ni. Esok pagi bangun, mata mesti tak boleh celik punya.”

Fuad memanggil pelayan kedai kemudian membayar duit makanan dan minuman mereka.

“Esok jumpa lagilah.” Nik Arif menepuk bahu Fuad. Dia kemudian memandu pulang ke rumah.

Ketika dia sampai, Hajah Mimah masih belum tidur. Sedang menjahit leher baju kurungnya.

“Baru balik Nik, kamu tak kerja ke esok?” Tanya Hajah Mimah.

Nik Arif hanya tersengih. Dia terus berjalan ke dapur. Membuka peti ais, mengambil sekotak air oren. Dia membuka tudung saji. Melihat ada dua keping tauhu sumbat. Dia menyambar sekeping, mengisi kuahnya dan terus memasukkan ke dalam mulut. Kemudian dicapainya sekeping lagi dan diisikan kuahnya. Dia membawa tauhu sumbat tersebut dengan air oren ke ruang tamu.

“Apa kena kamu ni, macam orang kebulur aja. Kamu keluar tak makan ke?” Tanya Hajah Mimah.

Dia merenung Nik Arif yang leka mengunyah kemudian memasukkan sekeping lagi tauhu sumbat ke dalam mulutnya. Dia memerhatikan kelakuan anak bujangnya itu.

“Makan mak… dah memandu balik, lapar pula. Bila emak buat tauhu sumbat ni? Sedap. Dah lama Nik tak makan.”

Hajah Mimah tersengih. Baru kau tahu, desis Hajah Mimah. Dia tidak menjawab tetapi hanya merenung Nik Arif yang sudah selesai menghabiskan makanannya. Sekarang sedang enak menyedut minumannya pula.

“Sikit sangat mak buat. Nik pun dah lama tak makan benda-benda macam ni. Lain kali buatlah banyak sikit.” Nik Arif merenung televisyen di hadapannya.

Tersenyum Hajah Mimah mendengar kata-kata Nik Arif.

“Budak yang kamu cakap nak pikat kamu tu buat. Sedapkan?” Hajah Mimah mengejek.

Nik Arif hampir tersedak dibuatnya. Dia mengurut dadanya. Kemudian ketawa kecil.

“Alah… jangan-jangan kawan dia tu yang buat.” Nik Arif mengejek.

“Budak June tu? Kalau tak pukul sembilan sepuluh… tak balik! Mana sempat dia nak buat?” Ejek Hajah Mimah lagi.

Nik Arif merenung mamanya.

“Kalau nak bagi orang pun, bagilah banyak sikit. Ini… kedekut betul!” Sungut Nik Arif.

Hajah Mimah ketawa mendengarnya. Kepalanya digelengkan.

“Kamu ni pelik betul, dalam mengata tu muka tak tahu malu juga.”

Nik Arif ketawa besar mendengarnya.

“Makan mak.. buat apa nak tolak. Nik nak masuk bilik. Nak tidur. Selamat malam mak!”

Nik Arif tunduk mencium pipi Hajah Mimah.

Hajah Mimah membalasnya.

Hajah Mimah mengeluh perlahan. Dia terlalu sayangkan Nik Arif dan pada masa yang sama dia berharap dia dapat bermenantukan Atiqah. Namun apa yang hendak dikata, Nik Arif sudah menolak Atiqah mentah-mentah!

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - 3

BAHAGIAN 3


ATIQAH leka menekan butang komputernya apabila telefon di meja berbunyi. Dia mengangkat perlahan. Pagi itu hanya tinggal dia sahaja di pejabat. Bekerja di bahagian pemasaran menyebabkan dia selalu ditinggalkan.

“Ya.. selamat pagi. Faizal, dia keluar jumpa pelanggan Tuan Ahmad, ada apa-apa pesanan?” Atiqah bertanya perlahan. Dia mengangkat kening. Dia tahu suara itu ialah suara Tuan Ahmad, bapa kepada Faizal. Tuan punya syarikat tersebut.

“Tak apalah, cakap saya call. Suruh dia call balik.” Suara Tuan Ahmad agak keras.

Atiqah menelan air liur.

“Baik encik, nanti saya sampaikan.: Atiqah berkata perlahan.

“Badrul ada?” Tanya Tuan Ahmad.

“Tak ada... dia keluar sekejap. Ada demo dekat Shah Alam. Tuan Ahmad nak pesan apa-apa?” Tanya Atiqah perlahan.

Dia kurang menyukai Tuan Ahmad. Lelaki itu tampak ego dan air mukanya agak bengis.

“Bila dia balik?” Tanya Tuan Ahmad lagi.

“Tak pasti, Tuan Ahmad.” Jawab Atiqah. Dia mendengar Tuan Ahmad merengus perlahan.

“Kalau tak pasti, macam mana nak tinggalkan pesan?” Sergah Tuan Ahmad.

Atiqah terkulat-kulat.

“Tak apalah, cakap dengan Faizal, call saya balik. Beritahu dia, bakal tunangnya nak balik minggu ni.”

Atiqah menelan air liurnya selepas meletakkan telefon. Bakal tuning? Faizal hendak bertunang? Entahlah! Dia sendiri tidak tahu walaupun sejak akhir-akhir ini dia amat rapat dengan Faizal. Mungkin dia sahaja perempuan yang belum berkahwin di situ. Ditambah pula satu-satunya perempuan Melayu. Faizal pula selalu berada di pejabat. Dia banyak membantu Faizal. Atiqah perasan yang Tuan Ahmad kurang menyenanginya. Tuan Ahmad ingat dia ada hubungan dengan Faizal. Huh! Tak ingin aku bapak mentua yang sombong macam tu, desis hati Atiqah.

“Beritahu dia, bakal tunangnya nak balik minggu ni.” Atiqah mengejek caka-cakap Tuan ahmad. Dia kemudian ketawa kecil memandang sekeliling, takut-takut orang mengatakannya tidak betul kerana ketawa sendirian. Dia tidak perasan Faizal yang baru muncul di hadapannya.

“Hai saying, kenapa cakap seorang diri ni?”

Atiqah mencebir.

Faizal ketawa. Meletakkan tiket tol dan parking atas meja Atiqah.

“Tolong claimkan Iqa.” Minta Faizal.

Atiqah mengangguk.

Walaupun syarikat tersebut adalah syarikat Faizal, Faizal tetap mengikut peraturan. Atiqah melihat tiket tol dan parking yang diberi., diletakkan di dalam fail plastic. Dia takut dia terlupa nanti.

“Ada apa-apa pesanan, Iqa?” Tanya Faizal apabila sudah selesai menulis di buku keluar masuk di hadapan Atiqah.

“Ayah you telefon. Dia suruh call balik. Ada berita baik katanya.”

“Berita apa?”

Faizal sedang mengangkat begnya dari atas meja Atiqah mengangkat muka. Dia merenung Atiqah yang tersenyum. Senyuman Atiqah selalu menyenangkannya.

“Berita baik apanya?” Dia bertanya sekali lagi sambil ketawa. “Tunang you nak balik minggu ni. Calllah dia balik!”

Wajah Faizal berubah. Dia merenung Atiqah yang tenang.

“Tunang? Bila masa I bertunang ni pula Iqa!” Faizal mengusik Atiqah yang hanya mengangkat kening. Masakan Faizal tidak tahu siapa perempuan yang dimaksudkan oleh ayahnya itu.

“La.. masakan you tak tahu, ataupun pura-pura tak tahu?” Atiqah menyindir sambil ketawa.

Faizal terkebil-kebil melihat wajah Atiqah yang kelihatan agak serius.

“Entahlah... ayah tu bukan boleh dipercayai sangat, Iqa.” Faizal berkata sambil menelan air liurnya.

Dia tiba-tiba teringatkan perempuan yang pernah diperkenalkan kepadanya. Itu tentu Kasmah, anak sahabat ayahnya. Lama betul dia berdiri di hadapan Atiqah namun Atiqah tekun menghadap komputernya.

“Tak apalah Iqa, nanti I call ayah. Ayah tu bukan boleh pakai sangat.” Faizal berkata perlahan apabila dia melihat Atiqah tidak membuat sebarang komen. Dia kemudian masuk ke bilik pejabatnya. Tanpa berlengah, dia menekan butang telefon untuk menelefon ayahnya.

“Ayah... call tadi?” Tanya Faizal apabila mendengar suaranya.

“Hem.. ayah nak beritahu, Kasmah nak balik minggu depan. Ayah nak kamu get ready beli barang-barang untuk bertunang.”

Faizal menelan air liurnya. Ayahnya tak habis-habis mendesak. Dia benar-benar pelik. Kenapa ayahnya begitu tergesa-gesa menyuruh dia bertunang?

“Tapi saya belum setuju lagi ayah!” Faizal berdalih. Dia mendengar ayahnya merengus. Keras bunyinya. Selama ini ayah selalu mengatur hidupnya. Dia tidak pernah diberi kepercayaan untuk membuat keputusan sendiri.

“Apa nak tunggu setuju tak setuju. Mama dia dah suka, dia pun dah suka kamu. Kamu nak tunggu apa? Ayah dengar sejak akhir-akhir ni kamu baik sangat dengan kerani kamu tu? Ayah nak beritahu kamu yang ayah tak suka dengan dia.”

Faizal menelan air liurnya lagi. Pahit. Dia menyukai Atiqah kerana Atiqah baik, bijak dan suka bergurau. Apa salahnya dia berkawan dengan Atiqah? Dia tidak tahu sama ada dia cintakan Atiqah ataupun tidak, Cuma yang di tahu dia amat terhibur ketika bersama Atiqah. Kenapa ayahnya tidak habis-habis membabitkan Atiqah dalam hal ini?

“Ayah... saya cuma kawan aja dengan dia. Dia selalu ada di pejabat dan banyak membantu syarikat kita ni yang baru mula nak hidup. Dia banyak sokong kita ..?” Perlahan Faizal bercakap. Dia tidak suka ayahnya mengata Atiqah. Dalam hal ini Atiqah tidak bersalah.

“Apa yang dia dah tolong? Dia Cuma kerani! Tak boleh buat apa, tak membantu... otak dia bukan bagus sangat.” Keras suara Tuan Ahmad.

Faizal mengeluh perlahan. Memang pada dasarnya Atiqah hanya seorang kerani tetapi gadis itu begitu cekap dan bijak. Dia boleh melayani pelanggan dengan baik dan boleh mengendalikan kerja pejabat dengan baik. Ramai pelanggan amat menyenangi gadis tersebut.

“Kamu tu jangan lupa, ayah Kasmah dah banyak tolong kita. Ayah tak mahu dapat malu!”

Faizal meraup mukanya. Dia tidak tahu apa-apa tentang ayah Kasmah. Ayahnya selalu mengatakan yang mereka terhutang budi dengan ayah Kasmah. Dia sendiri tidak mengerti ayahnya berhutang apa dengan ayah Kasmah.

“tengoklah dulu ayah... Nanti Faizal timbangkan.” Faizal berkata perlahan. Malas dia mahu bertengkar dengan ayahnya. Ayahnya seperti seorang jeneral yang tidak boleh ditolak pendapatnya. Bagi ayah, pendapat dia sahaja yang boleh dipakai, yang betul. Pendapat orang lain semuanya ditolak ke tepi. Dia bukan tidak kenal dengan ayahnya. Kalau putih kata ayah, maka tidak mungkin ada sesiapa lagi yang boleh membantah.

“Jangan tengok-tengok Faizal, ayah mahu kamu setuju dan ayah tak mahu tengok kamu rapat lagi dengan kerani kamu tu!”

Kata-kata tersebut Faizal rasakan seperti satu amaran yang mesti dipatuhi. Amaran yang harus dituruti jika tidak ingin menyusahkan diri.

“Ayah mahu pertunangan ini dijalankan segera. Kahar, ayah Kasmah dan setuju. Jangan kamu pula yang mengada-ada menolak. Dan ingat, kalau kamu masih nak rapat dengan kerani kamu tu, tahulah ayah mengajarnya.”

Faizal mengetap bibir. Geram. Kenapa ayahnya tidak habis-habis mahu mengawal kehidupannya? Dia merasa begitu sakit hati dan yang paling dia tidak faham kenapa ayahnya tidak sukakan Atiqah. Adakah kerana Atiqah hanya kerani maka Atiqah tidak berhak disayangi?

“Faizal tak cakap Faizal nak tolak... Faizal dah lama tak jumpa dia. Mungkin Faizal akan sukakan dia. Tapi ayah janganlah kaitkan Atiqah dalam hal ni!” Faizal cuba membela Atiqh.

Ayahnya tidak pernah senang dia berbaik dengan Atiqah. Walau Atiqh hanya kerani, gadis itu cerdik, pandai bergaul dan bijak berfikir.

“Ayah tak mahu apa-apa alasan daripada kamu. Ayah mahu kamu ikut cakap ayah. Kita ena jaga perniagaan kita.”

Faizal mengeluh lemah. Dia tidak tahu sama ada dia dapat menerima kata-kata Tuan Ahmad atau tidak. Lama dia termenung dan kemudian dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Meletakkan gagang telefon yang telah lama sunyi.

DATUK MARZUKI mahu membuat pukulan di driving range ketika Tuan Ahmad sampai. Dia memberhentikan pukulannya apabila melihat Tuan Ahmad masuk sambil menarik beg golfnya. Lalu membalas lambaian Tuan Ahmad.

“Dah lama sampai Datuk?” Tnya Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki mengangguk.

“Lama tak nampak awak, Mad. Ke mana awak?”

Tuan Ahmad berdiri di sebelah Datuk Marzuki sambil mengesat peluhnya.

“Banyak kerja yang nak diuruskan. Lagipun ekonomi sekarang tenga teruk. Kenalah kerja keras sikit. Ada masalah yang harus diatasi dengan segera.” Tuan Ahmad berterus terang.

Sebenarnya dia tidak mahu menimbulkan cerita tentang syarikatnya. Namun bila Datuk Marzuki bertanya, dia tidak tahu kenapa itu yang dicakapnya. Datuk Marzuki seorang ahli perniagaan yang terkemuka dan sejak akhir-akhir ini kerap keluar di surat khabar. Manalah tahu nanti dia ada peluang untuk menjalankan perniagaan dengan lelaki tersebut.

“Yalah, waktu sekarang memang kita terpaksa bekerja keras. Business awak macam mana?” Tanya Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad mendepangkan tangannya. Mengeluh perlahan. Ini peluang untuk dia memajukan perniagaannya.

“Maju memang maju Datuk, tapi tau-tau ajalah sekarang. Pusingan modal terlalu susah nak dapat. Susah nak cakap.”

Datuk Marzuki mengeluh perlahan. Lelaki itu sudah mula mengeluarkan kayu golf dari begnya, mencuba-cuba untuk memukul. Datuk Marzuki menganguk dan kemudian bahu Tuan Ahmad perlahan.

“Kamu ada masalah ke?” Tanya Datuk Marzuki lagi. Tuan Ahmad berpura-pura diam, mahu menarik perhatian Datuk Marzuki. Ada beberapa buah syarikatnya yang mengalami masalah termasuk Syarikat Komputer Tegas. Permintaan bagi komputer memang banyak. Selain mengambil tender untuk bank, kerajaan dan pihak swasta, syarikat tersebut juga menjual komputer untuk orang perseorangan. Tender yang didapati masih banyak tetapi bayaran amat apayah untuk didapati terutama daripada pihak swasta.

“Marilah kita minum, manalah tahu kita boleh berbincang. Mungkin saya boleh tolong.”

Tuan Ahmad akur dengan kata-kata Datuk Marzuki. Ini adalah peluang untuk dia mencari rakan kongsi yang baru. Dia tahu sejak akhir-akhir ini Datuk Marzuki menceburkan diri dalam bidang komputer. Tentu ada imbuhan yang baik dalam perniagaan mereka nanti.

“Kamu nak buat perniagaan apa lagi Mad?” Datuk Marzuki bertanya apabila mereka berdua sudah menghadap minuman di dalam Kelab Golf Taman Ehsan itu.

“Tak adalah Datuk, ada beberapa peluang perniagaan yang saya Nampak. Tapi modalnya tak berapa cukup. Lagi satu saya ingat nak tolong besarkan syarikat komputer anak saya. Syarikat pembinaan saya kirang sedikit jalannya sekarang. Cuma syarikat komputer yang dapat membantu saya. Kilang perabot sekarang dah kurang tempahan. Jadi saya ingat, saya nak besarkan syarikat komputer saya ajalah. Selain perniagaan komputer dah bertambah maju. Lagipun baru-baru ini kementerian pendidikan dah umumkan nak tubuhkan smart school. Boleh cuba untuk dapat tender hantar komputer ke sekolah-sekolah. Kami nak buat untuk networking sekali!” Tuan ahmad berterus terang.

Datuk Marzuki yang sedang mengacau kopi, menganggukkan kepala. Dia sendiri baru-baru ini menceburkan diri dalam perniagaan komputer. Membuka kilang komputer untuk pasaran luar negara.

“Bagu rancangan nak buat networking. Buka learning centre sekali. Buat branch seluruh Malaysia.” Cadang Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad tersenyum mendengar cadangan tersebut. Belum dia menyebutnya, Datuk Marzuki sudah bercerita.

“Anak kamu yang menguruskan syarikat komputer tukan?” Tanya Datuk Marzuki.

Tuan Ahmad mengangguk. Dia melihat Datuk Marzuki mengeluh perlahan.

“Untung kamu Mad, ada anak yang nak uruskan syarikat kamu. Macam saya ni, entahlah...” Datuk Marzuki terbayangkan anak tunggalnya yang sudah lama menghilangkan diri. Puas dia mencari. Kali terakhir dia bercakap dengan anaknya, setahun yang lepas apabila anaknya itu memarahinya kerana berkahwin lain.

“Datukkan ada seorang anak?” Tanya Tuan Ahmad perlahan.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Memang ada Mad, tapi susah nak jumpa. Budak-budak sekarang, bukan dengar kata sangat.” Keluh Datuk Marzuki.

Kali terakhir dia mendengar berita tentang anaknya, ketika anaknya itu keluar negara. Ke tempat bekas isterinya. Lepas itu dia tidak tahu. Puas juga dia mencari tetapi anak tunggalnya tidak ditemui.

“Memanglah Datuk, tak macam kita dulu. Dengan emak bapak bukan main hormat dan takut. Budak-budak sekrang tak tahu nak cakap. Anak saya pun hanya seorang yang mendengar kata... Yang sulung kahwin dengan mat salih, dah balik ke Englan. Kemudian yang perempuan, dah kahwin kena duduk rumah. Tinggal yang bongsu ni ajalah.” Kata Tuan Ahmad.

Pertama kali dia berjumpa dengan Datuk Marzuki ketika berlangsungnya seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Bumiputera. Mereka bertukar kad, kemudian sama-sama berkongsi kegemaran. Datuk Marzuki suka bermain golf, begitu juga dengan dirnya. Datuk Marzuki seorang pemain yang agak bagus. Rajin turun ke padang. Kadangkala seorang diri dan kadangkala dengan isterinya, sorang pembaca berita televisyen yang terkenal.

“Entahlah Mad, anak kamu dah kahwin?” Tanya Datuk Marzuki. Sejak akhir-akhir ini dia tidak tahu kenapa dia teringatkan anak tunggalnya itu.

“Belum tapi saya ingat nak jodohkan dengan anak kenalan saya.” Perlahan Tuan Ahmad berkata apabila dia melihat Datuk marzuki mengangguk.

Tuan Ahmad teringatkan Faizal yang nampaknya kurang setuju dengan cadangannya mahu dijodohkan dengan anak teman baiknya.

“Baguslah... Kalau anak saya jenis yang mendengar cakap, boleh kita jodohkan mereka berdua. Anak saya tu payah sikit. Dia lebih suka dengar cakap mamanya daripada saya.” Datuk Marzuki seolah-olah mengeluh.

Tuan Ahmad hanya tersenyum. Kelat. Dia tahu kisah Datuk Marzuki yang kerap bertukar isteri. Mungkin sebab itu anaknya marah dan melarikan diri.

“Dia di mana sekarang, Datuk?” Tanya Tuan Ahmad perlahan. Dia tertarik dengan cerita Datuk Marzuki.

Datuk Marzuki menggeleng. Dia sendiri tidak pasti di mana anak tunggalnya berada. Mungkin masih di New Zealand bersama mamanya.

“Tak tahulah... Anak saya ni pelik sikit. Sejak saya bercerai dengan mamanya, dia lebih suka bersama mamanya. Lagipun bekas isteri saya sekarang berada di luar negara. Tahu ajalah...” Cerita Datuk Marzuki. Terlalu perlahan suaranya sehingga hamper tidak kedengaran.

Tuan Ahmad tidak jadi menyambung bicara. Dia dapat melihat wajah Datuk Marzuki yang agak muram apabila bercerita tentang anaknya itu. Dia dapat melihat kekesalan di wajah Datuk Marzuki.

“Anak awak sekarang utuskan syarikat komputer tu?” Tanya Datuk Marzuki apabila suasana sepi buat seketika.

Tuan Ahmad mengangguk. Dia rasa Datuk Marzuki sudah bertanyakan perkara itu sebentar tadi.

“Suruhlah dia datang jumpa saya atau wakil syarikat awak berjumpa dengan saya. Mungkin ada yang boleh saya bantu nanti. Manalah tahu..” Beritahu Datuk Marzuki.

Bercahaya mata Tuan Ahmad mendengarnya. Bibirnya memekar senyuman. Inilah peluang baik bagi diri dan perniagaannya.

“Tak menyusahkan Datuk nanti?” Tanya Tuan Ahmad.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Apa nak susah pula. Kalau boleh saya bantu, saya bantu. Lagipun siapa yang nak bantu orang Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri!”

Tuan Ahmad ketawa. Gembira dia mendengar cadangan Datuk Marzuki. Baginya peluang untuk menjalankan perniagaan dengan Datuk Marzuki amat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini Datuk Marzuki menjadi semakin popular.

Keluarga Burger

 Tertarik dengan berita kat Harian Metro hari ni tentang adik beradik yang menjual burger di tepi jalan. Ok apa meniaga burger, dari meniaga benda lain yang bukan-bukan dan tidak ada faedahnya.
Sebenarnya Ain suka sangat makan burger yang di jual kat gerai tepi jalan ni daripada burger McD ke, KFC ke, apa-apa jelah yang sewaktu dengannya.
Dan burger yang paling sedap yang pernah Ain makan, burger yang adik Ain buat masa dia tolong kawan dia meniaga burger dulu. (Sekarang tak lagi, tapi kalau teringin boleh minta dia buatkan). Yang istimewanya ada antara bahan untuk menyediakan burger tu dibuat sendiri macam mayonis.
So, apa ada hal kalau jual burger tepi jalan sekali pun, janji masyukkkkkkkk...

Bang, kuih hijau ada?

Sudin : bang,ada kuih hijau?


Penjual : maaf dik, sini tak jual kuih hijau..

(Keesokannya Sudin datang lagi)
...

Sudin : ada kuih hijau, bang.?

Penjual : Tidak ada.!!!

(Keesokannya lagi, Sudin datang lagi)

Sudin : kuih hijaunya dah ada, bang.??

Penjual : Tak ada.!! besok kalau kamu tanya aku kuih hijau lagi, aku ikat kamu, lepastu aku paku kamu kat pokok seberang jalan sana tu..faham!

(Sudin terfikir sesuatu, sambil mengangguk2 kepalanya lalu terus pulang tapi besoknya Sudin datang lagi)

Sudin : bang, ada tali.?

Penjual : haaaa...mcm tu la.. tanya yg lain....tapi sorry, tali tak ada.. :p

Sudin : paku bang,?

Penjual : pun tak ada.. :p

Sudin : oh alhamdulillah… bang ada kuih hijau..?? (Caboot lariiiiii...)

Penjual : %^%$%$#$@$%!

Mentafsir Mimpi tentang Pakaian Dan Perhiasan

1. Mimpi membeli pakaian


• Janganlah terlalu banyak berfikir tentang perkara yang akan datang.

2. Mimpi anda tidak berpakaian

• Anda akan didatangi masa buruk yang tidak diduga sama sekali

3. Mimpi memakai pakaian seorang janda

• Anda akan hidup berumur panjang

4. Mimpi memakai pakaian rumah yang agak kotor

• Anda akan dapat menyalin pakaian yang baru lagi

5. Mimpi menjahit pakaian sendiri

• Anda akan dapat menemui kenalan atau cinta yang baru

6. Mimpi baju koyak

• Akan datang kematian atau kesusahan besar terhadap salah seorang dari ahli keluarga.

7. Mimpi mendapat baju besar

• Akan perolehi keuntungan atau naik pangkat.

8. Mimpi kehilangan baju

• Akan bersusah hati

9. Mimpi memakai topi

• Kedudukan anda selama ini tidak juga naik-naik akan segera meningkat.

10. Kehilangan topi

• Anda akan kehilangan dan ketiadaan lagi pekerjaan sebagai sumber hidup anda.

11. Mimpi berbaju hijau

• Akan mendapat keberkatan dari Tuhan

12. Mimpi memakai baju putih

• Anda akan diperkatakan buruk atau jahat oleh orang lain.

13. Mimpi berpakaian baju sulaman atau berenda.

• Anak cucu anda akan memperolehi rezeki.

14. Mimpi memperolehi sapu tangan

• Akan timbul perselisihan atau pertengkaran baik terhadap isteri mahupun suaminya atau bagi pemuda terhadap teman-temannya.

15. Mimpi mendapat selimut yang baik

• Anda akan memperolehi sedikit kekayaan

16. Mimpi emas (dalam bentuk apa saja)

• Anda akan mengahadapi kesejahteraan hidup atau kekayaan.

17. Anda bermimpi berpakaian indah atau cantik.

• Anda mestilah berhati-hati dalam dua tiga hari sesudahnya kerana wang yang anda kumpulkan sekian lamanya akan berkurangan, tanpa diketahui kemana perginya dengan demikian anda sukar unruk meneruskan kehidupan.

18. Mimpi menjual kain

• Anda akan beruntung dalam sesuatu usaha yang dijalankan.

19. Mimpi membeli kain

• Bertambah sahabat karib

20. Mimpi memberikan kain kepada orang miskin.

• Anda akan mendapat hadiah yang tidak perlu dicati-cari.

21. Mimpi memakai gelang tangan.

• Alamat akan terpesong segala kehendak anda yang pernah dicita-citakan.

22. Mimpi diberi keris

• Mendapat jodoh atau teman hidup yang baik

23. Mimpi memakai tali pinggang emas

• Akan panjang umur

24. Mimpi memakai gelang

• Kehidupan akan normal.

25. Mimpi member gelang

• Pekerjaan anda akan mengalami halangan.

26. Mimpi memakai rantai leher atau seseorang datang member rantai leher

• Anda akan mempunyai suami yang tulus hati dan berbusi pekerti yang baik sekali.

27. Mimpi memecahkan cermin mata

• Anda akan menderita suatu pekerjaan walaupun sederhana

28. Mimpi memakai cermin mata sedangkan kebiasaan anda tidak bercermin mata.

• Anda akan menghadapi perselisihan disebabkan salah faham.

29. Mimpi memakai sarung tangan

• Dalam pemilihan anda akan Berjaya

30. Mimpi keliru memakai sarung tangan

• Anda akan banyak keliru dalam segala hal.

31. Mimpi menjahit sarung kaki

• Anda akan mengalami kesukaran yang besar walaupun pada mulanya masalah yang dihadapinya itu kecil saja.

32. Mimpi kehilangan kemeja

• Anda akan mengalami kerugian besar dalam perniagaan yang sedang dijalankan.

33. Mimpi sedang memakai kemeja

• Anda akan dibantu dalam sesuatu usaha

34. Mimpi membuka kemeja

• Anda akan mengalami pergaduhan dalam banyak perkara.

35. Mimpi memegang kipas

• Anda akan mendapat kegembiraan sesudah beberapa ketika anda bersusah payah.

36. Mimpi melihat atau memakai paying

• Baik, iaitu sahabat yang datang menolong anda dalam mencari rezeki.

37. Mimpi memakai pedang atau menggunakannya

• Di dalam usaha aka nada orang yang berikhtiar memesongkannya.

38. Mimpi memakai atau melihat pen atau ballpen.

• Anda akan bergembira dalam kekosongan yang akan datang.

39. Mimpi memakai topi

• Akan menemui kejayaan

40. Mimpi topi itu hanya dipegang

• Dalam soal perniagaannya mesti banyak menggunakan diplomasi barulah mendapat kejayaan.

41. Mimpi merokok

• Anda akan Berjaya dalam segala rencana yang dirancang.

42. Mimpi melihat asap rokok orang lain.

• Anda akan segera mendapat khabar gembira.

43. Mimpi kasut

• Anda akan mendapat kemajuan dalam rumahtangga.

44. Mimpi menemui sapu tangan

• Anda akan menemui seorang sahabat baru.

45. Mimpi kehilangan sapu tangan

• Anda akan menemui kesukaran

46. Mimpi melihat atau memakai selendang dileher

• Anda akan menerima khabar gembira dan bahagia.

47. Mimpi selimut koyak

• Anda akan terlibat dalam kesukaran kerana perbuatan anda yang lama.

48. Mimpi mendapat kasut

• Akan dapat budak yang baik

49. Mimpi kasut tiba-tiba koyak atau rosak.

• Akan ada keluarga yang ditimpa sakit.

50. Mimpi kehilangan kasut

• Pembantu anda akan melarikan diri

51. Mimpi mendapat kasut yang kemudian sebelahnya terlepas.

• Pembukaan atau pembantu tidak jadi

52. Mimpi melihat selembar serban

• Alamat sangat baik

53. Mimpi pakaian atau topi dibersihkan dengan berus

• Anda akan mendapat kedudukan yang pernah diamanahkan kepada anda.

54. Mimpi menyikat rambut atau memberus gigi

• Anda akan membuat perubahan yang akan baik.

55. Mimpi memakai pakaian sutera

• Jika yang bermimpi bujang maknanya ia akan berkahwin dengan seorang yang kacak atau cantik, jika sudah berkahwin, maknanya akan menerima harta warisan yang banyak jumlahnya,

56. Mimpi diberi cincin

• Bererti anda akan kahwin cepat

57. Mimpi kehilangan cincin.

• Anda mestilah berwaspada dalam menghadapi sesuatu

58. Mimpi memakai topi

• Anda akan diminta untuk menerima jawatan baik yang sekian lama anda inginkan.

59. Mimpi melihat seorang wanita memakai tudung tebal.

• Janganlah menggunakan pertimbangan sendiri untuk ingin merencanakan sesuatu usaha atau hubungan social.

60. Mimpi menjatuhkan pin rambut

• Anda akan menerima sejumlah wang yang selama ini selalu diingini.

61. Mimpi pin rambut

• Sangat baik

62. Mimpi memakai wangi-wangian yang harum

• Suatu tanda akan berjayanya cinta dan perkahwinan akan berbahagia.

63. Mimpi barang perhiasan hilangmasuk telaga

• Sesuatu kejadian yang tidak diduga-duga dan disa

HRMIS lagi

Pagi ni sampai ofis agak awal. Misi utama nak buka HRMIS nak selesaikan kerja yang tertangguh dek talian tak berapa ok semalam. Tapi apa yang Ain dapat pagi ni sungguh mengecewakan.... aduh tolong lah HRMIS oiiii....
Tengok lah apa yang keluar... sedey tau... Dah hujung tahun ni lagi nak guna benda alah ni... Tolongggggggggg

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff