my nuff

Sejarah Burger

HistoRY BurGER....Perlu tahu asal-usul mana datang name Burger ni...HAHAH


Siapa yg mula mula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?

Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mula buat Burger Dale (Begedil)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?

Jawapan: Burger Rack (Bergerak)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?

Jawapan: Burger Tar (Bergetah)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?

Jawapan: Burger Ma (Bergema)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?

Jawapan: Burger Load (Bergelut)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?

Jawapan: Burger Gar (Bergegar)

Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?

Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

KALAU LELAKI...


kalau lelaki kacak pendiam,
perempuan akan cakap:wow! cool gila!
kalau lelaki tak kacak pendiam,
perempuan akan cakap: Eleh! perasan bagus..

kalau lelaki kacak bawa kereta BMW,
perempuan akan cakap: Hebat luar dalam!
kalau lelaki tak kacak bawak BMW,
perempuan akan cakap: Bang, mana bosnya?

kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen!
kalau lelaki tak kacak menuang air ke gelas perempuan,
perempuan akan cakap: Naluri seorang pembantu memang begitu.

kalau lelaki kacak ditinggal kekasih,
perempuan akan cakap: Jangan sedih saya ada..
kalau lelaki tak kacak di tinggal kekasih,
perempuan akan cakap: Memang patut pun.(sambil tengok atas bawah berkali-kali).

kalau lelaki kacak berbuat jahat,
perempuan akan cakap: Nobody's perfect.
kalau lelaki tak kacak berbuat jahat,
perempuan akan cakap: memang muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki kacak menolong perempuan cantik,
perempuan akan cakap: Machonya..macam hero filem!
kalau lelaki tak kacak menolong perempuan cantik,
perempuan akan cakap: Entah-entah tadi tu kawan dia..

Mahal ke????

LELAKI: saya nak bagi rm6000 unt hantaran awak


Perempuan: rm6000???semurah itukah saya???

L: errrmmm...ok...rm10 ribu

P: kalau rm10 ribu....rantai leher saya pom rm10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher??yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama??

L: ok..!!....rm20 ribu

P: kereta VIVA saya berharga 40 ribu....bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak

L: ok...rm50 ribu

P: adakah itu harga saya???bangunan KLCC tupun berharga jutaan ringgit...

L: ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!

P: ...diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak x dapat nak BELI....cukuplah awak bagi rm100 ringgit sahaja....bukan kerana harga saya....tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kahwen~

Ya Allah...

Kelebihan Membaca Al Quran

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dari Muaz al-Juhani telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. 'Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari kiamat. Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dari Sa'id Salim secara Mursal telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w 'Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."

Hadis lain daripada Uthman Ibn Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."

Filem Istanbul Aku Datang - Buat Ain Tersenyum

Akhirnya Ain dapat juga tengok filem n sepenuh nya.. Jenuh gak nak curi masa semata-mata nak tengok citer ni kan... Tapi nape Ain beria-ia sangat nak tengok cerita ni.
Sebab utamanya :
1. ada Beto Kusyairi - pelakon poooojjaaaaaaan hatiku (hehehe poyo je kan)
2. nak tengok buah tangan Benard Chauly yang ni plak (sebab gol & gincu ngan pisau cukur... best sangat).

So, berbalik kepada filem Istanbul Aku Datang... Ok terus terang Ain cakap, filem ni filem ringan saja. Sesuai untuk ditonton bila mana kita tengah tension atau susah hati... Confirm bleh hilang masalah...

Watak-watak utama
Lisa Surihani sebagai Dian - memang lain dari watak2 yg pernah dilakonkan sebelum ni.
Beto Kusyairi sebagai Haris - tak dapat dinafikan, lakonan Beto sentiasa bersahaja. sukaaa sangat....
Tomok sebagai Azad - Thumbs up untuk pelakon baru macam Tomok, menjadi.....

Scene yang tak boleh lupa
Bila Haris cucikan rambut Dian lepas kena serang ngan awek Azad... hmmm... romantiknya

Kenapa filem ni dekat dihati
Sebab Dian dalam cerita ni ialah seorang blogger... apa yg berlaku dikongsikan dalam blognya...

Bila Dua Jiwa Sudah Sebati Tiada Apa Dapat Meleraikannya


BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff