my nuff

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 19

BAHAGIAN 19


ATIQAH mahu sahaja menjerit apabila membaca surat khabar pagi itu. Dia sedang mengemas barang-barang untuk dibawa ke New Zealand. Wajahnya terpampang di halaman tiga. Ada tercatat namanya dan ayahnya sekali. Hampir pitam dia membacanya.

“Perasmian Penggunaan komputer di Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Jihad. Program yang dianjurkan itu dikendalikan oleh dua orang wanita, Dahlia Dahlan dan Atiqah Datuk Marzuki. Munurut pengetua sekolah tersebut Cik Dahlia Dahlan, kana-kanan istimewa ini boleh diajar untuk menggunakan komputer jika diberi peluang. Rakannya Atiqah Datuk Marzuki yang menganjurkan supaya…. Celaka kau Dahlia!” Atiqah mengetap bibirnya geram. Ada gambarnya di situ.

Dengan pantas dia menelefon Dahlia namun tidak ada jawapan. Dia baru teringat Dahlia ada memberitahunya yang sekolah kanak-kanak istimewa tersebut akan ditutup sehari. Lama dia duduk dan berdiri dengan rasa tidak tentu arah.

Beberapa minit kemudian dia memandu ke sekolah Dahlia namun sekolah itu ditutup. Dia menjeritkan nama Dahlia. Dahlia tinggal di tingkat atas sekolah tersebut. Dilihatnya kereta Dahlia pun tidak ada di halaman. Lama dia berfikir sebelum beredar. Di mana mahu mencari Dahlia? Kalau dia mahu memarahi Dahlia sekarang pun tidak guna. Namanya sudah keluar di akhbar. Baru beberapa minit dia keluar dari perkarangan sekolah Dahlia, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mendengar suara ayahnya di telefon.

“Iqa nak ke New Zealand bila? Datang pejabat ayah sekarang!”

Atiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menukar arah ke pejabat ayahnya. Ketika dia sampai, Datuk Marzuki sedang menunggu. Datuk Marzuki tampak riang. Dia memeluk ayahnya.

“Ayah bangga dengan Iqa.” Datuk Marzuki mengunjukkan akhbar di hadapannya.

Atiqah menepuk dahinya.

“Mula-mula ayah tak perasan tapi bila beberapa orang kenalan ayang beritahu, ayah gembira Iqa.”

Atiqah mengetap bibirnya. Dia tidak kisah kalau namanya diletakkan tetapi bukan gambarnya. Cukup untuk membuat rakan-rakan yang mengenalinya berhenti untuk membaca. Ramai yang tidak tahu dia anak Datuk Marzuki kecuali Dahlia. Apa kata Nik Arif nanti, apa kata Hajah Mimah? Pening kepalanya. Dia benar-benar marah dengan Dahlia yang memungkiri janji.

“Mama Iqa pun tentu bangga dengan Iqa.”

Atiqah tidak menjawab. Dia melihat ayahnya begitu riang sekali. Kemunculannya atas nama kebajikan menyebabkan ayahnya mendapat nama.

“Kawan-kawan ayah menelefon mengatakan betapa bertuahnya ayah mendapat anak seperti Iqa.”

Atiqah menggigit bibirnya. Dahlia…Dahlia… Kenapa kau khianati aku macam ni? Dia berfikir dan terus berfikir.

“Iqa tak suka ayah…” Atiqah menjawab perlahan. Sakit hatinya dengan perbuatan Dahlia. Kalau dia berjumpa dengan Dahlia, tahulah nasib gadis itu.

“Kenapa tak suka? Bila ayah tengok gambar Iqa, ayah pula yang suka. Semua akhbar utama ada gambar Iqa. Bila nak buat projek baru?” Tanya Datuk Marzuki.

Atiqah merengus perlahan.

“Ayah boleh menyumbang nantu.”

Atiqah tidak menjawab. Menyumbang untuk mendapat nama? Dia bertungkus lumus mambantu Dahlia bukan bermakna dia mahukan nama. Dia suka dan gembira kerana komputer tersebut boleh digunakan dan dia kasihankan anak-anak istimewa tersebut.

“Iqa buat begitu bukan kerana nak gambar Iqa disiarkan ayah. Bukan Iqa nak dapat nama. Iqa langsung tak tahu apa-apa. Ini mesti kawan Iqa! Iqa sedikit pun tak ada buat apa-apa kenyataan. Pandai-pandai Dahlia aja!” Atiqah merengus geram.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Tak apalah… Sekurang-kurangnya memang Iqa yang buatkan projek tu dangan Dahlia bukan?” Datuk Marzuki memujuk.

“Ayah panggil Iqa buat apa?” Tanya Atiqah malas. Dia malas hendak membincangkan perkara ini. Menyakitkan hati sahaja.

“Saja sebab nak beritahu pada Iqa yang ayah bangga.”

Atiqah membeliakkan matanya. Kalau semata-mata sebab itu dia dipanggil, baik tak payah.

“Ayah nak kirim barang untuk mama Iqa.”

Datuk Marzuki menghulurkan sebuah kotak yang dibungkus rapi.

Atiqah mengerutkan dahinya. Pelik! Kenapa baru kini Datuk Marzuki mengingati bekas isteri pertamanya. Dalam ragu-ragu Atiqah menyambut juga kotak tersebut sambil menyindir.

“Apa ni ayah, bom?”

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Iqa ingat ayah nak bunuh mama Iqa? Set perhiasan macam yang ayah beri pada Iqa tempoh hari. Kenapa Iqa tak pakai?” Tanya Datuk Marzuki.

Atiqah tidak menjawab. Dia tidak mahu memakai perhiasan tersebut. Rimas! Dia bukan perempuan yang suka bermegah dengan barang-barang perhiasan. Dia hanya memakai sebentuk cincin permata kecil hadiah daripada mamanya.

“Takut hilang, ayah. Barang tu tentu mahalkan?”

Ketawa Datuk Marzuki mendengarnya. Lama wajah Atiqah direnungnya.

“Ayah beli untuk Iqa pakai. Buat apa disimpan?”

Atiqah tidak menjawab. Kalau dia menyatakan yang dia tidak suka dengan barang tersebut tentu ayahnya berkecil hati. Perhubungan dia dengan ayahnya bari sahaja mahu pulih.

“Ayah ada mesyuarat sekejap lagi Iqa. Kalau Iqa nak tunggu di bilik ayah, tunggulah.”

Atiqah tidak menjawab. Dia bangun dengan membawa sama kotak yang diserahkan oleh ayahnya sebentar tadi. Dia bangun memeluk ayahnya.

“Iqa nak pergi tourist agent sekejap, nak tanya pasal tiket.” Atiqah memberitahu Datuk Marzuki.

Iqakan boleh pakai agen ayah. Bila Iqa nak pergi nanti ayah suruh Mimi arrangekan.”

Atiqag menggeleng sambil ketawa kecil.

Please ayah… yang ni biar Iqa buat sendiri. Please!” Atiqah merayu. Dia tidak mahu Datuk Marzuki tahu di mana mamanya berada.

Datuk Marzuki mencium pipi anaknya sekali.

“Terpulang pada Iqa dan jangan lupa kirim salam pada mama Iqa.”

Atiqah mengangguk. Dia tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh ayahnya namun sejak akhir-akhir ini ayahnya selau bertanya tentang mamanya. Adakah ayahnya telah berubah ataupun sengaja untuk mengambil hatinya? Dia dapat melihat setiap kali Datuk Marzuki bercakap mengenai mamanya, wajah orang tua itu kelihatan begitu ceria dan gembira.

NIK ARIF mengerutkan dahinya apabila membaca akhbar hari itu. Dia merenung gambar Atiqah. Atiqah Datuk Marzuki? Beberapa kali kepalanya digelengkan. Tidak mungkin Atiqah anak Datuk Marzuki. Tetapi dia memang di akhbar tersebut ditulis Atiqah Datuk Marzuki.

Dia menggaru kepalanya beberapa kali. Masakan Atiqah anak Datuk Marzuki. Dia teringat dia bercerita tentang Datuk Marzuki dengan Atiqah. Namun tidak ada tanda-tanda yang Atiqah tertarik dengan cerita tersebut. Kerana kesibukan bermesyuarat dengan pelanggannya tengah hari itu, dia terlupa tentang Atiqah. Dia cuma teringat bila dia pulang dan melihat Atiqah sedang mengemas barang dan membasuh keretanya. Atiqah cukup rajin membasuh kereta.

“Hai Iqa!” Nik Arif menegur.

Atiqah hanya mengangguk. Merenung Nik Arif yang merapatinya, hati kecilnya berkata lelaki itu memang kacak dan segak. Petutlah June sukakan lelaki tersebut.

“Iqa buat apa ni?” Atiqah hanya ketawa. Sudah lama dia tidak mengemas kereta buruknya itu. Kereta yang dibelinya secara ansuran sejak setahun lalu itu telah banyak berjasa kepadanya.

“Nik Nampak gambar Iqa di akhbar pagi tadi. Kebetulan.”

Atiqah mengetap bibir. Darahnya berderau. Apa alasan yang mahu diberikannya kepada Nik Arif?

“Iqa pun ada tengok tapi buat malu aja. Ada ke nama ayah Iqa ada Datuk. Mentang-mentanglah Datuk Marzuki selalu keluar di akhbar, siapa aja ada nama Marzuki diletaknya Datuk!” Atiqah bercerita.

Nik Arif ketawa. Dia mahu mendengar penjelasan Atiqah namun belum ditanya Atiqah sudah memberi penjelasan.

“Hem… bagus projek Iqa. Tak sangka pula Iqa involve benda macam tu. Macam emak juga. Dari muda sampai tua begitu taat dengan pandu puterinya.”

Atiqah ketawa. Dia melihat June berjalan masuk ke halaman rumah. Dia tersenyum pada Nik Arif yang menegurnya.

“Awal balik June?” Tegur Atiqah.

June hanya mencebirkan bibirnya.

“Aku sakit kepala. Ingat nak main boling.”

Atiqah tidak menjawab melihat June yang tersenyum-senyum dengan Nik Arif. Lantak kaulah June!

June kemudian meminta diri sambil memicit-micit kepalanya.

“Cantikkan June tu.” Atiqah berkata sambil merenung Nik Arif yang mengangkat tangan pada June.

Nik Arif merenung wajah Atiqah lama.

Okay… not bad tapi bagi Nik, Iqa lagi cantik.”

Atiqah mengeluarkan pengesat kaki dari keretanya. Lain macam pula Nik Arif kali ni. Entah angin apa yang memasuki badan lelaki itu. Dahulu Nik Arif juga mengatakan dengan Hajah Mimah yang June lebih cantik daripada dia. Lelaki… apa yang hendak dihairankan? Pandai berlakon!

“Nak ampu saya, saya tak ada duit nak belanja Encik Nik.”

Nik Arif ketawa, mengerling jam di pergelangan tangannya. Dia betul-betul tidak suka Atiqah memanggilnya encik.

“Sepatutnya Nik yang belanja Iqa. Jangan lupa Nik masih berhutang dengan Iqa. Kalau Iqa tak tolong Nik hari tu, tak tahulah apa nak cakap.”

Atiqah tidak suka Nik Arif mengungkit apa yang telah dibuatnya. Dia membantu pun hanya kerana Hajah Mimah, tidak lebih daripada itu. Kalau semata-mata kerana Nik Arif, mampus dia tidak buat.

“Bukankah Encik Nik dah belanja saya makan dengan mak cik hari tu?”

“Hem… itu dengan mak, ini makan berdua. Nik dengan Iqa aja, tak ada orang lain.”

Atiqah tidak menjawab. Nik Arif sudah lain macam, fikirnya.

“Lama dah Iqa bercuti. Dengar-dengar emak kata Iqa nak bercuti lagi dua minggu.”

Atiqah tidak menjawab. Hanya mengangguk.

“Saya dah tukar kerja.” Atiqah memberitahu namun kemudian dia menyesal kerana bercerita begitu dengan Nik Arif.

“Ya, baguslah. Kerja Apa?” Tanya Nik Arif.

Atiqah mendepangkan tangannya. Menutup pintu kereta.

“Biasa aja, naik pangkat sikit.”

Nik Arif mengangguk. Dia tidak mahu tahu tentang kerja Atiqah. Siapa pun Atiqah, yang di tahu dia sudah mula menyukai gadis tersebut. Cara Atiqah bercakap dengannya, cara Atiqah ketawa, sudah cukup menyenangkan hatinya. Cuma dia tidak suka Atiqah masih memanggil dia dengan panggilan encik.

“Malam ni Iqa tak ke mana-mana?” Tanya Nik Arif, memancing Atiqah agar terus bercerita. Dia suka cara Atiqah bercakap. Bibirnya sentiasa mekar dengan senyuman.

“Nak keluar sekejap main squash, kenapa?” Atiqah menjawab mendatar. Sejak dia keluar bersama dengan Nik Arif dan Hajah Mimah tempoh hari, Nik Arif rajin menegur dan bercerita dengannya.

“Nik ikut.”

Melopong mulut Atiqah mendengarnya. Apakah Nik Arif main-main?

“Jangan bergurau Encik Nik?” Atiqah mengimbangi kegugupannya.

“Tak, Nik tak main-main. Nik serius. Nik nak ikut. Nik tak peduli!”

Dia menelan air liurnya beberapa kali bila mendengar kesungguhan kata-kata Nik Arif. Dia mahu menolak tetapi apa alasannya? Dia selalu pergi bermain squash seorang diri kerana dia sudah biasa dan kenal ramai orang di kelab tempat dia bermain itu.

“Hari ni Nik pinjam raket Iqa, esok-esok Nik beli raket sendiri, boleh?”

Atiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nik Arif dapat melihat wajah Atiqah yang serba salah. Namun apa sahaja alas an Atiqah, dia tetap mahu mengikutnya. Sejak kebelakangan ini dia selalu memikirkan tentang Atiqah. Bayangan wajah Atiqah sudah melekap kuat dalam hatinya.

“Dulu Nik main juga, sekarang dah lama tak main.” Nik Arif tersengih, masih menatap wajah gadis di hadapannya.

“Okey, lepas Maghrib.” Atiqah dapat melihat senyuman yang melebar di wajah Nik Arif.

Selepas Maghrib Nik Arif sudah menunggunya di halaman. Antara mahu dengan tidak, dibawanya juga Nik Arif ke kelab tempat dia selau bermain squash. Dia meminjamkan Nik Arif raket.

“Wow! Boyfriend ke Iqa? Tanya Jumat yang menjaga kelab tersebut ketika Atiqah mahu mengambil tuala dan sabun selepas mendaftarkan naman dia dan nama Nik arif.

“Semua lelaki pun boyfriend aku Jumat. Kau pun boyfiriend aku.”

Jumat ketawa sambil merenung Nik Arif yang tersenyum.

“Tapi ni lain sikit. Bukan aku tak tahu kau tak ada boyfiriend. Richard mesti frust kalau tahu kau bawa boyfriend.”

Atiqah menggigit bibir. Mulut Jumat memang celupar, dia tidak suka mendengarnya. Dia melihat dahi Nik Arif berkerut. Dia tahu Nik Arif ingin tahu siapa Richard yang disebut-sebut oleh Jumat itu.

“Siapa Richard?” Tanya Nik Arif apabila mereka sudah berada di gelanggang.

“Hem… entah! Dia selalu datang ke sini. Saya selalu main dengan dia.” Atiqah menjawab acuh tak acuh. Dia sudah memukul bola dan bola tersebut melantun ke dinding.

“Iqa tak tahu siapa dia?” Tanya Nik Afri lagi.

Atiqah mendepangkan tangannya. Tak sempat dia menangkap bola yang tidak melantun tetapi meleret lesu di lantai.

“Selalu datang ke sini. Tegur-tegur macam tu aja.” Atiqah menjawab dalam nada malas.

Nik Arif hanya diam kemudiannya apabila dia melihat Atiqah tidak suka dia menimbulkan cerita tersebut. Atiqah mengajarnya bagaimana mahu bermain. Gadis itu nampaknya terlalu bagus. Dia baru sepuluh minit sudah putus nafas. Ketawa Atiqah melihat dia yang tercungap-cungap.

“Mati Nik macam ni Iqa!” Nik Arif mengeluh berat.

Atiqah memberhentikan permainannya. Duduk di lantai sambil menyandar di dinding. Nik Arif duduk di sebelahnya.

“Patutlah emak cakap pukul dua kali dah surrender.”

Atiqah ketawa kecil. Beberapa titik peluh jatuh dari pipi Atiqah. Nik Arif merenung Atiqah yang sedang memejamkan matanya dengan pandangan bernafsu.

Squash bukan macam tenis, bola boleh melantun. Ini bola tak melantun, pukul kena kuat. Itu pun kita yang bodoh ni punyalah kejar ke sana ke mari.”

Nik Arif ketawa besar mendengar celoteh Atiqah. Bergema suaranya dari adalam gelanggang yang tertutup. Atiqah masih memejamkan matanya. Nik Arif merenung Atiqah, meneliti wajah gadis yang kelihatan letih itu. Dahi, hidung, pipi dan kemudian bibir gadis tersebut. Dia menelan air liurnya. Dia takut dia tidak boleh mengwal diri.

“Iqalah tu… siap ajak Nik sekali.”

Atiqah membuka matanya. Dia melihat Nik Arif sedang merenungnya tanpa berkelip. Mukanya berubah. Dia melihat mata Nik Arif menikam matanya. Lelaki itu tersenyum nakal.

“Memanglah saya yang bodoh. Nak main lagi?” Tanya Atiqah, cuba mengimbangi kegugupkannya apabila direnung Nik Arif.

Nik Arif menggeleng. Dia mengelap kaki dan pahanya dengan tuala yang dibawanya dan kemudian mukanya. Dia merenung Atiqah yang ketawa kecil.

“Kenapa?” Nik Arif ketawa melihat Atiqah ketawa.

“Baguslah… dah lap paha, dah lap kaki, lap muka.”

Nik Arif ketawa.

“Kuman dekat kaki berpindah dekat muka. Eloklah!” Ejek Atiqah.

Nik Arif melempar tuala di tangannya pada Atiqah. Atiqah menepis tuala tersebut. Mereka sama-sama ketawa.

“Okeylah… Jom kita balik Iqa. Nik belanja Iqa makan.”

Atiqah tidak menjawab.

Atiqah memungut tuala yang dibawanya tadi dan diletakkan di tepi gelanggang. Baru sahaja dia mahu keluar dari gelanggang, telefon bimbitnya berbunyi.

Nik Arif yang sedang memungut tuala, tolong menjawabkan untuk Atiqah. Dia kemudiannya menyerahkan telefon tersebut pada Atiqah.

“Hah… kau Dahlia. Apa yang kau dah buat ni?” Atiqah bertanya kuat.

Nik Arif mengerutkan dahinya. Tidak pernah dia mendengar suara Atiqah sekuat itu sebelum ini.

“Nanti aku call kau balik.” Atiqah baru teringat yang Nik Arif ada di sebelahnya. Dia mematikan telefon bimbitnya.

“Siapa?” Tanya Nik Arif.

“Kawan…” Atiqah berkata perlahan sambil menuju ke bilik persalinan perempuan. Dia menekan nombor telefon Dahlia. Ada beberapa orang di bilik persalinan tersebut.

“Dahlia, apa kau dah buat? Dah berapa kali aku cakap jangan letak nama Datuk dekat nama bapak aku. Kenapa kau degil sangat. Kau nak kena ya?” Atiqah berbisik geram. Terdengar suara Dahlia ketawa kecil.

“Alah Iqa, kalau aku tak letak nama bapak kau Datuk, akhbar tak layan. Letak nama bapak kau, huh… semua akhbat utama keluarkan. Aku pun tumpang glamor.”

Atiqah merengus geram. Sakit hati dia dengan muslihat Dahlia. Dia yang akan menanggung akibatnya nanti. Lebih-lebih lagi tidak lama lagi dia akan bekerja dengan Datuk Marzuki.

“Alah Iqa… tak luaklah kalau aku buat macam tu. Janganlah marah Iqa. Aku sayangkan kau.”

Tidak terkata Atiqah mendengarnya.

Dahlia masih ketawa-ketawa.

“Malaslah aku nak layan kau. Menyampah aku.”

Atiqah merengus geram. Mahu dengan tidak dia tersenyum juga akhirnya.

“Hei Iqa… aku nak tanya, siapa yang jawab telefon sekejap tadi?” Tanya Dahlia ingin tahu.

Atiqah menepuk dahinya.

“Kau sibuk buat apa?” Marah Atiqah.

“Sedap suara dia, romantis. Tentu handsomekan?” Usik Dahlia.

“Dahlah Dahlia, aku nak mandi. Kalau buat lagi, siap kau.”

Atiqah mematikan telefon. Dia mengambil tuala mandinya dan kemudian menyanyi kecil. Lupa sakit hatinya pada Dahlia.

Makan Malam Di MarryBrown Temerloh

Malam tadi Ain satu family makan kat luar. Al maklum lah semalamkan gajjjjj + bonnnnnnnnnnsssss. Hehehe. So tempat pilihan kami malam tadi (ekceli Ain yang tentukan, hehehehe) ialah MarryBrown. Kenapa Marrybrown? Sebab banyak2 fastfood yang ada kat Temerloh ni Marrybrown je yang ada nasi yang boleh diterima tekak. Lagipun kat situ ada bubur ayam, boleh Firas makan sekali. Kat tempat yang lagi satu pun (Mekdi le) ada gak bubur tapi lagi suka yang ada kat Marrybrown ni.


Makanan yang Ain order...
Nasi Marrybrown
Nasi Ayam Marrybrown
Prawn Fingers
Potato Pops
Orange Juice


Juga Chicken Porridge untuk Firas.

Tahniah Tahniah PMR 8A


Tahniah untuk kedua-dua anak saudara Siti Nur Amira bt Borman Safuan dan Muhammad Zul Irfan b Zulkipli. Diorang dapat 8A. Tahniah juga untuk ibu dan ayah mereka....

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki 18

BAHAGIAN 18


“SAYA nak berhenti kerja, Encik Badrul.” Atiqah berkata perlahan sambil mengunjukkan surat di tangannya.

Berkerut dahi Encik Badrul mendengarnya. Sejak akhir-akhir ini Atiqah selalu mengambil cuti dan dia faham apa yang berlaku pada Atiqah sekarang.

“Awak ada masalah Iqa?” Tanya Encik Badrul gugup.

Atiqah menggeleng. Dia duduk di hadapan Encik Badrul. Encik Badrul tentu menyangka dia kecewa dengan Kasmah di pejabat tersebut.

“Kenapa tiba-tiba nak berhenti?” Encik Badrul bertanya namun bagi Encik Badrul itu satu soalan bodoh. Sejak Kasmah bekerja di situ, Kasmah selalu mencari silap Atiqah dan kadangkala menengking Atiqah sesuka hatinya. Mungkin kerana itu Atiqah mahu meletakkan jawatan. Lagipun dia melihat Faizal pun sudah macam Kasmah. Sudah pandai merendah-rendahkan kebolehan Atiqah. Dia pernah beberapa kali melihat Atiqah membuat air untuk Kasmah.

“Saya dah dapat kerja lain, Encik Badrul.” Atiqah berkata perlahan. Tersenyum. Dia tidak mahu Encik Badrul menyangka yang dia berhenti kerana Kasmah. Bagi Atiqah, Kasmah cuma masalah kecil padanya. Dia tidak apa-apa walaupun hatinya sakit.

“Faizal tahu?” Tanya Encik Badrul.

Atiqah menggeleng.

“Encik Badrul bos saya, saya beritahu Encik Badrullah. Saya nak letak jawatan mulai esok dan saya ada sertakan cek untuk sebulan gaji yang perlu saya jelaskan kerana meletakkan jawatan secara tergesa-gesa. Saya minta maaf Encik Badrul.” Atiqah berkata tenang.

Lama Encik Badrul merenung wajah Atiqah. Rasa hiba tiba-tiba menyelinap dalam dirinya. Atiqah pekerja yang baik. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya kalau Atiqah tidak ada. Selama ini dia terlalu banyak bergantung pada Atiqah.

‘Kenapa tergesa-gesa sangat ni… tak tunggu seminggu dua. Tak perlu awak membayarnya.”

Atiqah menggeleng sambil tersenyum mesra. Setelah meneliti segalanya, dia tahu dia harus berhenti kerja secepat mungkin. Desakan Datuk Marzuki menyebabkan dia membuat keputusan begitu.

“Iqa, saya minta maaf kerana selama ini saya tak menolong awak bila awak dibuli. Saya tahu awak marahkan saya.” Encik Badrul berkata perlahan. Dia mendengar Atiqah ketawa kecil.

“Tak ada apa yang perlu dimaafkan, Encik Badrul. Sebenarnya untuk pengetahuan Encik Badrul, saya berhenti kerja bukan disebabkan oleh Kasmah atau Tuan Ahmad. Semuanya tak ada kena mengena dengan mereka. Saya berhenti kerja kerana didorong oleh perasaan saya sendiri. Saya suka bekerja di sini, Encik Badrul dan saya bangga kerana mendapat katua seperti Encik Badrul. Encik Badrul seperti abang saya. Selama saya bekerja di sini, tunjuk ajar Encik Badrul akan saya ingat sampai bila-bila. Encik Badrul salah seorang ketua saya yang paling baik.” Atiqah berkata dengan panjang lebar.

Encik Badrul merenung Atiqah lama. Hatinya hiba.

“Saya tahu apa yang Iqa alami sejak akhir-akhir ini agak sukar untuk diterima. Sebenarnya terus terang saya katakana saya tak setuju dengan tindakan Tuan Ahmad meletakkan Kasmah di sini. Tindakannya tak profesional. Kasmah masih terlalu muda dan tak mempunyai pengalaman. Segala perlakuannya dan tindakannya terlalu mengikut hati. Saya faham dia cemburukan awak dengan Faizal. Dalam perniagaan, kita tak boleh begini…”

Atiqah mengangkat tangannya.

“Encik Badrul jangan babitkan Kasmah dalam hal ni. Saya tak akan campurkan hal peribadi dalam kerja. Encik Badrul fahamkan. Insya-Allah walaupun saya tak bekerja di sini, saya rasa hubungan kita masih tak putus lagi. Saya masih boleh datang bukan?” Tanya Atiqah.

Encik Badrul menelan liur. Kasihan Atiqah, desis hatinya. Dia tahu Atiqah kecewa. Dia amat memahaminya.

“Ada apa-apa kerja yang perlu saya bereskan sebelum saya berhenti, Encik Badrul? Saya akan bantu. Nanti saya dah berhenti jangan encik Badrul kutuk saya buat kerja tak betul.”

Encik Badrul tersengih merenung muka Atiqah.

“Tak apalah Atiqah, saya sedih menerima berita yang awak bawa pagi ni. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Yang nyatanya saya benar-benar rasa kehilangan. Harap-harap Iqa akan sudi datang menjenguk saya di sini.”

Atiqah mengangguk.

Tengah hari itu Faizal dengan wajah yang cemas datang ke mejanya.

“Iqa, saya nak jumpa Iqa sekejap boleh?” Tanya Faizal. Ketika itu Atiqah sedang membantu Encik Badrul menyudahkan kerja membuat jadual penjualan.

Atiqah membuntuti Faizal. Dari pagi tadi Atiqah tidak melihat Kasmah. Lantaklah… mungkin Kasmah puas hati sekarang dengan perletakan jawatannya.

“Iqa kenapa nak berhenti?” Tanya Faizal sebaik sahaja Atiqah duduk dihadapannya. Sejak akhir-akhir ini di sedikit kesal kerana selalu terpaksa mengetepikan Atiqah. Namun di sudut hatinya dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

“Ada rezeki di tempat lain, Faizal.” Atiqah berkata lembut.

Faizal mengeluh sambil merenung Atiqah lama. Kepalanya digelengkan.

“Iqa… Kalau hanya kerana apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini Iqa meletakkan jawatan, tarik balik perletakkan jawatan ni Iqa. Faizal akan cuba selesaikan. Faizl tahu Kasmah yang menjadi punca Iqa meletakkan jawatan. Faizal faham perasaan Iqa. Tapi rasanya tak adil kalau iqa buat tindakan macam ni.” Faizal berkata separuh kesal.

“Faizal, Kasmah tak ada kena mengena dalam hal ni. Demi Tuhan, ini yang mahu Iqa jelaskan. Mungkin hubungan Iqa dan Kasmah tak berapa baik. Tapi tak semestinya Iqa dipengaruhi Kasmah untuk meletakkan jawatan. Iqa letak jawatan sebab mendapat kerja yang lebih baik. Iqa kena ubah hidup Iqa.” Atiqah berkata tenang.

Faizal benar-benar terperanjat dengan berita yang dibawa oleh Encik Badrul sebentar tadi. Dia rasa kesal kerana sejak akhir-akhir ini dia seolah-olah tidak mempedulikan Atiqah. Dia kadangkala serba salah. Ayahnya terlalu mendesak dan sebab itu dia cuba menjauhkan diri dari Atiqah. Lagipun kadangkala dia tidak larat melayan karenah Kasmah.

“Faizal minta maaf Iqa kerana membuat Iqa kecewa…” Faizal berkata perlahan.

Atiqah ketawa kecil. Dia dapat melihat wajah Faizal yang muram. Bagi Atiqah, dalam pekerjaan masalah peribadi tidak boleh dicampuradukkan. Walaupun dia rasa dia sukakan Faizal dan Faizal membuat dia kecewa tetapi di tahu dia perlu bekerja seperti dahulu. Pujukkan ayahnya sahaja membuat dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

“Faizal… tak ada apa yang nak dikecewakan. Saya tak ada apa-apa Faizal. Kalau Faizal merasakan kekecewaan menyebabkan saya meletakkan jawatan, itu tak benar sama sekali. Walaupun saya cuma kerani di sini tapi bagi saya, kerja- tetap kerja. Saya memegang pendapat yang mengatakan pekerjaan tak boleh dicampur aduk dengan hal-hal peribadi. Saya mahu melakukan sesuatu secara profesional. Faizal jangan anggap perletakkan jawatan saya ni kerana dipengaruhi rasa kecewa. Saya harap Faizal faham dan saya mahu Faizal tahu saya tak ada apa-apa perasaan terhadap Faizal. Saya tahu saya tak setaraf dengan Faizal.” Atiqah berterus terang. Itu adalah lebih barik daripada Faizal menaruh prasangka terhadapnya.

Faizal merenung wajah Atiqah lama.

“Saya tahu selama ni Faizal berprasangka pada saya. Kasmah dan Tuan Ahmad pun begitu. Tapi percayalah Faizal, saya anggap Faizal tak lebih daripada seorang kawan dan seorang pegawai.” Atiqah meluahkan rasa hatinya. Dia mahu Faizal sedar dia tidak ada perasaan terhadap lelaki tersebut. Jauh sekali untuk rasa cemburu dan sakit hati.

“Iqa, saya minta maaf…”Faizal berkata dengan suara bergetar.

Penjelasan Atiqah membuatkan dia rasa terpukul. Banyak perkara yang membuat Atiqah kecewa. Dia pernah memarahi Atiqah kerana melawan Kasmah namun dia kesal kemudiannya. Cuma penjelasan Atiqah yang begitu berterus terang membuat dia sedikit terperanjat.

“Iqa nak kerja di mana?” Tanya Faizal.

Atiqah mengeluh perlahan. Itu rahsianya.

“Tak payahlah beritahu Faizal. Moga-moga di tempat kerja baru saya akan lebih dihargai.”

Faizal menelan air liurnya. Pahit. Tidak suka mendengar kata-kata Atiqah. Tajam bagai belati yang menusuk dadanya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh saya keluar? Lagipun saya nak tolong Encik Badrul siapkan jadual penjualan.” Atiqah mendepangkan tangannya.

Faizal mengangguk perlahan. Dia merenung tubuh Atiqah yang berjalan keluar. Di sudut hatinya dia sedih kerana Atiqah sudah meletakkan jawatan namun terselit juga sedikit rasa lega. Dia tidak akan mendengar lagi Kasmah mengadu itu dan ini fasal Atiqah dengannya lagi. Moga-moga di tempat kerja yang baru Atiqah akan ditemukan dengan orang lain dan mendapat kerja yang lebih baik.

Dia rasa sayu tiba-tiba.

Rabu Tanpa Kata - Firas Di MarryBrown

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun


Macam biasa sesapa nak join boleh klik banner tu ye.

Lately macam jarang je nak join segmen ni. Tapi segmen Miss Banu ni macam menarik untuk disertai.
Ok, syarat nya mudah je. boleh baca kat SINI.
Follower ain sekarang 203 orang. Target untuk segmen kali ni nak dapatkan sampai 300 orang.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff